Showing posts with label Johor Slang. Show all posts
Showing posts with label Johor Slang. Show all posts

Sunday, May 22, 2016

Slang Johor | Korang Tahu?

5/22/2016 01:57:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum n hai...

Slang Johor a.k.a Dialek Negeri Johor | Dilahirkan dan dibesarkan selama 18 tahun di Johor. Dan sekarang di usia menghampiri usia 23 tahun, masih lagi kekal menjadi rakyat Johor... Tapi...? Tapi apa? Cik Ct sebagai rakyat Johor pun masih kurang arif tentang sesetengah *banyak jugak sebenarnya -_-* penggunaan perkataan slang Johor ni. 

Maklumlah, sesuatu perkara terutamanya warisan budaya dan bahasa tu kalau tak diamalkan atau digunakan selalu, bak pepatah lama tu, *Ct ubah sikit* jadilah ia...

LAPUK DEK ZAMAN, LEKANG DEK HUJAN

Haha, okay... Cewaahhh acah acah bermadah kononnya. Jadi, kali ni Ct try nak kongsikan sebanyak sedikit (banyak sebenarnya - 131 gambar tu kut).... Banyak lah dia punya sikit tu ek?
Hahaha, abaikan kepoyoan Ct tu... Jom kita terjah slang-slang Johor ni k~
Teruskan bacaan anda! ^^

Gambar-gambar slang Johor ni kredit kepada FB page: Johor Slang & FB owner : Pakcik Zharith sebab bermurah hati berkongsi. Jasa kalian dikenang~^^ 

Siapa yang Johorean, jom kita baca... kut lah mengimbau kenangan lama kan?
Yang bukan Johorean pun dialukan untuk baca sama... Sama2 belajar kununnya.. hahaha..
Manalah tau kita boleh buat perbandingan dengan dialek / slang negeri2 lain di Malaysia ni kan ^^

Let's cikidout !

Saya jarang guna, selalu guna perkataan 'DENGKI' instead of 'JAKI'

Contoh :
"Apa lah yang kau dengki sangat dengan Team Johor DT tu..." Hahaha XD

Ni saya selalu guna ! Haha , bangga jap. Tak sangka tersenarai jugak perkataan HAPAH ni ^^

Selalu cakap macam ni kat kawan :

"Hapah la kau ni, habuk pun tarak..."

PAKKAL ? Hahaha, tak pasti ejaannya yg betul memang macam ni...

Tapi yang Ct selalu guna, BAKAL je kau ni kan...

Tak tau pulak lain dari yg JS kongsikan . hehehe..

MISIK? Rasanya yang betul adalah 'MASIK' ... Rasanya betul lah gtu kut lah EK? XDEntah la.. Lain tempat(daerah) lain penggunaannya kut. Saya pun xpasti. tapi Ct memang selalu seut MASIK..

Masik kah kau ingat (sebutan ala Indonesian/Javanese sitik)

Katanya Jawa Johor yg guna Misik ni, tak tau lah sahih ke idok.. Sebab mak Ct pun tak pernah guna ni... Macam baku yg menjanggalkan gtu dengornya.

Add caption
















  Saing | Ada kisah di sebalik 'term' ni :

Hahaha yang ni banyak kenangan dari first time Ct dengar makna lain perkataan 'Saing' ni. Masa tu belajar kat Selangor dulu. Kebetulan dapat member baik berasal daripada Terengganu. Daripada dia la baru Ct tahu saing di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu - mungkin juga Pahang) bermaksud 'kawan'.
Then, bila sambung belajar di Terengganu, sekali lagi terlupa makna tu, sebab dah biasa di Selangor cakap dialek biasa. Sekali hamekkk, bila dah terbiasa cakap "Awak, nanti gi saing ek?" Lepas tu... masing-masing krik krik... terpinga-pinga... hehehe... dia ingat aku nak gi kawan dengan dia , sedangkan kitorang dah pun berawan :p
Hahaha... inilah yang uniknya Malaysia... ada pelbagai etnik yang membentuk pelbagai jenis dialek mengikut kawasan...






Ok lah...

Ini aje yang Ct sempat share.. Haaa, tak larat nak share semua (ada 132 gambar) kut!
Kalau nak tahu lebih banyak slang Johor yang ada~~~

Bolehlah pergi ke page FB : Johor Slang ~^^