Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, July 18, 2016

Amar Baharin & Amyra Rosli Bakal Menikah 11 November Ini

7/18/2016 10:56:00 PM 1 Comments

Okay, kali ni buat julung kalinya Ct nak update berita hiburan pelakon tempatan Malaysia.. He he he... Itupun sebab rasa macam excited sikit sebab spekulasi tentang hubungan Amar&Amyra ni akhirnya berakhir dengan khabar yang pasti mengujakan para peminat mereka... ^^
*Ct pun salah seorang peminat tu, sebab tu update...ngeee~

Satu jam yang lepas kecoh di Facebook bila tiba-tiba Ct scroll, ada pulak rakan yang update ucap selamat kat Amar & Amyra untuk 11 November ni. Tak jelas berita tentang apa, so Ct pun tanya lah incik Google...

Ok memang dah confirm, diorang akan menikah 11 November ni... Tak caye? Tengok, diorang dah buat kenyataan media sebentar tadi... 

Tengok gambar screenshot di IG #hlive di bawah...

Thursday, June 02, 2016

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2016 NEGERI JOHOR

6/02/2016 05:16:00 PM 2 Comments
Semoga lampiran jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 1437H / 2016M yang disertakan ini dapat memudahkan umat Islam di negeri Johor membuat perancangan waktu ideal untuk bersahur serta semakan masa berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Sebagai makluman, lampiran jadual waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1437H / 2016M bagi seluruh negeri Johor yang disertakan ini adalah rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

JADUAL WAKTU BUKA PUASA DAN IMSAK 2016 NEGERI JOHOR 

ZON 1 : PULAU AUR & PULAU PEMANGGIL

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 1


ZON 2 : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya.

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 2

ZON 3 : Daerah Pontian & Kluang

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 3

ZON 4 : Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, dan Gemas, Johor.

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 4

Pautan Sumber Asal » mysumber.com 

*klik pautan untuk maklumat JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2016 NEGERI-NEGERI LAIN DI MALAYSIA*

Cik Ct cuma nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat yang membaca entri ini :)

Moga Ramadhan yang akan datang membawa berlipat kali ganda keberkatan kepada kita. Aamin :)

Itu sahaja... Selamat Berpuasa ya ! Samapi berjumpa di next entry ~

Sunday, May 22, 2016

Slang Johor | Korang Tahu?

5/22/2016 01:57:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum n hai...

Slang Johor a.k.a Dialek Negeri Johor | Dilahirkan dan dibesarkan selama 18 tahun di Johor. Dan sekarang di usia menghampiri usia 23 tahun, masih lagi kekal menjadi rakyat Johor... Tapi...? Tapi apa? Cik Ct sebagai rakyat Johor pun masih kurang arif tentang sesetengah *banyak jugak sebenarnya -_-* penggunaan perkataan slang Johor ni. 

Maklumlah, sesuatu perkara terutamanya warisan budaya dan bahasa tu kalau tak diamalkan atau digunakan selalu, bak pepatah lama tu, *Ct ubah sikit* jadilah ia...

LAPUK DEK ZAMAN, LEKANG DEK HUJAN

Haha, okay... Cewaahhh acah acah bermadah kononnya. Jadi, kali ni Ct try nak kongsikan sebanyak sedikit (banyak sebenarnya - 131 gambar tu kut).... Banyak lah dia punya sikit tu ek?
Hahaha, abaikan kepoyoan Ct tu... Jom kita terjah slang-slang Johor ni k~
Teruskan bacaan anda! ^^

Gambar-gambar slang Johor ni kredit kepada FB page: Johor Slang & FB owner : Pakcik Zharith sebab bermurah hati berkongsi. Jasa kalian dikenang~^^ 

Siapa yang Johorean, jom kita baca... kut lah mengimbau kenangan lama kan?
Yang bukan Johorean pun dialukan untuk baca sama... Sama2 belajar kununnya.. hahaha..
Manalah tau kita boleh buat perbandingan dengan dialek / slang negeri2 lain di Malaysia ni kan ^^

Let's cikidout !

Saya jarang guna, selalu guna perkataan 'DENGKI' instead of 'JAKI'

Contoh :
"Apa lah yang kau dengki sangat dengan Team Johor DT tu..." Hahaha XD

Ni saya selalu guna ! Haha , bangga jap. Tak sangka tersenarai jugak perkataan HAPAH ni ^^

Selalu cakap macam ni kat kawan :

"Hapah la kau ni, habuk pun tarak..."

PAKKAL ? Hahaha, tak pasti ejaannya yg betul memang macam ni...

Tapi yang Ct selalu guna, BAKAL je kau ni kan...

Tak tau pulak lain dari yg JS kongsikan . hehehe..

MISIK? Rasanya yang betul adalah 'MASIK' ... Rasanya betul lah gtu kut lah EK? XDEntah la.. Lain tempat(daerah) lain penggunaannya kut. Saya pun xpasti. tapi Ct memang selalu seut MASIK..

Masik kah kau ingat (sebutan ala Indonesian/Javanese sitik)

Katanya Jawa Johor yg guna Misik ni, tak tau lah sahih ke idok.. Sebab mak Ct pun tak pernah guna ni... Macam baku yg menjanggalkan gtu dengornya.

Add caption
















  Saing | Ada kisah di sebalik 'term' ni :

Hahaha yang ni banyak kenangan dari first time Ct dengar makna lain perkataan 'Saing' ni. Masa tu belajar kat Selangor dulu. Kebetulan dapat member baik berasal daripada Terengganu. Daripada dia la baru Ct tahu saing di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu - mungkin juga Pahang) bermaksud 'kawan'.
Then, bila sambung belajar di Terengganu, sekali lagi terlupa makna tu, sebab dah biasa di Selangor cakap dialek biasa. Sekali hamekkk, bila dah terbiasa cakap "Awak, nanti gi saing ek?" Lepas tu... masing-masing krik krik... terpinga-pinga... hehehe... dia ingat aku nak gi kawan dengan dia , sedangkan kitorang dah pun berawan :p
Hahaha... inilah yang uniknya Malaysia... ada pelbagai etnik yang membentuk pelbagai jenis dialek mengikut kawasan...






Ok lah...

Ini aje yang Ct sempat share.. Haaa, tak larat nak share semua (ada 132 gambar) kut!
Kalau nak tahu lebih banyak slang Johor yang ada~~~

Bolehlah pergi ke page FB : Johor Slang ~^^

Saturday, May 21, 2016

ADAB MEMASAK | Doa Letak Air Dalam Beras

5/21/2016 06:16:00 PM 1 Comments

Adab Memasak : Doa Semasa Meletakkan Air Semasa Cuci Beras

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca entri post ini... Hari ni Ct scroll FB dan terjumpa post ni (tak ingat dari mana, masa sambung tulis entri ni, dah terlupa ambil dari siapa... maaf , buat dua tiga kerja lain sambil nak menyiapkan entri ni tadi T_T)
Jadi Ct share sje lah ya... Moga Allah berkati orang yang share ni~

Orait, jom kita sambung... Seperti mana yang kita semua kebanyakannya mengetahui, dalam membuat sesuatu itu mestilah disertakan dengan adab. Barulah orang sekeliling yang dekat dengan ita merasa senang hati dengan kita dan kita pun akan turut.... lega je rasa di hati.. Sebab dari sinilah dapat tengok berapa jauh kita mempraktikkan akhlak baik yang kita pelajari dalam kehidupan seharian kita...

Adab ni bukan cuma beradab dengan ibu bapa/cikgu dan orang leih tua je k... Dalam belajar pun ada adab... n sampailah ke memasak pun ada adab...

Nak tahu apa antara adab memasak yang mungkin boleh kita sama-sama amalkan. Mana tahu, orang yang makan turut dapat temias keberkatannya..



Surah Al-Imran Ayat 200

Boleh dibaca masa korang tengah nak basuh beras tu.. Tak salah mencuba kan... ^^

[ TENGOK : Impian Ramadhan Amir]

Tuesday, April 19, 2016

Beberapa Perkara Muslim Kena Tahu Sebelum Travel ke Korea

4/19/2016 03:06:00 PM 0 Comments




Tips Melancong ke Korea Selatan buat para Muslim | Salam sayang buat semua...  Kalau bercakap tentang KOREA, saya pasti ramai yang menyimpan hasrat untuk ke sana kan? tak terkecuali Cik Ct pn sama.. hahaha.. Fenomena K-Wave (a.k.a Hallyu) melalui Korean drama, K-pop serta keindahan negara 4 musim tu sendiri menjadi penarik utama untuk para peminat2 tersebut melancong ke sana... (hahaha, Ct pun 'terhanyut sama... Demam #DOTS tak habis lagi ni -_- 
teringin nak ke sana, dapat gi tengok bangunan FNC Ent. dari jauh, kut nampak LJH/CNBLUE dari jauh pun cukuplah T_T )

Lee Jong Hyun of CNBLUE - one of the main reason I want to go to Korea T_T haha





Haha, ok jauh merepek... Kali ni Ct nak kongsi tentang tips melancong ke Korea pulak.. Sebelum kita travel ke mana2, dah tentu lah kita kena buat preparations terlebih dahulu... n kenali dulu serba sedikit hal ehwal negara yang kita nak pergi tu... Especially jika kita adalah Muslim, dan negara yang kita nak pergi tu mjoriti penduduknya ialah non-muslim... Banyak hal yang nak kena ambil kira, mana boleh main redah je, ye tak? Halal haram, semua kena ambil tahu...

Musim Luruh a.k.a Autumn in Korea - foto ihsan Gugel



Walaupun Ct belum ada pengalaman melancong, Ct harap tips yang bakal Ct kongsikan ni, dapat Okay, oleh itu Ct kongsikan TIPS2 yang Muslim WAJIB tahu tu dengan klik SINI 


Sekian, itu sahaja... Harap informasi yang dikongsi bermanfaat buat kita semua.^^

Asif. Kalau nak melancong ke Korea, mohon share juga tips2 dengan Ct ya. Hehe~^^

Kbai.

Image result for i love you in korea