Showing posts with label Zalora. Show all posts
Showing posts with label Zalora. Show all posts

Tuesday, June 14, 2016

Topshop : Fesyen High Street Terkini dan Trendi dari ZALORA


Assalamu’alaikum n hai ! ^^
Ok, entri kali ni sebenarnya Ct nak share tentang Topshop. Apa tu Topshop? Dan fesyen macam mana yang ditampilkan?
Teruskan bacaan korang kalau nak tahu ya... ^^ Rugi tak baca, sebab siapa penggemar fesyen trendi terbaru yang pasti tak nak terlepas info tentang ni! Lagi2 peminat ‘top’ attire yang simple tapi nampak cukup trendi tu kan,,, WAJIB baca entri ni sampai habis..! *Ahhaxx*
Oklah... Meh Ct bagi tau~^^
Topshop sebenarnya bukanlah sebuah jenama yang asing lagi dalam kalangan penggemar high street fashion. Jenama besar dari UK ini telah menembusi pasaran Malaysia sejak beberapa tahun dahulu dan kini boleh ditemui di semua pusat-pusat membeli belah hampir di keseluruhan Malaysia. Mempertaruhkan konsep high street yang cukup popular di barat, ia sememangnya suatu trend yang baru di Asia dan diterima baik oleh pengikut fesyen tempatan.
Rekaan pakaian yang kadangkala dianggap unik dengan corak retro dan kombinasi warna yang pelik juga kini diterima sebagai fesyen dan Topshop diangkat sebagai pelopor fesyen terkini yang genius! Untuk korang yang mungkin sudah bosan dengan padanan pakaian yang sama di hujung minggu, mari gayakan koleksi pakaian wanita Topshop seperti berikut untuk tampil lebih menyerlah dan ‘fashion forward’;
Tampil bergaya dengan koleksi jeans Topshop yang boleh korang padankan dengan apa jua pilihan tops kegemaran korang.

Follow by Email