Showing posts with label Matric's LIfe. Show all posts
Showing posts with label Matric's LIfe. Show all posts

Monday, June 05, 2017

#Kenangan Matric's Life (Part 2) | From Simpang Renggam with Love (A Journey of a KMS Alumni)

6/05/2017 12:00:00 AM 0 Comments



Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)

Hurmmm, hahaha.

Alright...
It's been a few years since I wote in my previous post about my memorable moments back in matriculation college. I was enrolled in Kolej Matrikulasi Selangor (also known as Selangor Matriculation College [SeMaC] in English), back in years 2011 until 2013.

If you prefer in this silly previous post I wrote before, yup... I was a student there. So here I am, continuing the story that I have promised to continue it again.
(but I never thought it takes years to get the chance writing this again...heu~)

The reason I'm writing it again...

[QUIZ : Answer These 8 Questions And We'll Reveal Your Movie Personality]


Tulis BM je lah senang~~~~

Sebab saya menulis semula kisah ni, sebab sebagai salah satu memori saya dan juga sebab........
Nak ucapkan Selamat Datang kepada adik-adik yang bakal ke matrikulasi...





Adik-adik batch baru sesi 2017/2018 yang dapat matrikulasi tu semua tengah busy research tentang kolej-kolej matrik yg korang dapat tu kan? Siapa yang dapat KMS, Selamat Datang ek... Oleh sebab aku ex (alumni kut orang sekarang panggil) KMS, maka aku songlap gambar dari website KMS.. hehe

Hahahaha selamat berpakaian rasmi, zaman kami dulu baju kurung n tudung rasmi adalah warna krim (memori KMS sangat huuu pakaian rasmi tuuuu)

Pakaian rasmi masa kuliah


Adik-adik yang bakal enroll ke KMS jugak, hakak Ct (hamek kau, macam nak menyepak diri sendiri aku di saat menulis 'hakak' tu) nak ingatkan, kalau nak cari pelan apa-apa berkaitan masa pendaftaran nanti boleh cari kat SINI ea...
Jangan tanya hakak, sebab zaman kita dah berbeza...

ohhh esok ek tarikh korang daftar.. Good luck ! 


Dulu zaman hakak, yang wajib pakai masa pendaftaran adalah baju kurung untuk pelajar perempuan, tudung bebas. Sekarang ada pulak peraturan baru kena pakai tudung hitam nampaknya.




korang search apa ni ek? heuheuheu, pelan bilik semua sama je dik

Apa-apa pun, korang carilah di laman web matrik masing-masing. Hakak malehh nak update . Ahahaha .

Okay kembali bersemangat nak share tentang KMS...
Ahahaha, lagi eager aku nak tulis tentang sejarah matrik aku lepas ramai search tentang KMS dan... Bila KMS dah keluar kat Fiksyen Shasha ! (cehhh, ingatkan takde sape nak tulis tentang KMS kat FS tu... ada jugak rupa2nya)


Apa-apa pun, tentang kisah seram kat matrikulasi tu, Hurmmm, biarlah aku simpan sendiri. Ada, bukan tak ada. Especially aku batch angah (Along untuk PDT)... Tapi itu kisah seram nanti-nantilah (kalau rajin) aku cerita. Tapi lebih baik aku diamkan.. Tak elok untuk dikongsi. Ahaxxxx~


Okay biar kisah aku pula bermula.... 

Aku catatkan sebagai kenanganku untuk tatapan masa akan datang andai kata aku merindui semula kenangan-kenangan yang begitu jauh berlalu...

From Simpang Renggam With Love - A Journey of a KMS Alumni (Part I)

Macam yang aku dah post kat sini, aku bermula menjadi pelajar Kolej Matrikulasi Selangor pada 23 Mei 2011. Tepat pada hari lahir aku yang ke-18.


Ex-student SMKSR

Aktiviti aku macam biasa, lepas habis SPM tu tanam anggur je kat kampung aku kat Simpang Renggam. Mostly aktiviti harian aku, kena tolong abang aku kat kebun kelapa sawit. Kalau tak garu biji sawit, kumpulkan biji sawit tu, aku menggila pulak kat kebun tu karaoke sensorang sambil tunggu abang aku settle buat kerja dia.

Tapi... sejujurnya aku tak begitu gemarkan kerja di kebun sebenarnya. Sebab aku tak larat ! Dan hati aku perit tengok abang aku bersusah-payah angkat buah-buah kelapa sawit yang bertan-tan beratnya tu. Tapi aku ditegah untuk tolong angkat, sebab aku perempuan.

Namun, itulah rutin aku untuk beberapa kali dalam sebulan selama 5 bulan aku tanam anggur lepas habis SPM. Kebun, kebun dan kebun... Banyak kali kena 'bising' jugak dengan abang aku sebab aku semacam malas jugak nak tolong dia sebenarnya kat kebun tu.. Huhuhu(memang tak berapa nak ikhlas pun sebenarnya sebab kerja kebun superbly-exhausting me), tapi sebab abang, dan aku sebagai adik, walau sedegil mana sekalipun aku, aku kena turutkan dia... Ok, jauh dah dari kisah matrik, itu kehidupan aku sebelum sambung belajar kat matrikulasi ... Berkait rapat dengan 'journey' aku semasa di matrik.

Tak lama selepas aku dapat tahu aku dapat tawaran ke KMS, ada sekali aku balik ke Felda Lok Heng (tempat ku membesar sampai tingkatan 1) sekejap, berkumpul adik-beradik di sana. Kakak kedua aku (kami adik-beradik panggil Kak Ngah) beri aku satu hadiah yang tak diduga. Sebuah... Netbook ! Bewarna hitam, jenama hp...
(untuk netbook tu, aku amat berterima kasih kepada Kak Ngah aku ! T_T)

netbook yang i used well masa kat matrik. TQ Kak Ngah ! 

Dengan segala persiapan, aku pun bergeraklah ke rumah salah seorang saudara yang kuhormat sebagai seorang pak cik di Seri Kembangan sepeti mana yang aku ceritakan kat Part 1.

Maka, dari Simpang Renggam dengan penuh cita-cita dan harapan dan cinta daripada orang tua aku dan adik-beradik aku, aku pun bergeraklah menuju ke KMS. Dengan harapan aku dapat habiskan dua tahun (PDT) tu dengan jayan

23/05/2011 - hari pendaftaran dan bermulanya orientasi aku di KMS. 

Seminggu orientasi, bermacam-macam pengalaman aku dan kawan-kawan lalui. Kena ragging dengan senior, itu perkara biasa. Penat berkejar-kejar ikut schedule yang telah ditetapkan, tertidur kat surau, tersengguk-sengguk masa Mentor-Mentee (awalnya zaman kitorang Mentor Mentee, namanya lain, tapi aku tak ingat apa.) Tapi pengalaman tu semua tak ada pun aku adu domba kat family aku walaupun aku anak bongsu. Aku anggap itu semua pengalaman kehidupan. 
Apa yang aku alami masa malam terakhir orientasi tu benar-benar mencabar. 

Siapa KMS batch 2011/2012 pasti tau apa yang berlaku dekat Dewan Antares malam terakhir orientasi tu kan? Hahaha, let's keep it quiet udah la. ^^

Tahun Pertama (Awal Sem1) 

[Asrama Mira - TIngkat 4 (T4) - Ketua Aras - MPPB]



Maka, bermulalah Semester 1 aku kat KMS, aku yang masa tu macam 'gila kuasa' sikit, dapatlah jawatan Ketua Aras bagi Tingkat 4 lepas beria-ia angkat tangan masa hakak fasi tanya sape volunteer nak jadi Ketua Aras... Dalam usia 18, masih naif tentang dunia luar. Aku ingatkan dengan memgang jawatan itu, aku dapat melatih seorang aku yang pemalu dan pasif kepada seseorang yang lebih ceria namun bertanggungjawab. Rupa-rupanya aku silap. Tanggungjawab itu agak berat dan juga agak memakan diri.

Namun, aku bersyukur... Berakhirnya orientasi, bermula juga hujung minggu pertama di KMS. Beberapa hari sebelum kuliah bermula. Dapatlah aku mengemas bilik sebolehnya.

My very first room there, AP1-T4-07.

AP1 - Maknanya Asrama Perempuan 1 = Asrama MIRA
(Polaris = AP2 ; Vega = AP3 ; Asrama Lelaki = Canopus & Capella)
T4 -   Tingkat 4
07 -    Bilik no 07

Aku yang pertama masuk bilik tu, masa naik je tingkat tu, angin menerpa kat aku lain macam. Masa tu aku tak tahu bilik tu (exactly aras 4 tu) tak pernah berpenghuni lagi. Damn... I was lacked of research about those college at that time. Yang aku tau cuma.... KMS masih baru dan batch aku adalah batch kedua...
(Di mana masa tu baru tau kami jugak batch pertama yang huni tingkat 4)

Masa tu biliknya yang aku dapat, sarung plastik whiteboard dan plastik sarung tilam tu pun tak ditanggalkan lagi! Menggambarkan betapa 'barunya' bilik yang aku dapat tu...

Okay, 2 minggu pertama, aku berdua je dengan roommate aku, Anis Sabrina nama dia (sedap kan?).. Hehe yeayyy sem 1 tu aku 'berjodoh' dengan mereka bernama Anis. Aku dengan kawan sebilik bernama Anis, berpisah tiada~(ada juga classmate nama Anis)

Anis rajin gi bilik kawan dia kat tingkat 3 kalau tak silap, aku je yang suka memerap kat bilik. Sebab ramai yang suka bertandang kat bilik aku. Hahaha, awal2 sem lepas orientasi tu, ramai yang suka datang bilik sebab masa tu ramai yang nak 'berkawan' dengan aku.

2 minggu pertama tu, sampailah 2nd intake masuk, semua AJK asrama masa tu ditugaskan sebagai 'Pembantu' merangkap ala-ala fasi(fasilitator) macam akak2 n abang2 fasi masa kami orientasi dulu. Cumanya... 

Kami start jadi Pembantu msa Minggu Pengurusan Pelajar Baru(MPPB) ambilan kedua tu lepas habis kuliah/kelas tiap petang selama hampir seminggu (tak ingat 3 hari atau 5 hari) orientasi tu berlangsung.  


hakak yang poyo masa MPPB



Pengalaman yang tak boleh aku lupakan masa MPPB ni?

Ada budak yang hempas pintu dedepan muka aku masa aku rush dia suruh cepat turun untuk attend event yang dah dijadualkan.. Waktu tu kami para AJK pembantu ditekan dengan HEP, so kami pun terpaksa rush diorang suruh cepat turun gi Dewan Antares.
Mungkin aku terlalu kasar rushing budak tu agaknya masa tu, dengan selamba dia marah aku balik, 

"Hishhh, orang penatlah ! Dahlah baru balik kelas !"

Dan...

BAMMMMMM!!

Ngek! Pintu bilik dia hempas kuat masa aku bebetul depan bilik dia. Nasib baik aku tak tercium pintu tu. Kalau tercium tu memang aku saman budak tu, takut patah batang hidung aku.

Dalam hati aku dah marah jugaklah. "Kau ingat kau sorang je penat baru balik kelas?!"

Kau ghase?? Ahahaha . Aku rasa nak maki. Tapi tak apa... Aku pendam je. HEP ada.

Hahahahaha, yelah aku pun penat jugak kut masa tu baru balik kelas rushing terus siap-siap tukar baju, berkejar jugak kut. Tapi dah lelama, aku faham lah, memang second intake student masa tu penat...

Dahlah masuk2 je terus kena attend kelas yang seminggu budak first intake dah belajar dulu, belum sempat catch up apa yang first intake dah belajar, lepas tu diorang habis kelas je kena attend program MPPB ni sampai ke malam.
Kesian jugaklah 2nd intake masa tu...

Tapi itu kisahnya... Tak lama lepas tu okay dah, HEP (masa tu En. Azra, sekarang beliau bukanlah lagi seorang HEP di sana, dengar cerita dah jadi pakar motivasi bebas sekarang)

En. Azra brainwash baik punya lepas tu masa malam terakhir MPPB... Hahaha, yang aku takley blah, En. Azra tegur memang baik berhemah punya... 

Sekali lepas tu yang datang nangis2 mintak maaf kat aku adalah budak lain...(Sekarang jadi kawan dah pun).. Budak yang hempas pintu kat aku tu? Dia pun minta maaf gak tapi takdalah sampai nangis2, cukup kami saling bermaafan.

Ok tu lah antara pengalaman aku masa MPPB 2nd intake... Yang aku suka sangat kat matrik waktu2 macam ni? Chicken dance !! Ahahaha, aku tak tau lah kalau chicken dance tu masih ada tiap kali waktu sukaneka ataupun orientasi...

Yang pasti lagu Gemuruh by Faizal Tahir tu ada lagi memang daebak ahhh~

malam terakhir sebagai 'Hakak Fasi'

me & Ira Kechik @ Dewan Antares

me & Alia (Ketua Aras T3) | Aku dan dia pun ada cerita ...
Aku pernah tersalah masuk bilik dia sebab dia pun kat bilik 07 (AP1-T3-07)
maluuu ohhh tersalah masuk bilik rupa2nya aku masa 1st day tu

Aku & mirror selfie berpisah tiada | Aku kat toilet Dewan Antares
Shot using Sony Ericsson C902
Masih tak dapat kulupkan, fon yang hilang masa sem 3 kat sana T_T

Okay, aku rasa biarlah cerita aku sampai kat MPPB dulu, ngantuk gila ahh nak habiskan semua part masa aku tahun pertama kat KMS ni...
Esok ada jugak yang tak terbangun sahur, naya je.. Heuheuheu...

Ada masa, panjang umur, murah rezeki, ada kesempatan... aku sambung lagi...  Insya-Allah, dalam masa terdekat jugak ni... Doakan semuanya dipermudahkan ! ^^