Showing posts with label Trends. Show all posts
Showing posts with label Trends. Show all posts

Sunday, January 10, 2016

Tips Tampak Ringkas Tapi Super ‘In-Trend’ Dengan 6 Aksesori Cun Ini!

1/10/2016 01:12:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum n hai...^^

Hehehe hari ni Ct saja nak share ni....

Sebagai seorang wanita, sememangnya memang jadi satu masalah bila nak cari baju untuk keluar. Rasa macam semuanya tak cantik (padahal sendiri beli) dan tak cukup baju (realitinya baju penuh satu almari). Tapi, jangan risau sebab  ada cadangan beberapa tips untuk korang nampak simple tapi tetap ‘in-trend’ dengan 6 aksesori ini. Well, dengan aksesori ini, korang tetap nampak bergaya walaupun hanya pakai jeans dan t-shirt. Tak percaya cubalah!

BAJU 2

Well, perempuan kan memang selalu kan macam ni...
Padahal baju menggunung lagi berbukit kat dalam almari tu...
Tapi selalu je tak kena pada mata kita...
Nak gayakan macam mana?
Baju ni sesuai ke pakai dengan seluar atau skirt ni...
Yang Muslim dan berhijab , selalunya agak gusar nak padankan baju dgn tudung...
Mmmm, meh2, ada beberapa tips untuk korang yg sukakan gaya ringkas tapi masih menampilkan keserlahan imej fesyen korang~^^