Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Friday, June 09, 2017

Kuih Raya.Com | 7 Nama Kuih Raya Yang Sure Buat Tergelak ! Menarik Jugaklah !

6/09/2017 12:00:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)


Apa khabar ek dengan puasa korang hari ni? Harapnya korang dapat berpuasa dengan jayanya. *wink wink* (jangan puasa yang yok, pagi2 dah bukak periuk)

Ahaksss, korang dah cari ke persiapan untuk kuih raya nanti? Cik Ct baru je survey online dan kat pasaraya berdekatan. But of course, sebagai seorang yang 'tersangat rajin' (sebaliknya lah tu maknanya.. ahahaha), Ct lebih banyak survey online. Sebab memang hampir separuh hari kerja Ct menghadap laptop dan fon kan...
(Cik Ct sebenarnya ada juga meniaga online kecil-kecilan di FB dan IG)
Biasalah, lepas penat-penat buat marketing untuk bisnes sendiri, masa untuk cuci mata pulak kan... Kat sinilah... Masa cuci-cuci mata surf internet...

And guess what? 

Hahahaha ada 7 jenis nama kuih/ kerepek ni yang buat aku geleng kepala nak tergelak gila-gila punya... Sehinggalah aku ambil keputusan nak share kat sini.


Sempat jugak aku mengupdate kat FB kejap sambil nak berceloteh menaip entri ni.. Ahahaha, geli hati sangat punya pasal... Time up status ni memang tengah syok belek2 nama2 kerepek ni... Memang terbaiklah nama2 kuih ni buat orang (termasuk aku) nak tahu sebenarnya ni kerepek apa...
Dahlah nama menarik, buat aku terimaginasi melalui nama-nama kuih ni ^_^ Hahaha :p

Jom cikidout apakede namanya tu...

7 Nama Kuih Raya Yang Menarik Pada Tahun 2017 ni !


Nasihat Cik Ct, hati-hati makan kerepek ni... Takut nanti termimpi-mimpi kalau dah rasa sekali (emotikon : gelak sipu-sipu)







Haaa, yang ni kalau u'olls yang dah kawin and dah ada mertua tu makan kacang ni masa raya nanti hati-hati sikit... Takut mertua u'olls lalu, u'olls tak sedar pulak mertua u'olls lalu... Duk tunggu bila lah menantu aku nak offer kacang ni, duk ralit makan sorang macam tak ingat dunia pulak gamaknya...

(Hahahaha, kalau Ct takpe, bujang lagi... :p hahahaha... )



Yang ni... Hurmmm, cukup lah buat mertua dan orang lain terasa hati... Keropok Terasa Hati ni kan Ct rasa memang boleh buat orang terasa hati sangat kut? Kenapa? Yelah, dia ni geng dengan Mertua Lalu Tak Sedar tu...

U'olls dah makan yang kat atas tu, dengan selambanya lah boleh makan yang ni pulak tanpa serba salah sebab melantak keropok ni sensorang tanpa ambil kisah orang lain terasa hati sebab makan tak ajak..... Sebabnya? Dah kesedapan melantak... ! 

(huahahaha, melantak tu melantak jugak... masa awal makan Keropok kacang Dal ni, harap tak lupa baca Bismillah)




Dah siap 'melantak' makan ketiga-tiga yang kat atas tu... Lah, baru rupa2ya orang dapat tahu sebenarnya awak tak boleh lupakan Cinta Semalam (kerepek dan kacang tu)...
Maka, hari ni... Demi cinta semalam buat kerepek dan kacang serta keropok tuuu, hari ni cinta ni bersemi kat sini pulak...

Hahaha, so lengkaplah cinta semalam dan hari ni untuk cinta yang bersemi dek kerepek hari raya.. Semua ini demi mengubati terasa hati tu tadi, katanya... Hahaha, penangan Kerepek Ubi Kari ~ :p




Lepas tu, katanya... Dek kerana itu... Kerepek Lupa Diri pula jadi pilihan... Sebab yang makan mula naak lupa diri dek kerana kesedapannya, kerangupannya kerepek ini...
Dia tahu kerepek ni diperbuat dari 'Opak Pedas', tapi tak tahu apa ke bendenya 'opak' tu...
Namun... keenakan Kerepek Lupa Diri ni memang buat dia benar2 lupa diri kejap lepas tu (sampai terlupa nak cari apakebendenya opak tu sebenarnya... hahaha)



Esok Cari Lagi ! (Ntah jumpa ke tak ek)...

Selepas beberapa siri dan dipanggil Lupa Diri, keesokannya dia massih tak berputus asa... Mencari lagi... Kerepek ni pula yang dijumpai...

Bertepatan dengan namanya kut, pemilik asal nama Kerepek Bawang ni mulai menghantui... Dahlah esok cari lagi... Satgi dia ada geng lagi satu yang turut menghantui sesiapa yang rasa...
Apa tu?







Ini dia ! Kerepek ni pandai menghantui sesiapa yang telah merasainya ! Membuatkan orang nak bangun tetengah malam kerana kesedapannya !

Kerepek Ubi Pedas Basah nama asalnya, tapi diubah jadi Kerepek Bangun Tengah Malam disebabkan keenakannya hingga membuatkan orang yang dah rasa tu sanggup bangun tetengah malam untuk krak kruk krak kruk nak rasa lagi kerepek ni...


(Siapa pernah rasa je yang tahu... Huhuhu)



Hahaha, ok itulah antara kerepek2 yang Cik Ct jumpa
Sebagai salah seorang ahli affiliate Bookcafe, Ct terserempak dengan kesemua 7 Nama Kuih Raya Yang Menarik Ni kat KuihRaya.com.my  tau !

(boleh klik banner untuk tahu butiran lanjut tentang website kuih raya ni)

Nampaklah yang zaman dah semakin maju, kuih raya online pun dah semakin laris dengan adanya website online ni... Ditambah lagi dengan 'kemajuan' nama-nama kuih yang 'rare' macam ni... hahaha. 

Kalau u'olls nak cari lagi kuih-kuih lain yang mana lebih menarik kat tekak u'olls, bolehlah klik banner KuihRaya.com.my kat atas tu... Terdapat banyak lagi pilihan yang mana tahu, boleh menepati citarasa u'olls untuk dijamu pada hari raya nanti kan?

Ok tu aje... Sampai Berjumpa lagi di sesi #foodreview yang lain~^^





Disclaimer : Segala nama kuih yang rare itu adalah hakmilik penuh ciptaan pihak KuihRaya.com.my... Manakala, cerita / tulisan mengarut di bawah setiap gambar itu adalah hasil imaginasi penulis (Cik Ct Roxalynna NH). Harap terhibur. Namun mohon tidak copy paste tanpa kredit semula kepada Cik Ct.


Sekian. Harap terhibur dan dapat cari kuih raya feveret u'olls. Annyeong~ ^^


Tuesday, May 30, 2017

Review SKB | Contest Istimewa Khas Buat Pembaca Antologi Setulus Kasih Buatmu

5/30/2017 04:22:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum !! Salam Sejahtera ~~

안녕하세요! :)

Hehehehe, it's been a long time I haven't write/update any entry(ies) here. Had anyone miss me? I guess nope, at all. hahaha. No one would miss me or notice any update on this blog, I guess. Haiya, seems like I have to work more on this blog ! T_T Alright, a biiittt sorry for the intro in English.. Hehehehe. It's time to write in my mother-tongue back ! ^^ Kekeke. (the intro is just a practise for me since I'm practicing to write/translate for my part-time job as a freelance English-Malay translator.)

Baiklah, memang dah lama kan Cik Ct tak berceloteh kat sini. Batasan kerja dan rutin harian memang amat mengehadkan masa Cik Ct untuk blogging . Balik kerja je dah penat, memang berpinar-pinar biji mata nak analyse & digest the data lagi serta tak ada terlalu banyak masa untuk menghadap skrin tak kira skrin laptop atau pun skrin fon. hehe. kadang-kadang tengok skrin fon kejap je dah tersengguk-sengguk then terus tertido. ehh, dah macam nak merungut pulak bila Ct baca balik, tak baik mengeluh Ct, nanti rezeki tak berkat ! hehe. Sekarang dah free bila no longer employed to any company, barulah agak free dan lapang nak menulis. hehe oraittt oraittt oraitt~

Sebelum bermula dengan apa yang Ct nak ceritakan pada entri ni kali ni, terlebih dahulu Cik Ct nak ucapkan .......................

Related image
kredit gambar : Google

buat kesemua rakan-rakan Muslim sekalian :)
Moga ibadah puasa kita always diberkati ya ! ^^

dan...

buat teman-teman Sabah & Sarawak ! ^^

Image result for selamat hari gawai 2017
kredit gambar - Google



Hurmmm, banyak celoteh tak tentu kan? it's better for me to straight to the point... Okay, dear semua yang sudi membaca post ni,.. Ct sebenarnya ada sesuatu yang nak dikongsi dengan y'allz :)

Tuesday, September 27, 2016

#EverySingleThing | Novelet Projek Amal Novelis Fathi Fatim (Adra Adlina)

9/27/2016 06:03:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum, 
Greeting and annyeong ! ^^

Okay, bismillahirrahmaanirrahim...

Sebelum Ct berceloteh panjang,,, Ct kan... Nak tanya ni... Korang kan.... 

Minat membaca karya penulisan kreatif tak? Pada masa yang sama korang suka terlibat dengan program bacaan yang membolehkan korang buat sumbangan amal?

Kalau ya, post ni memang untuk korang... Woahhh, kenapa pulak ni kan? Macam ni...

Tujuan Ct menulis entri ni adalah untuk mengetengahkan satu projek amal  yang ditulis dan dikendalikan oleh seorang penulis novel yang kini ingin dikenali sebagai Fathi Fatim. 

Projek amal yang Ct maksudkan pula adalah seperti berikut :-
(ni kes copy paste sahaja drpd malumat yg Kak Fathi bagi.. hehehe)


Wednesday, June 15, 2016

5 Babak Dalam The Conjuring 2 Yang Boleh Buat Gugur Jantung

6/15/2016 11:53:00 AM 1 Comments
Annyeong ! 

Kih kih kih, sebab ni bulan puasa so berani sikitlah Cik Ct nak bercerita tentang cerita hantu... Buat para peminat horror movie, mesti korang dah tahu kan movie ni dah mula ditayangkan di pawagam sejak 9 Jun 2016.

Yippie lepas 3 tahun after the first series, akhirnya The Conjuring 2 kembali ! Siapa yang belum movie ticket tu cepat2 lah booking ya~^^ Bulan puasa ni kurang sikit takutnya (yeke?~ hohoho)

DP - The Conjuring 2

Sikit sinopsis The Conjuring 2...

Tuesday, June 14, 2016

Topshop : Fesyen High Street Terkini dan Trendi dari ZALORA

6/14/2016 08:30:00 AM 0 Comments

Assalamu’alaikum n hai ! ^^
Ok, entri kali ni sebenarnya Ct nak share tentang Topshop. Apa tu Topshop? Dan fesyen macam mana yang ditampilkan?
Teruskan bacaan korang kalau nak tahu ya... ^^ Rugi tak baca, sebab siapa penggemar fesyen trendi terbaru yang pasti tak nak terlepas info tentang ni! Lagi2 peminat ‘top’ attire yang simple tapi nampak cukup trendi tu kan,,, WAJIB baca entri ni sampai habis..! *Ahhaxx*
Oklah... Meh Ct bagi tau~^^
Topshop sebenarnya bukanlah sebuah jenama yang asing lagi dalam kalangan penggemar high street fashion. Jenama besar dari UK ini telah menembusi pasaran Malaysia sejak beberapa tahun dahulu dan kini boleh ditemui di semua pusat-pusat membeli belah hampir di keseluruhan Malaysia. Mempertaruhkan konsep high street yang cukup popular di barat, ia sememangnya suatu trend yang baru di Asia dan diterima baik oleh pengikut fesyen tempatan.
Rekaan pakaian yang kadangkala dianggap unik dengan corak retro dan kombinasi warna yang pelik juga kini diterima sebagai fesyen dan Topshop diangkat sebagai pelopor fesyen terkini yang genius! Untuk korang yang mungkin sudah bosan dengan padanan pakaian yang sama di hujung minggu, mari gayakan koleksi pakaian wanita Topshop seperti berikut untuk tampil lebih menyerlah dan ‘fashion forward’;
Tampil bergaya dengan koleksi jeans Topshop yang boleh korang padankan dengan apa jua pilihan tops kegemaran korang.