Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

31 December 2017

Jom Kenal HNorisa Boutique | #2 Sponsor GiveAway YES 2017 by Roxalynne

31.12.17 19 Comments

SENARAI HADIAH & SPONSOR GiveAway YES 2017 by Roxalynne  | #2 - HNorisa Boutique (@hnorisaboutique) - Bersempena dengan GiveAway yang masih berbaki beberapa hari lagi ni, naklah Cik Ct share serba-sedikit mengenai mereka yang dah begitu bermurah hati menyumbangkan produk mereka yang bukannya sedikit nilainya. Hehe, orang berbudi, kita berbahasa.. Ya tak?

At the same time, Cik Ct pun mencuba membaiki penulisan Cik Ct di sini. Ya ampun, kalau jari-jemari dah dapat menari-nari di atas keyborad laptop untuk menulis, tak reti nak pendekkan rasa-rasanya. Makin meleret-leret ni... Baiklah, sebelum Ct melalut lebih panjang, jom kita berkenal-kenalan dengan sponsor kita, Hana Norisa Boutique (update 28/12/2017: dah bertukar nama ke : HNorisa Boutique sepenuhnya) beserta hadiah dan online shoppe beliau.. ^^

Hana Norisa ? 

Pernah dengar atau kenal nama ni tak? Kalau peminat novel tegar, mungkin ada la yang kenal kut ... Beliau sebelum ini lebih dikenali sebagai novelis kepada dua buah novel, Cik Kembar Encik Tunang dan Versi Cinta Kita ; kedua-duanya daripada Penerbitan Fajar Pakeer (PFP).

Dua naskhah novel Kak Hana Norisa. Cunnya kaver !


Okay, haha... Post kali ni bukanlah Cik Ct nak bercerita tentang novel-novel beliau. Tetapi Cik Ct berasa cukup kagum dengan novelis Hana Norisa; beliau bukan je berjaya menceburkan diri dalam bidang penulisan... Tetapi, baru-baru ni beliau muncul dengan perniagaan dalam talian (onlline) yang bertapak di laman Instagram (@hnorisaboutique) dan juga Facebook page beliau : HNorisa Boutique

Pada aku, antara sebab utama aku terima HNorisa Boutique sebagai sponsor adalah kerana items yang ditonjolkan dalam bisnesnya yang boleh mengangkat minat dan  kesukaan para ladies terhadap Muslimah Fashion...

Bbuat para ladies yang mementingkan pemakaian yang patuh syariah akan aurat seorang muslimah, korang amatlahbolehlah cuci mata dulu dengan beberapa  Muslimah Fashion items yang ada kat butik ni... Aku amatlah menggalakkan korang jengah & follow butik online ini. Kenapa? Banyak kelebihan sebenarnya... Tak nak pening-pening..

Meh la Ct kongsikan 3 reasons why I like HNorisa Boutique ^^


3 Sebab kenapa Cik Ct pilih HNorisa Boutique...?

Sebab 1 - Hadiah Yang Ditawarkan buat Pemenang GiveAway YES 2017 by Roxalynne




2 pasang Raudhah Instant Shawl 2.0
 daripada HNorisa Boutique telah menjadi pilihan untuk dihadiahkan kepada pemenang bertuah bagi GiveAway YES 2017 by Roxalynne kali ni.

Cik Ct berkenan dengan hadiah yang telah dipersetujui ini kerana item yang dihadiahkan ini harapnya dapat memberi manfaat dan keberkatan kepada pemenang dan juga pihak penganjur.

Hadiah hijab labuh kut, sedikit sebanyak membuka peluang buat mereka yang meminati penampilan fesyen tetapi nak yang labuh dan dapat menutup aurat dengan sempurna, dapatlah merebut peluang memenangi hadiah begini dengan turut serta dalam contest GA ini. Sambil bercontest, sambil beramal, tak gitu?



Cunnn kann? Y'all nak kaler apa agak-agak?

🌸Instant Shawl RAUDHAH By Heejab Scarf🌸


✅ 2 saiz
L: 2.0 m x 0.73cm +- 0.05cm (bidang 60)
XL: 2.2meter x 0.73cm +- 0.05cm (bidang 65)

✅ Material
Body: High Quality Flamingo Chiffon 
Awning: Soft Cotton Anti Tembam

Ciri-ciri lain :

✅ Double loops - senang nak pakai, 2 kali sarung, siap. Jimat masa.
✅ Didatangkan dengan metal tag eksklusif HEEJAB SCARF.

✅ Tidak jarang - tak perlu dah inner labuh lain sebelah dalam.

✅ Tidak panas - material high quality flamingo chiffon buatkan sis rasa selesa dalam dakapan Raudhah😍

✅ Flowy- jatuh terletak je bila pakai, buatkan sis rasa selesa dan level of confident meningkat.

✅ Labuh boleh dilaras- boleh adjust kepada saiz saiz M/L/XL/XXL .

✅ Inner terbentuk elok - inner dengan material high quality soft-cotton buatkan sis tak panas dan tak melepet ke dahi. Jadi muka sis tak nampak boolat nanti. Nampak ala2 bujir sirih gitu.

✅ Inner anti tembam - innernya direka khas utk menyorokkan pipi yg comel, in sha Allah nampak selim melim pd bahagian muka sis .

✅ Pinless - jimat masa sis, tak payah susah2 nak cari brooch atau pin. .

✅ Minima iron - materianya yg berkualiti membuatkan sis senang nak gosok instant shawl ni, gosok sikit2 je dah nampak licin dah. .

✅ Inner dalam labuh menutupi leher - tak perlu dah pakai inner extra labuh yg lain utk tutup leher. Jimat duit. .

✅ 10 pilihan warna2 yg kami anggap sebagai "warna selamat" yang menarik. Sebab apa warna selamat? Senang nak match dengan banyak warna baju. Jadi kalau beli 1, dah boleh pakai dengan 5 baju. Tak ke jimat?

Sumber : Instagram Hana Norisa Boutique 

Jimat dan berpatutan, kan? Beli 1 rona warna je dah boleh pakai untuk beberapa jenis baju (especially jubah, blaus/T-shirt labuh dan juga baju kurung)... Ehhh, berbaloi amat dah tu pada Ct. Rona warna dia je cukup mengagumkan...

Pssttt... Yang kat atas Ct kongsi tu baru sikit dari keseluruhan koleksi warna yang ada. Tapi kan... Cik Ct tak tahu lagi la warna Raudhah Instant Shawl 2.0 yang akan diberikan oleh sis Hana Norisa kepada para pemenang ek... Masih kekal misteri~~~

Sebab 2 - Info Produk yang dikongsikan bertepatan dengan pertanyaan bakal pelanggan. Siap ada tutorial dan kata-kata hikmah a.k.a "Quotes of the day" tu ! ^^

Fiuuu, masa Cik Ct terjah Instagram dan kemudian FB page Hana Norisa Online Boutique... Terkesima jugaklah kejap.. Hehe, rasa macam pergi butik 'quotes' pun ada ^^


Mungkin juga kerana kak Hana juga adalah seorang penulis, jadi insta shoppe beliau sedikit sebanyak dipenuhi dengan kata-kata motivasi yang diselang-selikan dengan posting tentang tudung/shawl beliau...di mana ada yang boleh membuat kita tersenyum dan sedikit sebanyak menyerap positive vibes dalam diri, sambil-sambil tu boleh cuci mata tengok apa boleh dishoppingkan ^^


Kata-kata semangat yang diberikan sedikit sebanyak memberikan ketenangan semasa cuci mata di ig shoppe ini ^^

FB page shoppe beliau pun, bila terjah... Sungguh rasa tak rugi... Sebab daripada sini, kita dapat tengok katalog bagi setiap item fesyen yang ada di butik online ini...

Page Facebook yang terdapat katalog ; memudahkan lagi carian barangan yang diidamkan :)


Selain itu, melalui FB page HNorisa Boutique juga, para pengunjung mereka berkongsi dengan mudah segala promosi yang sedang dilangsungkan oleh butik fesyen muslimah yang cukup comel, teratur dan kemas ini :)


Tak terlepas, sebagai sponsor pun HNorisa turut mempromosikan GiveAway YES 2017 by Roxalynne. Jangan lupa join ^^

  

Gambar-gambar di atas inilah menunjukkan  antara promosi-promosi yang sedang berlangsung di HNorisa Boutique sempena YES 2017... Buat yang masih tertanya-tanya mana nak cari item-item yang melengkapi pemakaian Muslimah chuuu'olls, bolehlah ke butik online, HNorisa Online Boutique.

Okay, the last but not the least... We go through to the 3rd reason ekk..^^


Sebab 3- Butik Fesyen Muslimah yang Best, Bukan hanya ada Shawl/Hijab sahaja; banyak pilihan dan disertakan dengan Info Produk & CTA yang mudah dirujuk

Image may contain: text

Hehe banyak pulak list kat third reason ni kan? Tapi memang betullah itu hakikatnya ;)

Korang tau ke selain daripada hijab/shawl, kita digalakkan memakai apa ? Apa ek? Ce korang teka??

Urmmm... Yup, that's it... Handsock! Pandai pun.. hehe

Satu lagi kelebihan di HNorisa Boutique ini, selain daripada hijab scarf dan instant shawl sahaja, malah di sana turut menyediakan handsock juga...^^

Handsock - atau BMnya kita panggil sarung lengan *kat Cik Ct, femes dipanggil 'stongan'.. Kalau korang apa pulak ek panggilnya? Hehe apa pun panggilannya kan.. Dengan adanya handsock/stongan ni, ianya memudahkan lagi kita menjaga aurat di bahagian lengan.. ye dak?

Exclusive Nurbella Handsock - berenda & tak longgar .. nak yang berzip pun ada .. Jadi kemas untuk dipakai

Senang kata, list items yang ada di butik ini, bukan sahaja penampilan produknya yang menarik dan kreatif, malah servis pelanggan yang dijamin pantas respons dan juga mesra pelanggan. Sebaik konsep 'servis' butik yang diberi ^^

Jadi, Ct tak nak berceloteh panjang (ni pun rasanya macam dah panjang sangat), u'olls bolehlah jengah-jengah HNorisa Boutique sama ada di Insta Shoppe dan Facebook page

Dah cuci-cuci mata tu, bolehlah hubungi Kak Hana untuk sebarang pertanyaan / order melalui WhatsApp +6017-417 8804 :)
Nampak kan? Bukan sikit orang yang follow, Novelis Fatrim Syah pun follow @HNorisaBoutique tau^^



Barangan yang ada di butik ni semua lumayan kan? Hehe tapi kalau korang nak try dapatkan Instant Shawl Raudhah 2.0 yang labuh lagi cun tu secara PERCUMA...
Bolehlah join GiveAway YES 2017 yang masih berlangsung sampai 1 Jan 2018 ni :)

Kalau berminat nak turut serta, bolehlah klik banner di bawah yang warna pink ni ^^

GiveAway YES 2017 by Roxalynne.
Klik untuk join

Okay, sekian itu sahaja untuk kali ni... Sampai berjumpa lagi ^^

----- ❤️ Senarai Peserta ❤️ | GiveAway YES 2017 by Roxalynne -----

30 May 2017

Review SKB | Contest Istimewa Khas Buat Pembaca Antologi Setulus Kasih Buatmu

30.5.17 0 Comments
Assalamualaikum !! Salam Sejahtera ~~

안녕하세요! :)

Hehehehe, it's been a long time I haven't write/update any entry(ies) here. Had anyone miss me? I guess nope, at all. hahaha. No one would miss me or notice any update on this blog, I guess. Haiya, seems like I have to work more on this blog ! T_T Alright, a biiittt sorry for the intro in English.. Hehehehe. It's time to write in my mother-tongue back ! ^^ Kekeke. (the intro is just a practise for me since I'm practicing to write/translate for my part-time job as a freelance English-Malay translator.)

Baiklah, memang dah lama kan Cik Ct tak berceloteh kat sini. Batasan kerja dan rutin harian memang amat mengehadkan masa Cik Ct untuk blogging . Balik kerja je dah penat, memang berpinar-pinar biji mata nak analyse & digest the data lagi serta tak ada terlalu banyak masa untuk menghadap skrin tak kira skrin laptop atau pun skrin fon. hehe. kadang-kadang tengok skrin fon kejap je dah tersengguk-sengguk then terus tertido. ehh, dah macam nak merungut pulak bila Ct baca balik, tak baik mengeluh Ct, nanti rezeki tak berkat ! hehe. Sekarang dah free bila no longer employed to any company, barulah agak free dan lapang nak menulis. hehe oraittt oraittt oraitt~

Sebelum bermula dengan apa yang Ct nak ceritakan pada entri ni kali ni, terlebih dahulu Cik Ct nak ucapkan .......................

Related image
kredit gambar : Google

buat kesemua rakan-rakan Muslim sekalian :)
Moga ibadah puasa kita always diberkati ya ! ^^

dan...

buat teman-teman Sabah & Sarawak ! ^^

Image result for selamat hari gawai 2017
kredit gambar - Google



Hurmmm, banyak celoteh tak tentu kan? it's better for me to straight to the point... Okay, dear semua yang sudi membaca post ni,.. Ct sebenarnya ada sesuatu yang nak dikongsi dengan y'allz :)

27 September 2016

#EverySingleThing | Novelet Projek Amal Novelis Fathi Fatim (Adra Adlina)

27.9.16 2 Comments
Assalamualaikum, 
Greeting and annyeong ! ^^

Okay, bismillahirrahmaanirrahim...

Sebelum Ct berceloteh panjang,,, Ct kan... Nak tanya ni... Korang kan.... 

Minat membaca karya penulisan kreatif tak? Pada masa yang sama korang suka terlibat dengan program bacaan yang membolehkan korang buat sumbangan amal?

Kalau ya, post ni memang untuk korang... Woahhh, kenapa pulak ni kan? Macam ni...

Tujuan Ct menulis entri ni adalah untuk mengetengahkan satu projek amal  yang ditulis dan dikendalikan oleh seorang penulis novel yang kini ingin dikenali sebagai Fathi Fatim. 

Projek amal yang Ct maksudkan pula adalah seperti berikut :-
(ni kes copy paste sahaja drpd malumat yg Kak Fathi bagi.. hehehe)


15 June 2016

5 Babak Dalam The Conjuring 2 Yang Boleh Buat Gugur Jantung

15.6.16 1 Comments
Annyeong ! 

Kih kih kih, sebab ni bulan puasa so berani sikitlah Cik Ct nak bercerita tentang cerita hantu... Buat para peminat horror movie, mesti korang dah tahu kan movie ni dah mula ditayangkan di pawagam sejak 9 Jun 2016.

Yippie lepas 3 tahun after the first series, akhirnya The Conjuring 2 kembali ! Siapa yang belum movie ticket tu cepat2 lah booking ya~^^ Bulan puasa ni kurang sikit takutnya (yeke?~ hohoho)

DP - The Conjuring 2

Sikit sinopsis The Conjuring 2...

14 June 2016

Topshop : Fesyen High Street Terkini dan Trendi dari ZALORA

14.6.16 0 Comments

Assalamu’alaikum n hai ! ^^ Annyeong~^^
Ok, entri kali ni sebenarnya Ct nak share tentang Topshop. Apa tu Topshop? Dan fesyen macam mana yang ditampilkan?
Teruskan bacaan korang kalau nak tahu ya... ^^ Rugi tak baca, sebab siapa penggemar fesyen trendi terbaru yang pasti tak nak terlepas info tentang ni! Lagi2 peminat ‘top’ attire yang simple tapi nampak cukup trendi tu kan,,, WAJIB baca entri ni sampai habis..! *Ahhaxx*
Oklah... Meh Ct bagi tau~^^
Topshop sebenarnya bukanlah sebuah jenama yang asing lagi dalam kalangan penggemar high street fashion. Jenama besar dari UK ini telah menembusi pasaran Malaysia sejak beberapa tahun dahulu dan kini boleh ditemui di semua pusat-pusat membeli belah hampir di keseluruhan Malaysia. Mempertaruhkan konsep high street yang cukup popular di barat, ia sememangnya suatu trend yang baru di Asia dan diterima baik oleh pengikut fesyen tempatan.
Rekaan pakaian yang kadangkala dianggap unik dengan corak retro dan kombinasi warna yang pelik juga kini diterima sebagai fesyen dan Topshop diangkat sebagai pelopor fesyen terkini yang genius! Untuk korang yang mungkin sudah bosan dengan padanan pakaian yang sama di hujung minggu, mari gayakan koleksi pakaian wanita Topshop seperti berikut untuk tampil lebih menyerlah dan ‘fashion forward’;
Tampil bergaya dengan koleksi jeans Topshop yang boleh korang padankan dengan apa jua pilihan tops kegemaran korang.


23 April 2016

Drama Adaptasi Novel | Duda Terlajak Laris

23.4.16 1 Comments
Duda Terlajak Laris | Assalamualaikum dan hai ^^... Sebenarnya dah beberapa hari Ct tertangguh nak siapkan entri ni.. Hihi, almaklumlah, agak busy, bukak blog pun setakat follow-up Segmen dan GA yang dianjurkan bloggers lain.
(sampaikan ada beberapa hadiah GA yg Ct sponsor pun tak sempat lagi nak beri pada pemenang. T_T)

Ok, kali ni Ct nak share satu lagi drama, berjudul Duda Terlajak Laris(DTL) karya novelis yang sebelum ini terkenal dengan novel My Dear, Mr Dimple, iaitu Aifa Batrisya... Suka tengok cover novel dia... gambar abang sado! *ni kes demam #DOTS tak kebah lagi, maafkan Ct~

Kekeke, dramanya dah pun mengisi slot Akasia TV3 pada 11 April 2016 yang lalu. Hehehe, minat tengok cerita ni pasal ada Zara Zya.. Suka tengok lakonan dia yang sempoiii ja tu.
Harap Cik Ct tak terlambat nak ajak korang tengok.. even Ct tak dapat tengok kat TV, tengok online je bila sempat... T_T

Okay more info tentang drama DTL , cikidout kat bawah k!^^


---------------------------------------------------
Drama Adaptasi Novel
DUDA TERLAJAK LARIS
----------------------------------------------------

Duda Terlajak Laris
COVER DRAMA

Drama terbaru adaptasi novel karya Aifa Batrisya ini telah pun mengisi slot Akasia TV3 pada 11 April 2016 yang lalu, menggantikan drama Tundukkan Playboy Itu (review SINI)

Drama terbitan Primeworks Studio Sdn Bhd ini diarahkan oleh Fairuz Loy (pengarah tiada kena mengena dengan pelakon Elfira Loy tu ya ^^.. hehe) dan skrip pula dinukilkan oleh Shuhadatul Ain Zakaria. Drama ini menampilkan Idris Khan yang sekali lagi digandingkan bersama dengan pelakon drama Melayu yang tak cukup asing lagi, iaitu Zara Zya sebagai watak utama selepas gandingan mereka sebelum ini dalam drama 'Cinta Hati Abah'.(komen: Gaya IK nampak lain sikit dalam cerita ni...)


JUDUL : DUDA TERLAJAK LARIS
EPISOD : 26 episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 11 APRIL 2016
HARI/MASA TAYANGAN : Isnin hingga Jumat pukul 7.00 malam 
*pastikan jangan terlepas slat Maghrib bila tengok LIVE ^^*
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Aifa Batrisya
PENULIS SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
PENGARAH : Fairuz Loy
TERBITAN : Primeworks Studio Sdn. bhd.
PELAKON : Idris Khan, Zara Zya, Wawa Zainal, Bella Nazari, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini, Arash Mohd, Laila Nasir, Ikhlas Jalil, Syed Ali

WATAK PELAKON :

Idris Khan sebagai Zafran Aldrin (Zack)
Zara Zya sebagai Pehah / Inas *Awwww, hahaha, tengok drama ni pun sebab ada ZZ*
Wawa Zainal sebagai Anis Nabihah (kakak Inas)
Bella Nazari sebagai Idayu
Anis Al-Idrus sebagai Zainura (kakak Zack)
Kuza Muzaini sebagai Zah (mak Zack)
Arash Mohd sebagai Kamarulzaman  / Cik Man (ayah Zack)
Laila Nasir sebagai ummi Pehah
Ikhlas Jalil sebagai walid Pehah
Syed Ali sebagai Bob (salah seorang member Kulaan Watun / abang angkat Pehah)


-kredit pada gambar-

------------------------------------------------------------------------
SINOPSIS DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS 
------------------------------------------------------------------------

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah di usia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda. 
*Musnah sudah impian Zack nak masuk matrikulasi (sebab undang-undang matrikulasi, pelajar tak boleh berkahwin selama bergelar penuntut di situ. If you get married, you'll get out)

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana. *aku tengok drama, dia ubah ke Kuching, Sarawak*

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie *diubah ke : Sarawak* lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Di sana Zack dipertemukan dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack  mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

BACA : 7 SEBAB WAJIB UNTUK BERCUTI DI BRAZIL !
-----------------------------------------------------------
Sinopsis Drama, kredit : www.tehsirap.com
-----------------------------------------------------------
BETUL KE DUDA NI TERLAJAK LARIS? TAK TAU LAH SAIA~^^
NAK TAHU LARIS KE TAK, SILA TENGOK SENDIRI HIHI
---------------------------------------------------------------
GAMBAR KREDIT : TEH SIRAP

--------------------------------------------
Zafran Aldrin / Zack & Pehah / Inas
--------------------------------------------
-kredit pada gambar-

------------------------------------------------------
Keluarga Pehah& Zack
------------------------------------------------------
-kredit pada gambar-


---------------------------------
Geng Kulaan Watun
----------------------------------
-kredit pada gambar-



BACA JUGA REVIEW NOVEL
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

DI BAWAH NI~^^



------------------------------------
Novel : Duda Terlajak Laris
------------------------------------

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?
Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zafran Aldrin (Zack) biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob. 
“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.
“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.
Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?
“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.
Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?
Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!
------------------------------------------
Sinopsis Novel, kredit : BookCafe
------------------------------------------

Haaa, okay cukup sudah perkongsian review baik dari segi drama dan novel... Kenapa Cik Ct kongsi dua2 sekaligus kat sini? Sebab dari apa yang Ct perhatikan, mostly (tak semua lah kan) drama adaptasi novel ni agak mengelirukan kalau kita tak baca dulu novel dia.

So, buat sesiapa yang jenis lebih kurang macam Ct ni, mudah terpinga-pinga tengok drama yang tak tahu hujung pangkal novel asal dia, tengok drama macam tak puas hati ke sebab tak faham tengok drama, Cik Ct nak try rekemen korang baca dulu novelnya ^^

Sebab Ct pun macam 'blur' gila tengok 4 episod awal drama ni... Novelnya tak ingat dah baca habis ke belum... Hahaha, so Ct memang rekemen lah korang dapatkan novel DTL ni kalau betul korang berminat nak tahu jalan ceritanya yang lebih tersusun rapi *ehhh, bahasa alien mucul lagi :p*


Terus dapatkan novel tersebut secara online (beserta harga promosi) di SINI

ataupun...

Korang boleh try baca dulu 5 bab terawal Duda Terlajak Laris di SINI



Haha, ok selamat menonton... ^_^


TONTON ONLINE  / DOWNLOAD DRAMA 'DUDA TERLAJAK LARIS DI SINI


>> DRAMA SEINDAH TAKDIR CINTA MENGGANTIKAN DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS BERMULA 25/05/2016<<

19 February 2016

REVIEW | MOVIE BARU : The Other Side of The Door (2016 film)

19.2.16 8 Comments
Assalamualaikum n hai ...

Korang peminat movie seram + thriller + menyayat hati tak? 
Kalau ya, Ct ada nak recommendkan satu movie baru...
Sedih gak la.. Baru tengok trailer dia je, rasa nak nangis, tapiiii... masih ada SERAMMM....
Nak tahu Ct nak gtau movie ni cerita tentang apa? dan apa tajuknya?? Cikidout kat bawah k~^^

The Other Side of the Door 2016.jpg

THE OTHER SIDE OF THE DOOR tajuknya,..
Bakal ditayangkan pada 25 Februari 2016 ni...

17 February 2016

Review | korean_products_sales : IG shop - Produk Kecantikan dari Korea

17.2.16 0 Comments


Assalamualaikum n hai~^^


Lama rasanya Ct dah tak berceloteh lelebih kat blog ni... Maklumlah, agak sibuk sejak dua menjak lepas salah seorang akak Ct bersalin, n Ct kena tolong jadi baby-sitter ni kan... Hehehe... Amek kau, dah sebulan lebih jugak Ct cuba siapkan entri ni, tapi asyik tertunda je... *maaf~ T_T*

Tapi walau sibuk mana pun, Ct nak try jugak habiskan entri ni sebab dah tazzabar nak kenalkan kat korang satu IG shop best ni... Nampak menarik tertarik wooo IG ni, sebab itemnya memang ownernya ambil direct terus dari Korea~

Well, kalau korang peminat K-pop ataupun K-drama ataupun lebih dikenali dengan K-Wave a.k.a Hallyu ni kan, mesti korang (mostly perempuan) tergoda *walaupun tak banyak, sikittt je tergoda tu, ada jugak tergodanya kan* .... Maka, korang WAJIB BACA entri ni sampai habis... *wink wink hehe*.

Ni masa scroll2 IG, Ct jumpa satu IG shop ni.. Agak menarik sebab banyak produk kecantikan, mekap dan macam2 lagi produk penjagaan wajah kat IG shop ni...

haaa ini dia...



IG : @korean_products_sales
Owner : Sis Farah
WhatsApp : 019-241 8558

sumber gambar : http://www.sabrinatajudin.com/2013/08/precious-mineral-any-cushion-review.html

sumber gambar : Blog Sabrina Tajuddin





11 January 2016

Resepi Bubur Pulut Hitam

11.1.16 2 Comments
Assalamualaikum n hai...
Hehehe, kali ni Ct nak cerita tentang makanan pulak... Makanan? 
Yeahhhh... Food, food, food! *angkat kening sebelah...konon drama sangat! haha :p *
Korang suka mam yg manis2? Tipulah Malaysian tak suka manis2 kan...
Lagi2 tang bubur or puding tu....
So kali ni, Ct nak share dulu resepi yg Ct selalu mamam bila my sisters or my mak masak .. hahaha, lagi2 bila kenduri kan...
Tapi, firstly, I'm sorry, resepinya dalam English... 
*kalau rajin Ct translate satu2^^*
-okay,Ct rajin, dah translate...tapi resepi yg Ct suka je. erk!-

Ok, resepinya di sini :


24 December 2015

22 December 2015

Teaser Novel | Karya Baru Ct Roxalynna...

22.12.15 0 Comments

.:Random Teaser:.


"Kita kahwin?" soal si jejaka sambil dijongketkan sebelah keningnya.
Hana terkesima. Gilalah!
"Saya ni masih seorang pelajar. Pelajar di kolej matrikulasi pula tu. Undang-undang matrik, student mana boleh kahwin selagi bergelar pelajar sini," ujar Hana, bersungguh-sungguh. Hingga berkerut dahinya cuba menerangkan situasi sebenar.
Si jejaka di sebelah hanya mampu memuncungkan bibir. Terkulat-kulat dia membuang pandang ke arah wajah Hana.
******
"Tunang???" Pulak!

Nurin Hana Rose melopong. Tergamam. Nak jawab apa?

.>>P/S : teaser ni tak full<<
★★★★★☆☆☆☆☆★★★★★☆☆☆☆☆
Psstttt.... agak2 ni cerita mana ek?
Korang rasa menarik tak?
Nama watak2 tu macam kenal ?
Pernah baca tak kat portal p2u...
Tapi tajuk lain?
Huhuhu...

Ok lah, tak nak berteka-teki... tajuknya kat bawah ni haaa....