adgroup

Showing posts with label Drama Adaptasi Novel. Show all posts
Showing posts with label Drama Adaptasi Novel. Show all posts

Wednesday, May 25, 2016

Seindah Takdir Cinta, Drama Adaptasi Novel Terbaru Akasia TV3

Assalamualakum ~

Kali ni Ct nak share lagi tentang drama Akasia terbaru TV3 yang bakal menggantikan drama Duda Terlajak Laris bermula hari ini... (pada saat Ct siapkan tulis post ni, kurang dari sejam lagi kut nak mula... hehehe)... Ok, drama apa tu? Rasanya takyah bagi tahu pun ramai yang dah tahu, heuheu kat tajuk pun dah sebut tuuu... Tapi Ct masih nak kongsikan jugak...^^

Oppsss, sebelum baca sinopsis tu tolong klik tabung online Ct ya di SINI, SINI dan SINI...
Thank you so much~^^

-------------------------------------------------------------
Drama : Seindah Takdir Cinta
-------------------------------------------------------------


Drama terbaru adaptasi novel Seindah Takdir Cinta karya Kamsiah Abu bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Zulhuzaimy Marzuki dan skrip oleh Mufid Shuhaimi. Mengandingkan pelakon popular iaitu Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli. Akan mula bersiaran pada 25 Mei nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.



SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA

Mia Karmila, anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Dari seorang gadis moden dan sosial telah dalam sekelip mata mahu berjihad mengumpul saham akhirat. Tanpa mereka sedari, melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Manakala Adrian, satu-satunya anak lelaki Tan Sri Affendy dan Puan Sri Zalina terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya sebagai seorang lelaki mancho, bergaya dan kaya raya, walaupun ramai perempuan lain yang lebih dari bersedia untuk memenuhi segala kehendak Adrian itu.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa jua pun syarat yang diminta oleh Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila mesti jadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga akhirnya menerima ijabkabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui bahawa Shahriman bagaikan dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital.

Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian?


kredit  :


Seindah Takdir Cinta TV3

--------------------------------------------------
Adrian, Kamila dan Shahriman
--------------------------------------------------

Seindah Takdir Cinta 2016



Saturday, April 23, 2016

Drama Adaptasi Novel | Duda Terlajak Laris

Duda Terlajak Laris | Assalamualaikum dan hai ^^... Sebenarnya dah beberapa hari Ct tertangguh nak siapkan entri ni.. Hihi, almaklumlah, agak busy, bukak blog pun setakat follow-up Segmen dan GA yang dianjurkan bloggers lain.
(sampaikan ada beberapa hadiah GA yg Ct sponsor pun tak sempat lagi nak beri pada pemenang. T_T)

Ok, kali ni Ct nak share satu lagi drama, berjudul Duda Terlajak Laris(DTL) karya novelis yang sebelum ini terkenal dengan novel My Dear, Mr Dimple, iaitu Aifa Batrisya... Suka tengok cover novel dia... gambar abang sado! *ni kes demam #DOTS tak kebah lagi, maafkan Ct~

Kekeke, dramanya dah pun mengisi slot Akasia TV3 pada 11 April 2016 yang lalu. Hehehe, minat tengok cerita ni pasal ada Zara Zya.. Suka tengok lakonan dia yang sempoiii ja tu.
Harap Cik Ct tak terlambat nak ajak korang tengok.. even Ct tak dapat tengok kat TV, tengok online je bila sempat... T_T

Okay more info tentang drama DTL , cikidout kat bawah k!^^


---------------------------------------------------
Drama Adaptasi Novel
DUDA TERLAJAK LARIS
----------------------------------------------------

Duda Terlajak Laris
COVER DRAMA

Drama terbaru adaptasi novel karya Aifa Batrisya ini telah pun mengisi slot Akasia TV3 pada 11 April 2016 yang lalu, menggantikan drama Tundukkan Playboy Itu (review SINI)

Drama terbitan Primeworks Studio Sdn Bhd ini diarahkan oleh Fairuz Loy (pengarah tiada kena mengena dengan pelakon Elfira Loy tu ya ^^.. hehe) dan skrip pula dinukilkan oleh Shuhadatul Ain Zakaria. Drama ini menampilkan Idris Khan yang sekali lagi digandingkan bersama dengan pelakon drama Melayu yang tak cukup asing lagi, iaitu Zara Zya sebagai watak utama selepas gandingan mereka sebelum ini dalam drama 'Cinta Hati Abah'.(komen: Gaya IK nampak lain sikit dalam cerita ni...)


JUDUL : DUDA TERLAJAK LARIS
EPISOD : 26 episod
TARIKH MULA TAYANGAN : 11 APRIL 2016
HARI/MASA TAYANGAN : Isnin hingga Jumat pukul 7.00 malam 
*pastikan jangan terlepas slat Maghrib bila tengok LIVE ^^*
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Aifa Batrisya
PENULIS SKRIP : Shuhadatul Ain Zakaria
PENGARAH : Fairuz Loy
TERBITAN : Primeworks Studio Sdn. bhd.
PELAKON : Idris Khan, Zara Zya, Wawa Zainal, Bella Nazari, Anis Al-Idrus, Kuza Muzaini, Arash Mohd, Laila Nasir, Ikhlas Jalil, Syed Ali

WATAK PELAKON :

Idris Khan sebagai Zafran Aldrin (Zack)
Zara Zya sebagai Pehah / Inas *Awwww, hahaha, tengok drama ni pun sebab ada ZZ*
Wawa Zainal sebagai Anis Nabihah (kakak Inas)
Bella Nazari sebagai Idayu
Anis Al-Idrus sebagai Zainura (kakak Zack)
Kuza Muzaini sebagai Zah (mak Zack)
Arash Mohd sebagai Kamarulzaman  / Cik Man (ayah Zack)
Laila Nasir sebagai ummi Pehah
Ikhlas Jalil sebagai walid Pehah
Syed Ali sebagai Bob (salah seorang member Kulaan Watun / abang angkat Pehah)


-kredit pada gambar-

------------------------------------------------------------------------
SINOPSIS DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS 
------------------------------------------------------------------------

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah di usia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah di usia yang muda. 
*Musnah sudah impian Zack nak masuk matrikulasi (sebab undang-undang matrikulasi, pelajar tak boleh berkahwin selama bergelar penuntut di situ. If you get married, you'll get out)

Selepas kejadian itu Zack melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Aussie, Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana. *aku tengok drama, dia ubah ke Kuching, Sarawak*

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie *diubah ke : Sarawak* lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Di sana Zack dipertemukan dengan seorang doktor gigi yang berpudah bernama Inas. Zack  mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

BACA : 7 SEBAB WAJIB UNTUK BERCUTI DI BRAZIL !
-----------------------------------------------------------
Sinopsis Drama, kredit : www.tehsirap.com
-----------------------------------------------------------
BETUL KE DUDA NI TERLAJAK LARIS? TAK TAU LAH SAIA~^^
NAK TAHU LARIS KE TAK, SILA TENGOK SENDIRI HIHI
---------------------------------------------------------------
GAMBAR KREDIT : TEH SIRAP

--------------------------------------------
Zafran Aldrin / Zack & Pehah / Inas
--------------------------------------------
-kredit pada gambar-

------------------------------------------------------
Keluarga Pehah& Zack
------------------------------------------------------
-kredit pada gambar-


---------------------------------
Geng Kulaan Watun
----------------------------------
-kredit pada gambar-



BACA JUGA REVIEW NOVEL
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

DI BAWAH NI~^^



------------------------------------
Novel : Duda Terlajak Laris
------------------------------------

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?
Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zafran Aldrin (Zack) biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob. 
“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.
“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.
Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?
“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.
Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?
Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!
------------------------------------------
Sinopsis Novel, kredit : BookCafe
------------------------------------------

Haaa, okay cukup sudah perkongsian review baik dari segi drama dan novel... Kenapa Cik Ct kongsi dua2 sekaligus kat sini? Sebab dari apa yang Ct perhatikan, mostly (tak semua lah kan) drama adaptasi novel ni agak mengelirukan kalau kita tak baca dulu novel dia.

So, buat sesiapa yang jenis lebih kurang macam Ct ni, mudah terpinga-pinga tengok drama yang tak tahu hujung pangkal novel asal dia, tengok drama macam tak puas hati ke sebab tak faham tengok drama, Cik Ct nak try rekemen korang baca dulu novelnya ^^

Sebab Ct pun macam 'blur' gila tengok 4 episod awal drama ni... Novelnya tak ingat dah baca habis ke belum... Hahaha, so Ct memang rekemen lah korang dapatkan novel DTL ni kalau betul korang berminat nak tahu jalan ceritanya yang lebih tersusun rapi *ehhh, bahasa alien mucul lagi :p*


Terus dapatkan novel tersebut secara online (beserta harga promosi) di SINI

ataupun...

Korang boleh try baca dulu 5 bab terawal Duda Terlajak Laris di SINI



Haha, ok selamat menonton... ^_^


TONTON ONLINE  / DOWNLOAD DRAMA 'DUDA TERLAJAK LARIS DI SINI


>> DRAMA SEINDAH TAKDIR CINTA MENGGANTIKAN DRAMA DUDA TERLAJAK LARIS BERMULA 25/05/2016<<

Thursday, March 17, 2016

Drama Adaptasi Novel | Tundukkan Playboy Itu (karya penulis Anjell)

Assalamualaikum n hai semua~ ^^

Haaa... ni sebenarnya entri yang Ct repost dari blog sebelah, harap sudilah membacanya pun. Hahaha, first time nak mereviu drama (atau lebih tepat drama adaptasi novel aka novelnya sekali) di sini...

Novel

Follow by Email