Showing posts with label Doa Amalan. Show all posts
Showing posts with label Doa Amalan. Show all posts

Monday, September 19, 2016

5 Zikir Pembuka Rezeki

Assalamualaikum W.B.T


Ct kongsikan semula ya. Moga kita sama2 dapat manfaat dan rezeki yg berkat serta melimpah-ruah jika dibaca selalu. Insya-Allah.

5 Zikir Pembuka Rezeki


Mari kita mulakan dengan lafaz Basmalah... ^^
(Bismillahirrahmaanirrahim)



La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah

~ Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata~



La Ilaaha Illallahu Malikul Haqqul Mubin

~ Tiada Tuhan selain Allah Raja yang benar dan nyata~


Subhanallah wabihamdihi,
Subhanallahil 'azim


~ Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-NYA,Maha Suci Allah yang Maha Agung~




Sallallahu 'ala Muhammad,Sallallahu 'alayhi wasallam

~ Semoga Allah memberikan rahmat kepada Muhammad (S.A.W), Semoga Allah berselawat dan memberikan salam kepadanya~



Astaghfirullahal 'azim

~ Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung~


******

Semoga zikir ini menjadi salah satu amalan yang dapat kita praktiskan dalam hidup. Moga kita juga sentiasa murah rezeki dan dalam lembayung rahmat-NYA, hendaknya.
Aamiin. :)

Saturday, May 21, 2016

ADAB MEMASAK | Doa Letak Air Dalam Beras


Adab Memasak : Doa Semasa Meletakkan Air Semasa Cuci Beras | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca entri post ini... Hari ni Ct scroll FB dan terjumpa post ni (tak ingat dari mana, masa sambung ttulis entri ni, dah terlupa ambil dari siapa... maaf , buat dua tiga kerja lain sambil nak menyiapkan entri ni tadi T_T)
Jadi Ct share sje lah ya... Moga Allah berkati orang yang share ni~

Orait, jom kita sambung... Seperti mana yang kita semua kebanyakannya mengetahui, dalam membuat sesuatu itu mestilah disertakan dengan adab. Barulah orang sekeliling yang dekat dengan ita merasa senang hati dengan kita dan kita pun akan turut.... lega je rasa di hati.. Sebab dari sinilah dapat tengok berapa jauh kita mempraktikkan akhlak baik yang kita pelajari dalam kehidupan seharian kita...

Adab ni bukan cuma beradab dengan ibu bapa/cikgu dan orang leih tua je k... Dalam belajar pun ada adab... n sampailah ke memasak pun ada adab...

Nak tahu apa antara adab memasak yang mungkin boleh kita sama-sama amalkan. Mana tahu, orang yang makan turut dapat temias keberkatannya..



Surah Al-Imran Ayat 200

Boleh dibaca masa korang tengah nak basuh beras tu.. Tak salah mencuba kan... ^^


Follow by Email