Sunday, June 04, 2017

# Blog # Review Blog

BLOG | Wajah Baru Lagi Buat Blog Kesayangan

Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)


Okay, hehe. Dari tadi aku duk excited then terkebil-kebil nak tulis apa kat entri kali ni. Excited sebab blog ni bertukar wajah (lagi! untuk kesekian kalinya...urmmm)

Tapi aku blur nak tulis apa... Heuheuheu...

Okaylah, sekadar nak berkongsi... Rasanya para blogger je yang dapat faham naluri seorang blogger yang nakkan 'kulit' baru untuk blog kesayangan mereka. Dan aku salah salah satunya yang nak merasa dapat tengok blog aku berwajah baru sempena bulan Ramadhan 2017M/1438H ni dimana bulan ni jugak mostly adalah 'zaman' aku rajin belek dan update blog.. Hehe

Maka dengan semangat itu, aku pun mengambil keputusan untuk mengubah apa yang aku rasa nak ubah.

Wajah lama blog yang akan dirindui

Jika sebelum ni aku memang sukakan yang 'simple' tapi aku sedar susunan blog aku tak berapa teratur dan kemas.

Lately aku sedar, blog aku perlukan perubahan... Seiring dengan tahap usia aku yang dah semakin lama perlukan semakin perlukan sisi matang seorang Ct.. Hehehe, maka aku pun nakkan blog aku melalui fasa perubahan yang sama. Sebuah blog yang menampilkan seorang Ct Roxalynna NH.

Tak banyak konsep yang aku nak ubah, cuma nak 'upgrade' sedikit tang 'SEO' blog yang slow. Pernah aku ambil keputusan nak upgrade blog sampai rasa nak ubah domain dan upah blogger lain tolong editkan. Bagi cantik, dan kemas sekali.

Namun kerana kekangan waktu kerja, bajet  dan kehidupan seharian, jadinya aku ambil keputusan google je la dan cari yang mana berkenan.

Maka, terhasillah...

the new one ! still editing it for some satisfaction

I think, I had changed. I can't deny it. People change, so do I...


Kalau sebelum ni, aku sebolehnya tak nak mengaku kalau aku bukanlah seorang yang feminin (langsung!). Masa zaman belajar kalau tak dipaksa suruh pakai kain sekolah / baju kurung, memang aku nak berseluar panjang aje lah...

But apa kaitannya cerita ni dengan aku tukar penampilan blog aku kan? Ada kaitannya.

Blog peribadi selalunya menggambarkan sisi tuan punya blog. So, sebagai seseorang yang sedang mencuba menjadi lebih dewasa tapi..... tak boleh lepaskan minat kat warna pink ! (macam yang aku post kat entri ni) maka terhasillah penampilan blog seperti yang ada sekarang ni...

Cuma nak ubah serba sedikit, nampakkan blog ni 'sedap mata memandang' dan mengurangkan keserabutannya (macam tuan blog si Cik Ct tu yang over-serabut.. *ehhh? termengata diri sendiri pulak. ahahaha) Tapi aku masih bukan seorang yang feminin sangat ek. Cuma minat pink dan colorful . hahaha . So, u'olls dijemput menjengah blog Cik Ct ni jika sudi dan tengok-tengklah sendiri apa yang berubah n apa yang nak ditengok~

(Malas pulak nak explain pepanjang.. Hehe.. sebab nak siapkan entri lain pulak sempena hari raya.. Tunggu ek..)
Dari segi susunan penulisan aku kat sini masih huru-hara tak nampak tersusun T_T
Kredit Theme blog yang baru : Sora Templates | Goyaabi (https://gooyaabitemplates.com/blogger-templates/seo-ready/)

Tema : Juliet (https://gooyaabitemplates.com/juliet-blogger-template/)


Sekian itu sahaja . Annyeong ! Adiosz amigos~^^

Follow my blog with Bloglovin

No comments:

Post a Comment