Monday, July 18, 2016

[Korean Lyrics] I See You - Kang Min Hyuk (CNBLUE) [Hangeul+Rom+Eng+Malay] ~ OST Korean Drama: Tantara @ Entertainer (OST Part 4)

Assalamualaikum n hai~ Annyeong  ! 

Yeepp yeeppp! hahaha, sorry for my high adrenaline effects here~^^ (ooohhh, the excuse :p)

Okay, I think it's been a while I haven't update any entry on this blog.  Mianhaeyo! hahaha, what's wrong with me keep writing in English in this entry? Well, the main reason is I want to improve my English writing skills. erk! 

Alright, I guess you guys already seen this post title plus... the picture of quartet handsome flower boys up there. So.... any K-drama lover or BOICE here?

Wednesday, June 15, 2016

5 Babak Dalam The Conjuring 2 Yang Boleh Buat Gugur Jantung

Annyeong ! 

Kih kih kih, sebab ni bulan puasa so berani sikitlah Cik Ct nak bercerita tentang cerita hantu... Buat para peminat horror movie, mesti korang dah tahu kan movie ni dah mula ditayangkan di pawagam sejak 9 Jun 2016.

Yippie lepas 3 tahun after the first series, akhirnya The Conjuring 2 kembali ! Siapa yang belum movie ticket tu cepat2 lah booking ya~^^ Bulan puasa ni kurang sikit takutnya (yeke?~ hohoho)

DP - The Conjuring 2

Sikit sinopsis The Conjuring 2...

Tuesday, June 14, 2016

Topshop : Fesyen High Street Terkini dan Trendi dari ZALORA


Assalamu’alaikum n hai ! ^^
Ok, entri kali ni sebenarnya Ct nak share tentang Topshop. Apa tu Topshop? Dan fesyen macam mana yang ditampilkan?
Teruskan bacaan korang kalau nak tahu ya... ^^ Rugi tak baca, sebab siapa penggemar fesyen trendi terbaru yang pasti tak nak terlepas info tentang ni! Lagi2 peminat ‘top’ attire yang simple tapi nampak cukup trendi tu kan,,, WAJIB baca entri ni sampai habis..! *Ahhaxx*
Oklah... Meh Ct bagi tau~^^
Topshop sebenarnya bukanlah sebuah jenama yang asing lagi dalam kalangan penggemar high street fashion. Jenama besar dari UK ini telah menembusi pasaran Malaysia sejak beberapa tahun dahulu dan kini boleh ditemui di semua pusat-pusat membeli belah hampir di keseluruhan Malaysia. Mempertaruhkan konsep high street yang cukup popular di barat, ia sememangnya suatu trend yang baru di Asia dan diterima baik oleh pengikut fesyen tempatan.
Rekaan pakaian yang kadangkala dianggap unik dengan corak retro dan kombinasi warna yang pelik juga kini diterima sebagai fesyen dan Topshop diangkat sebagai pelopor fesyen terkini yang genius! Untuk korang yang mungkin sudah bosan dengan padanan pakaian yang sama di hujung minggu, mari gayakan koleksi pakaian wanita Topshop seperti berikut untuk tampil lebih menyerlah dan ‘fashion forward’;
Tampil bergaya dengan koleksi jeans Topshop yang boleh korang padankan dengan apa jua pilihan tops kegemaran korang.

Thursday, June 02, 2016

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2016 NEGERI JOHOR

Semoga lampiran jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 1437H / 2016M yang disertakan ini dapat memudahkan umat Islam di negeri Johor membuat perancangan waktu ideal untuk bersahur serta semakan masa berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Sebagai makluman, lampiran jadual waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1437H / 2016M bagi seluruh negeri Johor yang disertakan ini adalah rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

JADUAL WAKTU BUKA PUASA DAN IMSAK 2016 NEGERI JOHOR 

ZON 1 : PULAU AUR & PULAU PEMANGGIL

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 1


ZON 2 : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya.

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 2

ZON 3 : Daerah Pontian & Kluang

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 3

ZON 4 : Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, dan Gemas, Johor.

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 4

Pautan Sumber Asal » mysumber.com 

*klik pautan untuk maklumat JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2016 NEGERI-NEGERI LAIN DI MALAYSIA*

Cik Ct cuma nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat yang membaca entri ini :)

Moga Ramadhan yang akan datang membawa berlipat kali ganda keberkatan kepada kita. Aamin :)

Itu sahaja... Selamat Berpuasa ya ! Samapi berjumpa di next entry ~

Wednesday, May 25, 2016

Seindah Takdir Cinta, Drama Adaptasi Novel Terbaru Akasia TV3

Assalamualakum ~

Kali ni Ct nak share lagi tentang drama Akasia terbaru TV3 yang bakal menggantikan drama Duda Terlajak Laris bermula hari ini... (pada saat Ct siapkan tulis post ni, kurang dari sejam lagi kut nak mula... hehehe)... Ok, drama apa tu? Rasanya takyah bagi tahu pun ramai yang dah tahu, heuheu kat tajuk pun dah sebut tuuu... Tapi Ct masih nak kongsikan jugak...^^

Oppsss, sebelum baca sinopsis tu tolong klik tabung online Ct ya di SINI, SINI dan SINI...
Thank you so much~^^

-------------------------------------------------------------
Drama : Seindah Takdir Cinta
-------------------------------------------------------------


Drama terbaru adaptasi novel Seindah Takdir Cinta karya Kamsiah Abu bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Zulhuzaimy Marzuki dan skrip oleh Mufid Shuhaimi. Mengandingkan pelakon popular iaitu Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli. Akan mula bersiaran pada 25 Mei nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.



SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA

Mia Karmila, anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Dari seorang gadis moden dan sosial telah dalam sekelip mata mahu berjihad mengumpul saham akhirat. Tanpa mereka sedari, melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Manakala Adrian, satu-satunya anak lelaki Tan Sri Affendy dan Puan Sri Zalina terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya sebagai seorang lelaki mancho, bergaya dan kaya raya, walaupun ramai perempuan lain yang lebih dari bersedia untuk memenuhi segala kehendak Adrian itu.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa jua pun syarat yang diminta oleh Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila mesti jadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga akhirnya menerima ijabkabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui bahawa Shahriman bagaikan dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital.

Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian?


kredit  :


Seindah Takdir Cinta TV3

--------------------------------------------------
Adrian, Kamila dan Shahriman
--------------------------------------------------

Seindah Takdir Cinta 2016



Follow by Email