Sunday, June 11, 2017

# Affiliate # Contest

Let's #ShoppingRaya | Riang Ria Raya Menepati Citarasa


Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)

Raya Gaya Aku | Sedar tak sedar bulan Ramadhan dah pun berlalu hampir setengah bulan. Hehe, apa khabar Ramadhan korang?

Ramadhan semakin berlalu pergi, maknanya Aidilfitri semakin menghampiri. Dengan saki-baki dua minggu lagi ni, korang dah prepare ke persiapan persalinan (pakaian ^^ - hahaha sorry andai terguna ayat skema sangat, keke) untuk lebaran kali ni?

Sebelum daku membebel a.k.a berceloteh lebih panjang kat entri ni, adalah lebih baik Cik Ct nak menyeru para rakan bloggers yang lain untuk turut serta dalam memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh LAZADA.. Jom kita memeriahkan penyertaan Lazada Blogger Contest ni di link ini

Terima kasih sekali lagi diucapkan kat Kak Sofie Adie, sebab daripada entri beliau baru Cik Ct tahu LAZADA tengah anjurkan contest menarik ni. Jangan lupa join yup !

Bak kata kak Sofie, the more the merrier !

Baiklah, buat minggu ketiga contest ni, tema yang dipinta LAZADA ialah : Looking Good & Beautiful !

So, kali ni peserta perlu  berkongsi tentang tema/warna pakaian pilihan sewaktu Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Fiuuu, bila tengok Promosi Riang Ria Raya LAZADA dan Promosi Marhaban Ya Ramadhan, buat aku betul-betul rmbang mata !




***

Hurmmm, nampaknya tema bertepatan dengan apa yang aku baru nak berjinak-jinak ni. Iaitu membebel tentang pilihan fesyen aku semasa hari raya nanti. Hehe . Dah nak raya beb, of course keinginan nak berhari raya dengan keterampilan yang cun lagi menarik gitu~

Jadi apa lagi.... Jom beraya gaya aku ! ^^

***

Orait, tahun ni aku dah pun menghampiri usia pertengahan 20-an... Apa kaitan kan, umur dengan gaya raya aku, kan? Hahaha. ada kaitannya...

Jika sebelum ni, jiwa fesyen raya aku mostly aku bedal je, janji cukup sopan dan paling penting... MENUTUP AURAT dari atas hinggalah ke bawah. Sebelum ni gaya macam  mana sekalipun aku tak endahkan sangat pun. 

Janji ada rezeki lebih, ada baju raya, cukuplah. Mostly semua aku serahkan kepada kakak-kakak aku atau mak aku untuk tentukan tema baju raya macam mana (aku cuma bagi pendapat pilih jenis pakaian yang aku selesa, like nak baju kurung biasa atau kurung moden).

Namun, tahun ni... Dah besar kan? Dah kesedapan 'pegang duit sendiri'. Hehe lepas dah selesa bekerja buat beberapa ketika dalam bidang pengurusan pasaraya yang juga mengaktifkan elemen 'cekap&fokus' pada trending style terkini, maka aku dah memilih tema outfit raya yang menepati citarasa aku ! Akhirnya ! Alhamdulillah, moga-moga rezeki dimurahkan dalam menjadikan impian citarasa raya aku ni menjadi kenyataan. Insya-Allah.

Heuuuu, baru boleh gah hashtag #ootd kat Instagram nanti ! (hahaha, lagha ni. Abaikan !)




Baiklah, tema outfit raya yang aku pilih pada tahun ini ialah rona pastel ! Selepas beberapa tahun dilabel sebagai agak brutal, maka tahun ini aku mengalah sikit lah dengan naluri 'feminine' side yang masih berbaki dalam sistem hormon wanita aku. hehe.

So... Jubah ni jadi pilihan aku...

1.  JF Fashion Hannah Jubah Abaya Sulam (Blue)

(klik gambar untuk gambaran spesifikasi penuh)

Rona biru plain jubah ni menarik perhatian aku kerana nampak jenisnya yang daripada jenis Chiffon Crepe yang berkualiti tinggi. Which means, ianya akan nampak lembuttt je lepas digosok nanti. Tapi yang lebih penting, material chiffon ni boleh membolehkan kita mendapat pengaliran udara yang okay masamemakainya. means, bahasa mudahnya, tak panas masa pakai disebabkan pengudaraan terkepam.

Selain tu, corak sulaman yang ada pada jubah tu pun nampak 'matching' pada aku sebab warnanya jelas-jelas 'kontra' dengan warna jubah. Berpadanan dengan tema rona 'pastel' yang tengah trending kala ni.

Cunnn lahhh~ (emotikon : mata love, mulut senyum, ngences sikit). Cun!!

Kalau dapat ni... Wallawey~ Boleh lah gue berangan nak joget ala-ala Anna Frozen nanti kalau dapat grab jubah ini... Mau fengsan anak sedara gue kalau dapat ucu yang entah bila nak matured nya ni~~~


2. JF Fashion Hannah Jubah Abaya Sulam (Pink)

(klik gambar untuk details jubah)


Selain warna biru rona terang, aku juga minat warna pink sebenarnya (BM nya merah jambu ya adik2.. ahaks..) .... 

Jadinya pilihan aku jatuh kat jubah jenama sama ni, fiu termasuk dalam Hot Deal lah pulak. Harap-harap dapat grab jika diberi peluang menang contest ni nanti. Ahaksss.



Bagaikan lauk terbuka tanpa tudung saji... Apalah guna jubah tanpa shawl atau tudung... Kan?



Jadi... Aku dah rambang mata sangat jugak sebenarnya bila 'cuci mata' nak pilih tudung raya yang bertepatan dengan aku yang dah semakin cerewet dalam pemilihan pemakaian aku sekarang. Lelagi nak raya ni you~

So, tak nak bebel panjang...

Aku pilih Long Shawl Filara untuk dipadankan dengan Jubah Abaya(Biru) di atas...


Sebab apa aku pilih shawl ni? Sebabnya pada aku, bila jubah plain, the shawl should be printed, at least... Ye tak? (kalau tak, terserah u'olls, citarasa masing-masing.. Ahakss~)

Rona shawl ni, kena pada mata aku. So, aku  pilih shawl ni untuk dipadankan dengan Jubah Abaya Pink tu~~^^

Tepat dengan prinsip bergaya pada aku... Bergaya tu boleh... Mak aku pesan, nak bergaya masa raya, bergayalah namun pada msa yang sama batasan aurat tetap dijaga.

Jadi tahun ini... Gaya-gaya inilah yang menjadi pilihan aku. Dah itu aje ke?

Hahaha, belum lagi... Gaya raya aku masih belum terlunas perkongsian citarasaku yang sepenuhnya...




One more... 

Ada lagi yang menjadi pilihan aku untuk digayakan semasa hari raya nanti. Apa tu? 
Haha item ni kalau dapat, boleh jugaklah aku pakai sendiri atau kongsi dengan my sisturs atau anak-anak sedara pempuan aku~~~^^


Aidijuma Bawal COMBO OFFER ! 

Bawal (tudung eh, bukan ikan) tengah trend kan sekarang ? Rata-rata teman-teman aku pun memilih bawal jugak untuk hari raya ni.. Shawl nak jugak, tapi bawal masih menjadi pilihan untuk koleksi #tudungraya.

Aidijuma Bawal ni bertepatan lah jugak buat anak muda macam aku yang nak bergaya tapi pada masa yang sama nakkan penjimatan dalam #shoppingraya2017. Well, dalam bergaya, poket kena jaga jugak, ye dak??

Lagipun mostly bagi anak-anak muda yang bekerja, pemilihan tudung bawal ni dikatakan sesuai dengan tema available sepanjang zaman jugak.. Boleh diulang pakai ke pelbagai event especially rumah terbuka nanti ~ 

Tudung bawal juga, kalau reti digayakan, boleh nampak menarik seperti pakai shawl~~^^
(Aku selalu buat ni masa matrik tahun 2 haha. tapi masa tu bawal plain biasa je. harap dapat gayakan jugak denga Aidijuma  Bawal ni lepas ni T_T)

Well, tudung bawal ni masih boleh dipadankan dengan Jubah Abaya yang warna pink tu... Awww!

Haha, okay rasanya cukuplah beberapa pasang jubah dan hijabs wear yang dah aku kongsikan untuk aku purchase whenever ada rezeki sebelum raya ni nanti... Insya-Allah, demi gaya raya rona pastel.

Cukuplah sampai sini bebelan aku. Jumpa lagi di next entri !

Selamat ber #shoppingraya ek !







3 comments: