Monday, October 16, 2017

#GA | OCTOBER BOOK GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

10/16/2017 12:04:00 AM 1 Comments

Annyeong ! Annyeong ! Annyeong !

I'm back again... with Giveaway on the road !


Oppsss... It's not a GiveAway done by me but by the blogger, SIQAHIQA.^^

(I might doing it in the nearest time tho. Insya-Allah 
*still looking for a few sponsorship and a bit settings for that -_-*)

Thanks to blogger Tashira (Oh Thrillers) yang join ni, hehe. I went to blogwalking to her blog... then found the GA she had joined. So here I am... ^^

[CLICK TO JOIN]


I am joining this giveaway too...keke. Honestly, that's because the prize is tempting me..so MUCH

Hehe.. yup the prize offered.. Cluck! It's really a temptation for the #bookslover like me (ahahaha sorry for the non-shame claim' !)

Exactly..

What are the prizes??

You also could detect it fro the post title, isn't it? meyh -_-

But it's okay, here I introduced you to the prize offered by SIQAHIQA ... 


Those upper pics are the prizes ! Two NEW books entitled :

1 - Hati Ini Milikmu by Yasmin Mogahed (adapted to B.M)
2 - How to Be Interesting by Jessica Hagy (English book)

Wow, the books look really awesome for me... It's really a temptation that's hard to resist.. Both of them. haha. Jinjja-e-yong~~

So, anyone wanna join this giveaway too?

I suggest you to do so... since there're also a MYSTERIOUS GIFT offered by the cute blogger too aha (ayat bodek melulus ni) ^^

Alright, for our notice and reminder...

The period of giveaway is from 12th Oct - 12th Nov 2017.

All bloggers are welcome to join the giveaway ! ^^


Friday, October 13, 2017

Gelombang Terakhir #MYCYBERSALE 2017 !

10/13/2017 12:45:00 PM 2 Comments
Gelombang #MYCYBERSALE 2017 | Assalamualaikum n Annyeong !

#MYCYBERSALE, beli-belah dalam talian terbesar, baru saja bermula semalam; berlangsung selama 5 hari , dari 9 Oktober hingga  13 Oktober. (tengok kalendar.. erk esok dah last day ! Dah agak lambat nak kongsi ke? Ahaa maafkan saya ! Terbusy dgn demam, research n writing manuscripts buat tak sedar masa berlalu dah berapa hari~)

Yup... yup no focus.. This annual online MEGA gamma beta sale is back !

Bertalu-talu inbox Ct diketuk dengan notifikasi #MyCyberSale & Flash SALE kali ni.

Lebih menarik, ada Lucky Draw dibuat jugak sempena #MYCyberSale kali ni..

But here I am... Cik Ct fokus kepada beberapa aje mengikut selera dan kehendak Ct. Siapa tak suka shopping online kan? Ahahaha Cik Ct suka sebab memang ku ini jenis orangnya maleh lebih nak menapak ke pasaraya maklumlah bila dah kerja ni... Waktu terluang banyak nak habiskan di rumah je ^^

Mujur zaman dah maju, dengan klik aje dah boleh shopping apa yang diidamkan. Yang penting, fuluss$$$ ada ek. ahahaha.

Yang mana jadi pilihan Cik Ct untuk shopping sempena #Cybersale kali ni?

1. BookCafe (BC)



Bookcafe - atau dalam bi-em nya kita panggil Kafe Buku. Dah nama Kafe Buku, mesti ada buku sebagai kudapan harian kan? Ahahah.

And yess, sempena #MYCyberSale , BC tak terlepas dengan promosi terlajak murah dan menarik ! As #booklovers sure, you gonna love it alot ! (like me)

Apa yang menarik BC tawarkan sempena MYCyberSale ni? 


- Diskaun 80%
- Free SHIPPING
- Ada lebih 50 buah buku BESTSELLER untuk para pecinta buku!

Tak percaya? Cuba lah korang check sendiri dengan klik banner kat bawah ni yup...






2. LAZADA

Platform *pasaraya (wa suka panggil pasaraya sebab banyak kategori boleh shopping ahaha) terbesar online, tak pernah tak ada diskaun berganda.

Laa ni sempena #MyCyberSale ... ada potongan hingga 90%

Siapa tak kenal LAZADA. Ahaha, as anak muda, selalunya kategori gadget&accessories dan barang penjagaan diri & kosmetik yang akan menjadi pilihan untuk Ct terjah kat LAZADA.

Harapnya boleh jumpa cases untuk Samsung Galaxy Tab S ~~^^

Tak nak cakap banyak, buat korang yang nak cuci mata, jemput lah dengan klik je banner di bawah yup.. Nanti akan dipaparkan berpuluh hingga beratus barangan yang ada kat LAZADA ni. 


Sebenarnya ada banyak lagi tapi banyak sangat nak share.. korang bolehlah Google je mana lagi yang korang boleh shopping di ambang-ambang terakhir #MYcyberSale ni~^^

Cik Ct hanya berkongsi apa yang Ct selalu terjah je... Ahahaha... Yang lain korang cikidout sendiri lah ye

P/S :

Ini antara list untuk u'olls shopping for #MYCyberSale (ada beserta beberapa baucar sekali ek) :

  1. Shoppee – Up to 90% off and free shipping
  2. Watsons – Buy 1 free 1 deals and up to 90% off
  3. Lazada – Up to 90% off storewide
  4. Malaysia Airlines – Discounted fares on selected routes
  5. 11Street – Up to 99% off (sure ah, got discount this high?)
  6. Zalora – 20% off using code: CYBER2017, with minimum spend of RM180
  7. Christy Ng – Deals starting from RM19
  8. Lelong.my – Free shipping and cash vouchers giveaways up to RM100
  9. Senheng – Storewide free shipping
  10. Hermo – Up to 70% off starting from RM9
  11. Photobook Malaysia – Up to 95% off
  12. Fashion Valet – 30% off storewide using the code: FVMYCYBERSALE17
  13. Uniqlo – Daily specials and free shipping
  14. Malindo Air – 15 destinations on sale
  15. Althea – 1+1 Deals

--- kredit : Rojak Daily ---


Saturday, September 30, 2017

#GA | GIVEAWAY FM FROM CANADA

9/30/2017 07:55:00 PM 0 Comments

Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)

(klik banner untuk join)

Ok lama dah tak join apa2 GA tahun 2017 ni.. Mana taknya busy sikit dengan kerja.. N penyertaan ni pun last minit punya join... Tarikh tutup baru Ct perasan dengan GA ni.. Menarik! 

Tak dapat gi Kanada, dapat poskad pun jadilah... Harap Cik El-Darwena kasi can menang (sipi2) pun bolehlah.. Hehehehe

Siapa yang nak join last minute macam Cik Ct, bolehlah klik BANNER di atas... ^^

K tata... Siapa join, all da best... N... wish me the luck too! ^^

Saturday, September 16, 2017

Korean Drama | My Only Love Song; Ada My Fav '02 Couple'

9/16/2017 10:48:00 AM 2 Comments


Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)


Hai semua ! Rasanya dah agak lama Ct tak share apa-apa tentang K-drama lately kan? Last yang Ct update adalah drama K-Drama | Circle - Two Worlds Connected (써클: 이어진 두 세계). Busy kerja, jadinya sekarang baru sempat nak update blog secara berkala...

Kali ni Ct nak share satu lagi drama favourite Ct.. Haha, pasal ada oppa favourite tu yang excited nak share. Lambat share, walhal oppa ni dah muncul dalam drama baru pun T_T

Dalam drama 'Circle' tu, salah satu bintang utamanya adalah Gong Seung-yeon, pelakon yang sama yang digandingkan dengan Lee Jong-hyun oppa dalam rancangan realiti We Got Married musim ke-3. Salah satu tarikan utama Ct nak tengok drama ni adalah sebab dia, yalah dia sebaya Ct tapi dah bergelar pelakon~~ (Ct follow dia dari masa dia berlakon sageuk drama, Six Flying Dragons lagi)

Akhirnya, daripada rancangan realiti berkisarkan virtual married couple tu, mereka berdua (LJH oppa & GSY) disatukan sebagai teraju utama dalam My Only Love Song (MOLS) ! * Para peminat setia CNBLUE dan 02(Gong-Lee) Couple  pasti dah lama maklum kan?



02 Couple (Sebutan : Gong-Lee Couple)
Image result for my only love song

Drama ni dah pun  ditayangkan pada awal Jun 2017 yang lepas, tapi Ct baru berkesempatan nak share di blog sekarang. Recommend untuk u'olls yang belum tengok lagi (atau belum habis tengok atauuuu nak marathon lagi ^^)... 

MOLS sesuai buat peminat genre rom-com dan juga bertemakan time travel! *Aahahaha, banyak betul drana tema pintasan-masa kebelakangan ni*

Oklah tak nak cakap banyak... Details drama ni seperti berikut...

Kalau nak tahu Ct tengok dari mana dan macam mana, teruskan bacaan sampai habis ^^

(Sumber kredit : Wikipedia, AsianWiki, Google)


K-DRAMA | MY ONLY LOVE SONG 



SINOPSIS :

Song Soo-Jung (Gong Seung-Yeon) is a top star and she is very arrogant. She classifies people by how much money they have. Suddenly, she goes back in time to the Goryeo era and meets On Dal (Lee Jong-Hyun). He will do anything to make money, but in fact he is generous to the weak and poor.
(Sumber : AsianWiki)

Cast

  • Lee Jong-Hyun - On Dal, 24 y/o, seems to be a fraud man but he's a hidden royal-blood (Real general-line)
  • Gong Seung-Yeon - Song Soo-Jung, 26 y/o Korean top actress
  • Lee Jae-Jin - Byun Sam-Yong (Song Soo-Jung's manager), 21 y/o
  • Kim Yeon-Seo - Princess Pyunggang
  • Ahn Bo-Hyun - Moo-Myung (Princess's bodyguard)
  • Park Joo-Hyung - Go Il-Yong, narcissist 'flower-boy-alike' general
  • Lee Cheol-Min - movie director (present) / magistrate (Goryeo era)
  • Lee Yong-Jik - King Pyungwon (past) / Soo-Jung's CEO (present)
  • Kim Jung-Pal - government official
  • Kim Chae-Eun - Mi-Jin (present; Soo-Jung's rival) / Hwa-Hong (past ; a gisaeng)
  • Choi Jong-Hoon - Bong Soo-Hyuk (cameo ; Soo-Jung's chaebol boyfriend)
(Sumber : AsianWiki)



PLOT CERITA - versi Cik Ct :

Song Soo-Jeong, seorang pelakon wanita top di Korea Selatan yang berasal daripada Busan. Tapi sayangnya dia ni angkuh dan sombong gila. Dia memandang orang berdasarkan pangkat dan kekayaan. Mulutnya boleh tahan laser dengan 'yok' (caci-maki). Haha, yang ni siapa tengok, boleh tahu lah sikit2 curse words in Korean. (tipu je.. part curse tu sensored! HAHA) 

Yalah, dia kan top star.^^ Semua orang kena turut cakap dia...

Awal cerita, Soo-jung ni tengah berlakon di set penggambaran Sageuk drama (drama klasik / sejarah) pada zaman Dinasti Goryeo. Dalam tu, SSJ berlakon sebagai Puteri Pyeong-gang, puteri yang menentang arahan ayahandanya untuk mengahwini Jeneral Go, sebab dia nak kahwin dengan On-dal, pemuda biasa yang selalu ayahandanya ceritakan masa dia kecik-kecik.

Then...

haha cerita ni banyak lawak mengejut. Babak awal ni dikejutkan dengan plot twist, skrip drama tu diubah, tiba-tiba je Puteri Pyunggang ada rival, iaitu adik tiri yang akan berebutkan On-dal dalam drama tu. Tak disangka-sangka, Mi-jin, pelakon perempuan yang jadi rival dia dalam drama tu adalah pesaing dan perampas kekasih dia, Bong Soo-hyuk (lakonan undangan :  Choi Jong-hoon FT ISLAND) dalam dunia nyata.

Bengang dengan kejutan tu, Soo-Jung pun sempat 'flying kick' her rival tu..hahaha.. then, dia blah dari set penggambaran tu tepat bila wartawan nak dapatkan berita tentang kekasih dia yang dah bertunang dan bakal berkahwin dengan 'rival' dia tu... 
--- Tapi yang buat aku terkejut bukannya kejutan dengan munculnya watak rival ni, namun dengan perwatakan SSJ yang dibawakan GSY dalam menca*** dan M*kian tu menjadi, fiuuuu, hilang terus imej2 ayu dan lemah lembut, imej yang dibawa GSY selama ni.. Tang ni aku salute kat GSY berani mengubah perspektif aku tentang dia. Imej perempuan 'ganas' tu menjadi  ^^

Masa nak lari dari wartawan tu, Soo-jung nak tak nak, terpaksa naik satu van comel, namanya Boong-Boong... Sebab manager dia si Sam-yong dah kunci van company diorang, terpaksalah Soo-jung drive dengan hanya follow GPS BoongBoong tu... Drive dan drive sampai ke malam.. Dia pun dah menguap, mengantuk. Masa ni tiba-tiba je dia masuk satu jalan terpencil and jalan tu dipenuhi kabus...

Ok cepatkan cerita, masa ni lah time travel berlaku, Soo-jeong kembali ke zaman Goryeo tepat ke zaman On-Dal yang sebenar-benarnya. *damn, time slip! - term yang SSJ gunakan dalam cerita ni*

Time slip to Goryeo era, 6th year of King Pyungwon's reign.

Kerana satu kemalangan, Song Soo-Jung dipenjarakan. Kat sini lah dia jumpa On-Dal, yang kemudiannya dia gelar On-Dal Babo ( The Fool On-Dal)...



On-Dal, pemuda yang awalnya sering dilihat sebagai seorang yang sanggup buat apa sahaja demi duit. First impression On-dal ni kat mata SSJ (and aku jugak as penonton) yang OD ni memang bengap sebab gilakan duit tapi masih hidup susah hahaa. Pantang nampak barang2 yang bersinar sikit, mesti mata dia keluar nilai2 duit yang boleh dapat dari barang2an tu... Hahaha, lagi2 masa dia jakun tengok barang2 yang Soo-jung pakai dan bila naik Boong2 tu... LJH oppa betul2 menjadi lah lawak dia dalam membawa watak On-Dal ni...

On-dal ni nampak je macam pentingkan diri sendiri dan gila duit, tapi ada sebabnya dia jadi begitu.. Dia sebenarnya sangat baik & murah hati dengan orang yang dalam membantu orang susah.

Karisma dan lakonan Lee Jong-hyun oppa nampaknya makin bertambah baik dan boleh bertahanlah terkena karen bila tengok handsomenyaaa (neomu meotjine!) when this oppa oppa bertukar jadi General dan bermain pedang di hujung2 cerita..  opsss spoil! 

Haha, sisi lakonan baru juga daripada LJH oppa! Dapatlah tengok dia berambut panjang sekali lagi, tapi in Goryeo style~ (instead of the last time in Orange Marmalade, he was in Joseon style... Haha mianhae, i love my oppa~~~)

Image result for my only love song
On Dal janggeun / Kapten On-Dal
-- Dal bermaksud 'Bulan'--

Image result for my only love song
Comel la yang jadi Pyeong-gang Gongju-nim ni~~ ^_^



Image result for my only love song
Dari kiri : On-Dal, Song Soo-jung, Byun Sam-yong, Go-Il-yong, Puteri Pyung-gang, Moo-Myung 

Back to the story...

Pelbagai insiden mereka hadapi bersama, termasuk dengan Sam-yong (manager SSJ), Puteri Pyung-gang yang sebenar pada zaman Goryeo tu, dan juga dengan Moo-myung, pakar pedang terhandal; merangkap bodyguard Tuan Puteri...

Hingga akhirnya Song Soo-jung jatuh hati kat On-Dal dan mereka sama-sama dengan Sam-yong menyelamatkan Puteri Pyung-gang daripada terjerat dalam perkahwinan dengan General Go Il-yong. Later, Puteri Pyung-gang pun jumpa cinta sejati dia dengan pertolongan On-dal dan Sam-yong.

Dapat dikonklusikan yang My Only Love Song ni merujuk kepada 'SONG Soo-jung' yang merupakan cinta sejati kepada On-Dal. Kuingatkan cerita ni nak ceritakan lagu cinta, merujuk kepada perkataan 'Love Song' kat tajuk tu.. Tapi rupa-rupanya, Song tu ialah Song Soo-jung...


Nak tonton kat mana?

Ct masa tu tonton di Netflix...(ada jugak download ^^)

Download pulak?
Ct download di SINI. Complete 20 episod ^^


OST (Official Sound Track) | My Only Love Song

Lagu pembukaan dia pun okay~ pada Ct la...



Lee Ki-Chan | Only One
Ost. Opening My Only Love Song



Tapi lagu2 OST nya ada satu yang best yang bolehlah buat aku 'fefeeling' sesikit percintaan yang ada dalam drama ni.. Nyanyian Yuna AOA..


"Another You" by Yuna of AOA

Last but not the least....


SF9 Jaeyoon (재윤) | Thank You, My Love (고마운 내 사랑)

Hahahaha dengan dengar lagu ni so goodbye baii baii nae sarang (lirik dia hahahaha)~~~

Okay tu ajelah yang dapat Ct sharekan setakat ni... OST yang lain2 mungkin korang boleh search aje di Youtube ~^^

Next, Ct mungkin nak terjah drama terbaru lakonan LJH oppa,  란제리 소녀시대 (Lingerie Girls' Generation 1979) pulak!

Mungkin dah tayang kat KBS World ke belum ek drama ni?

-- Dah songlap tengok gambar poster  dari Instagram LJH oppa ! (@cnbluegt) --

Girls' Generation 1979 poster.jpg

Apa2pun enjoice~~~ Annyeong ! ^^

Monday, June 12, 2017

Wow ! Ingat Tak MILO CUBE Viral Ni ?

6/12/2017 02:40:00 PM 5 Comments

Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)

 Cabaran bulan puasa bagi seorang pecinta coklat... MILO CUBE !!

Hahaha... Bulan puasa ni entah kenapa aku suka sangat share tentang pelbagai jenis makanan di laman sosial aku, especially di Facebook dan juga blog.

Ditambah lagi dengan... berderet lah pulak produk makanan lalu kat timeline FB tu... Huwaaaa, belum masuk pelbagai jenis resepi yang lalu kat reading list blog (rasa nak nyanyi lagu TT by Twice)...




Then...

Bila otak dah dikawal dengan sesuatu....... yang dipanggil.....

NAFSU MAKAN JAJAN !

Oleh kerana itu aku semakin galak cuci mata kat Lazada kebelakangan ni. Biasa...(tengok promosi jajan yang ada sebab aku as usual, duit banyak habis kat makan)

Nak tengok apa ada masa promosi Riang Ria Raya & Marhaban Ya Ramadhan ni...

Maka, mata pun tiba-tiba tertangkap menatang kat bawah ni... Selama ni aku selalu gatah serbuk milo tu... Tak sangka dah ada Milo Cube~~~

Ohmaiyaaa~


Huhuhu, why so hot?

Bestnya alahai kalau dapat~~~ Yuhhu, ada chocolate lovers ke yang baca ni? Hahaha, pecinta coklat pasti akan mengerti 'rasa nak cair' bila tengok milo cube ni...

Kalau diingat-ingat kan Milo Cube ni pernah viral tular tak berapa lama dulu, hehehe, tapi masa tu tak berapa ramai yang tahu macam mana nak dapatkan Milo Cube ni dengan kadar segera sebab produk ni tak available dalam pasaran Malaysia.

Mostly siapa yang ada kenalan di luar negara (negara yang ada pasaran dan pengeluaran Milo Cube) ni lah yang jadi mangsa sebagai tukang beli dan tukang kirim Milo Cube ni kan~
(Gue salah satunya hahaha... Dah dapat lepas tu ngappp tak ingat dunia)

Tapi itu dulu... =.=

Sekarang dah agak mudah jugak rupa-rupanya sebab kat Lazada dah ada Milo Cube ni ! Tak payah lah gue nak susah2 kan kawan2 yang kat luar negara tu lagi untuk bawak order bila balik Malaysia... Walaupun aku memang suka susahkan orang tapi bila bab makan kadang2 kede sikit, kesian orang kena bawakkan tapi aku berat hati nak kongsi makan :p ahaks.


Bila tengok ada Free Delivery pulak... Fiuuu bagai tak sabar nak menanti 100pcs Milo Cube tu sampai ke gue~~ *Lap peluh macam baru lepas marathon*

Boleh check kos penghantaran by pos dengan meletakkan poskod kawasan korang.
Jangkaan tarikh sampai pun boleh tahu jugak kat situ~^^

Sayangnya tak ada warranty~ Tapi kisah apa, nak makan!



So...

Bila dah kat ada Lazada... mungkin boleh consider purchase kat sini je kut lepas ni?

Apa kata u'olls?




Sunday, June 11, 2017

Let's #ShoppingRaya | Riang Ria Raya Menepati Citarasa

6/11/2017 03:05:00 AM 4 Comments

Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)

Raya Gaya Aku | Sedar tak sedar bulan Ramadhan dah pun berlalu hampir setengah bulan. Hehe, apa khabar Ramadhan korang?

Ramadhan semakin berlalu pergi, maknanya Aidilfitri semakin menghampiri. Dengan saki-baki dua minggu lagi ni, korang dah prepare ke persiapan persalinan (pakaian ^^ - hahaha sorry andai terguna ayat skema sangat, keke) untuk lebaran kali ni?

Sebelum daku membebel a.k.a berceloteh lebih panjang kat entri ni, adalah lebih baik Cik Ct nak menyeru para rakan bloggers yang lain untuk turut serta dalam memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh LAZADA.. Jom kita memeriahkan penyertaan Lazada Blogger Contest ni di link ini

Terima kasih sekali lagi diucapkan kat Kak Sofie Adie, sebab daripada entri beliau baru Cik Ct tahu LAZADA tengah anjurkan contest menarik ni. Jangan lupa join yup !

Bak kata kak Sofie, the more the merrier !

Baiklah, buat minggu ketiga contest ni, tema yang dipinta LAZADA ialah : Looking Good & Beautiful !

So, kali ni peserta perlu  berkongsi tentang tema/warna pakaian pilihan sewaktu Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Fiuuu, bila tengok Promosi Riang Ria Raya LAZADA dan Promosi Marhaban Ya Ramadhan, buat aku betul-betul rmbang mata !




***

Hurmmm, nampaknya tema bertepatan dengan apa yang aku baru nak berjinak-jinak ni. Iaitu membebel tentang pilihan fesyen aku semasa hari raya nanti. Hehe . Dah nak raya beb, of course keinginan nak berhari raya dengan keterampilan yang cun lagi menarik gitu~

Jadi apa lagi.... Jom beraya gaya aku ! ^^

***

Orait, tahun ni aku dah pun menghampiri usia pertengahan 20-an... Apa kaitan kan, umur dengan gaya raya aku, kan? Hahaha. ada kaitannya...

Jika sebelum ni, jiwa fesyen raya aku mostly aku bedal je, janji cukup sopan dan paling penting... MENUTUP AURAT dari atas hinggalah ke bawah. Sebelum ni gaya macam  mana sekalipun aku tak endahkan sangat pun. 

Janji ada rezeki lebih, ada baju raya, cukuplah. Mostly semua aku serahkan kepada kakak-kakak aku atau mak aku untuk tentukan tema baju raya macam mana (aku cuma bagi pendapat pilih jenis pakaian yang aku selesa, like nak baju kurung biasa atau kurung moden).

Namun, tahun ni... Dah besar kan? Dah kesedapan 'pegang duit sendiri'. Hehe lepas dah selesa bekerja buat beberapa ketika dalam bidang pengurusan pasaraya yang juga mengaktifkan elemen 'cekap&fokus' pada trending style terkini, maka aku dah memilih tema outfit raya yang menepati citarasa aku ! Akhirnya ! Alhamdulillah, moga-moga rezeki dimurahkan dalam menjadikan impian citarasa raya aku ni menjadi kenyataan. Insya-Allah.

Heuuuu, baru boleh gah hashtag #ootd kat Instagram nanti ! (hahaha, lagha ni. Abaikan !)




Baiklah, tema outfit raya yang aku pilih pada tahun ini ialah rona pastel ! Selepas beberapa tahun dilabel sebagai agak brutal, maka tahun ini aku mengalah sikit lah dengan naluri 'feminine' side yang masih berbaki dalam sistem hormon wanita aku. hehe.

So... Jubah ni jadi pilihan aku...

1.  JF Fashion Hannah Jubah Abaya Sulam (Blue)

(klik gambar untuk gambaran spesifikasi penuh)

Rona biru plain jubah ni menarik perhatian aku kerana nampak jenisnya yang daripada jenis Chiffon Crepe yang berkualiti tinggi. Which means, ianya akan nampak lembuttt je lepas digosok nanti. Tapi yang lebih penting, material chiffon ni boleh membolehkan kita mendapat pengaliran udara yang okay masamemakainya. means, bahasa mudahnya, tak panas masa pakai disebabkan pengudaraan terkepam.

Selain tu, corak sulaman yang ada pada jubah tu pun nampak 'matching' pada aku sebab warnanya jelas-jelas 'kontra' dengan warna jubah. Berpadanan dengan tema rona 'pastel' yang tengah trending kala ni.

Cunnn lahhh~ (emotikon : mata love, mulut senyum, ngences sikit). Cun!!

Kalau dapat ni... Wallawey~ Boleh lah gue berangan nak joget ala-ala Anna Frozen nanti kalau dapat grab jubah ini... Mau fengsan anak sedara gue kalau dapat ucu yang entah bila nak matured nya ni~~~


2. JF Fashion Hannah Jubah Abaya Sulam (Pink)

(klik gambar untuk details jubah)


Selain warna biru rona terang, aku juga minat warna pink sebenarnya (BM nya merah jambu ya adik2.. ahaks..) .... 

Jadinya pilihan aku jatuh kat jubah jenama sama ni, fiu termasuk dalam Hot Deal lah pulak. Harap-harap dapat grab jika diberi peluang menang contest ni nanti. Ahaksss.



Bagaikan lauk terbuka tanpa tudung saji... Apalah guna jubah tanpa shawl atau tudung... Kan?



Jadi... Aku dah rambang mata sangat jugak sebenarnya bila 'cuci mata' nak pilih tudung raya yang bertepatan dengan aku yang dah semakin cerewet dalam pemilihan pemakaian aku sekarang. Lelagi nak raya ni you~

So, tak nak bebel panjang...

Aku pilih Long Shawl Filara untuk dipadankan dengan Jubah Abaya(Biru) di atas...


Sebab apa aku pilih shawl ni? Sebabnya pada aku, bila jubah plain, the shawl should be printed, at least... Ye tak? (kalau tak, terserah u'olls, citarasa masing-masing.. Ahakss~)

Rona shawl ni, kena pada mata aku. So, aku  pilih shawl ni untuk dipadankan dengan Jubah Abaya Pink tu~~^^

Tepat dengan prinsip bergaya pada aku... Bergaya tu boleh... Mak aku pesan, nak bergaya masa raya, bergayalah namun pada msa yang sama batasan aurat tetap dijaga.

Jadi tahun ini... Gaya-gaya inilah yang menjadi pilihan aku. Dah itu aje ke?

Hahaha, belum lagi... Gaya raya aku masih belum terlunas perkongsian citarasaku yang sepenuhnya...




One more... 

Ada lagi yang menjadi pilihan aku untuk digayakan semasa hari raya nanti. Apa tu? 
Haha item ni kalau dapat, boleh jugaklah aku pakai sendiri atau kongsi dengan my sisturs atau anak-anak sedara pempuan aku~~~^^


Aidijuma Bawal COMBO OFFER ! 

Bawal (tudung eh, bukan ikan) tengah trend kan sekarang ? Rata-rata teman-teman aku pun memilih bawal jugak untuk hari raya ni.. Shawl nak jugak, tapi bawal masih menjadi pilihan untuk koleksi #tudungraya.

Aidijuma Bawal ni bertepatan lah jugak buat anak muda macam aku yang nak bergaya tapi pada masa yang sama nakkan penjimatan dalam #shoppingraya2017. Well, dalam bergaya, poket kena jaga jugak, ye dak??

Lagipun mostly bagi anak-anak muda yang bekerja, pemilihan tudung bawal ni dikatakan sesuai dengan tema available sepanjang zaman jugak.. Boleh diulang pakai ke pelbagai event especially rumah terbuka nanti ~ 

Tudung bawal juga, kalau reti digayakan, boleh nampak menarik seperti pakai shawl~~^^
(Aku selalu buat ni masa matrik tahun 2 haha. tapi masa tu bawal plain biasa je. harap dapat gayakan jugak denga Aidijuma  Bawal ni lepas ni T_T)

Well, tudung bawal ni masih boleh dipadankan dengan Jubah Abaya yang warna pink tu... Awww!

Haha, okay rasanya cukuplah beberapa pasang jubah dan hijabs wear yang dah aku kongsikan untuk aku purchase whenever ada rezeki sebelum raya ni nanti... Insya-Allah, demi gaya raya rona pastel.

Cukuplah sampai sini bebelan aku. Jumpa lagi di next entri !

Selamat ber #shoppingraya ek !







Friday, June 09, 2017

Kuih Raya.Com | 7 Nama Kuih Raya Boleh Buat Tergelak !

6/09/2017 12:00:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)


Apa khabar ek dengan puasa korang hari ni? Harapnya korang dapat berpuasa dengan jayanya. *wink wink* (jangan puasa yang yok, pagi2 dah bukak periuk)

Ahaksss, korang dah cari ke persiapan untuk kuih raya nanti? Cik Ct baru je survey online dan kat pasaraya berdekatan. But of course, sebagai seorang yang 'tersangat rajin' (sebaliknya lah tu maknanya.. ahahaha), Ct lebih banyak survey online. Sebab memang hampir separuh hari kerja Ct menghadap laptop dan fon kan...
(Cik Ct sebenarnya ada juga meniaga online kecil-kecilan di FB dan IG)
Biasalah, lepas penat-penat buat marketing untuk bisnes sendiri, masa untuk cuci mata pulak kan... Kat sinilah... Masa cuci-cuci mata surf internet...

And guess what? 

Hahahaha ada 7 jenis nama kuih/ kerepek ni yang buat aku geleng kepala nak tergelak gila-gila punya... Sehinggalah aku ambil keputusan nak share kat sini.


Sempat jugak aku mengupdate kat FB kejap sambil nak berceloteh menaip entri ni.. Ahahaha, geli hati sangat punya pasal... Time up status ni memang tengah syok belek2 nama2 kerepek ni... Memang terbaiklah nama2 kuih ni buat orang (termasuk aku) nak tahu sebenarnya ni kerepek apa...
Dahlah nama menarik, buat aku terimaginasi melalui nama-nama kuih ni ^_^ Hahaha :p

Jom cikidout apakede namanya tu...

7 Nama Kuih Raya Yang Menarik Pada Tahun 2017 ni !


Nasihat Cik Ct, hati-hati makan kerepek ni... Takut nanti termimpi-mimpi kalau dah rasa sekali (emotikon : gelak sipu-sipu)







Haaa, yang ni kalau u'olls yang dah kawin and dah ada mertua tu makan kacang ni masa raya nanti hati-hati sikit... Takut mertua u'olls lalu, u'olls tak sedar pulak mertua u'olls lalu... Duk tunggu bila lah menantu aku nak offer kacang ni, duk ralit makan sorang macam tak ingat dunia pulak gamaknya...

(Hahahaha, kalau Ct takpe, bujang lagi... :p hahahaha... )



Yang ni... Hurmmm, cukup lah buat mertua dan orang lain terasa hati... Keropok Terasa Hati ni kan Ct rasa memang boleh buat orang terasa hati sangat kut? Kenapa? Yelah, dia ni geng dengan Mertua Lalu Tak Sedar tu...

U'olls dah makan yang kat atas tu, dengan selambanya lah boleh makan yang ni pulak tanpa serba salah sebab melantak keropok ni sensorang tanpa ambil kisah orang lain terasa hati sebab makan tak ajak..... Sebabnya? Dah kesedapan melantak... ! 

(huahahaha, melantak tu melantak jugak... masa awal makan Keropok kacang Dal ni, harap tak lupa baca Bismillah)




Dah siap 'melantak' makan ketiga-tiga yang kat atas tu... Lah, baru rupa2ya orang dapat tahu sebenarnya awak tak boleh lupakan Cinta Semalam (kerepek dan kacang tu)...
Maka, hari ni... Demi cinta semalam buat kerepek dan kacang serta keropok tuuu, hari ni cinta ni bersemi kat sini pulak...

Hahaha, so lengkaplah cinta semalam dan hari ni untuk cinta yang bersemi dek kerepek hari raya.. Semua ini demi mengubati terasa hati tu tadi, katanya... Hahaha, penangan Kerepek Ubi Kari ~ :p




Lepas tu, katanya... Dek kerana itu... Kerepek Lupa Diri pula jadi pilihan... Sebab yang makan mula naak lupa diri dek kerana kesedapannya, kerangupannya kerepek ini...
Dia tahu kerepek ni diperbuat dari 'Opak Pedas', tapi tak tahu apa ke bendenya 'opak' tu...
Namun... keenakan Kerepek Lupa Diri ni memang buat dia benar2 lupa diri kejap lepas tu (sampai terlupa nak cari apakebendenya opak tu sebenarnya... hahaha)



Esok Cari Lagi ! (Ntah jumpa ke tak ek)...

Selepas beberapa siri dan dipanggil Lupa Diri, keesokannya dia massih tak berputus asa... Mencari lagi... Kerepek ni pula yang dijumpai...

Bertepatan dengan namanya kut, pemilik asal nama Kerepek Bawang ni mulai menghantui... Dahlah esok cari lagi... Satgi dia ada geng lagi satu yang turut menghantui sesiapa yang rasa...
Apa tu?







Ini dia ! Kerepek ni pandai menghantui sesiapa yang telah merasainya ! Membuatkan orang nak bangun tetengah malam kerana kesedapannya !

Kerepek Ubi Pedas Basah nama asalnya, tapi diubah jadi Kerepek Bangun Tengah Malam disebabkan keenakannya hingga membuatkan orang yang dah rasa tu sanggup bangun tetengah malam untuk krak kruk krak kruk nak rasa lagi kerepek ni...


(Siapa pernah rasa je yang tahu... Huhuhu)



Hahaha, ok itulah antara kerepek2 yang Cik Ct jumpa
Sebagai salah seorang ahli affiliate Bookcafe, Ct terserempak dengan kesemua 7 Nama Kuih Raya Yang Menarik Ni kat KuihRaya.com.my  tau !

(boleh klik banner untuk tahu butiran lanjut tentang website kuih raya ni)

Nampaklah yang zaman dah semakin maju, kuih raya online pun dah semakin laris dengan adanya website online ni... Ditambah lagi dengan 'kemajuan' nama-nama kuih yang 'rare' macam ni... hahaha. 

Kalau u'olls nak cari lagi kuih-kuih lain yang mana lebih menarik kat tekak u'olls, bolehlah klik banner KuihRaya.com.my kat atas tu... Terdapat banyak lagi pilihan yang mana tahu, boleh menepati citarasa u'olls untuk dijamu pada hari raya nanti kan?

Ok tu aje... Sampai Berjumpa lagi di sesi #foodreview yang lain~^^





Disclaimer : Segala nama kuih yang rare itu adalah hakmilik penuh ciptaan pihak KuihRaya.com.my... Manakala, cerita / tulisan mengarut di bawah setiap gambar itu adalah hasil imaginasi penulis (Cik Ct Roxalynna NH). Harap terhibur. Namun mohon tidak copy paste tanpa kredit semula kepada Cik Ct.


Sekian. Harap terhibur dan dapat cari kuih raya feveret u'olls. Annyeong~ ^^


Monday, June 05, 2017

#Kenangan Matric's Life (Part 2) | From Simpang Renggam with Love (A Journey of a KMS Alumni)

6/05/2017 12:00:00 AM 0 Comments



Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)

Hurmmm, hahaha.

Alright...
It's been a few years since I wote in my previous post about my memorable moments back in matriculation college. I was enrolled in Kolej Matrikulasi Selangor (also known as Selangor Matriculation College [SeMaC] in English), back in years 2011 until 2013.

If you prefer in this silly previous post I wrote before, yup... I was a student there. So here I am, continuing the story that I have promised to continue it again.
(but I never thought it takes years to get the chance writing this again...heu~)

The reason I'm writing it again...

[QUIZ : Answer These 8 Questions And We'll Reveal Your Movie Personality]


Tulis BM je lah senang~~~~

Sebab saya menulis semula kisah ni, sebab sebagai salah satu memori saya dan juga sebab........
Nak ucapkan Selamat Datang kepada adik-adik yang bakal ke matrikulasi...





Adik-adik batch baru sesi 2017/2018 yang dapat matrikulasi tu semua tengah busy research tentang kolej-kolej matrik yg korang dapat tu kan? Siapa yang dapat KMS, Selamat Datang ek... Oleh sebab aku ex (alumni kut orang sekarang panggil) KMS, maka aku songlap gambar dari website KMS.. hehe

Hahahaha selamat berpakaian rasmi, zaman kami dulu baju kurung n tudung rasmi adalah warna krim (memori KMS sangat huuu pakaian rasmi tuuuu)

Pakaian rasmi masa kuliah


Adik-adik yang bakal enroll ke KMS jugak, hakak Ct (hamek kau, macam nak menyepak diri sendiri aku di saat menulis 'hakak' tu) nak ingatkan, kalau nak cari pelan apa-apa berkaitan masa pendaftaran nanti boleh cari kat SINI ea...
Jangan tanya hakak, sebab zaman kita dah berbeza...

ohhh esok ek tarikh korang daftar.. Good luck ! 


Dulu zaman hakak, yang wajib pakai masa pendaftaran adalah baju kurung untuk pelajar perempuan, tudung bebas. Sekarang ada pulak peraturan baru kena pakai tudung hitam nampaknya.




korang search apa ni ek? heuheuheu, pelan bilik semua sama je dik

Apa-apa pun, korang carilah di laman web matrik masing-masing. Hakak malehh nak update . Ahahaha .

Okay kembali bersemangat nak share tentang KMS...
Ahahaha, lagi eager aku nak tulis tentang sejarah matrik aku lepas ramai search tentang KMS dan... Bila KMS dah keluar kat Fiksyen Shasha ! (cehhh, ingatkan takde sape nak tulis tentang KMS kat FS tu... ada jugak rupa2nya)


Apa-apa pun, tentang kisah seram kat matrikulasi tu, Hurmmm, biarlah aku simpan sendiri. Ada, bukan tak ada. Especially aku batch angah (Along untuk PDT)... Tapi itu kisah seram nanti-nantilah (kalau rajin) aku cerita. Tapi lebih baik aku diamkan.. Tak elok untuk dikongsi. Ahaxxxx~


Okay biar kisah aku pula bermula.... 

Aku catatkan sebagai kenanganku untuk tatapan masa akan datang andai kata aku merindui semula kenangan-kenangan yang begitu jauh berlalu...

From Simpang Renggam With Love - A Journey of a KMS Alumni (Part I)

Macam yang aku dah post kat sini, aku bermula menjadi pelajar Kolej Matrikulasi Selangor pada 23 Mei 2011. Tepat pada hari lahir aku yang ke-18.


Ex-student SMKSR

Aktiviti aku macam biasa, lepas habis SPM tu tanam anggur je kat kampung aku kat Simpang Renggam. Mostly aktiviti harian aku, kena tolong abang aku kat kebun kelapa sawit. Kalau tak garu biji sawit, kumpulkan biji sawit tu, aku menggila pulak kat kebun tu karaoke sensorang sambil tunggu abang aku settle buat kerja dia.

Tapi... sejujurnya aku tak begitu gemarkan kerja di kebun sebenarnya. Sebab aku tak larat ! Dan hati aku perit tengok abang aku bersusah-payah angkat buah-buah kelapa sawit yang bertan-tan beratnya tu. Tapi aku ditegah untuk tolong angkat, sebab aku perempuan.

Namun, itulah rutin aku untuk beberapa kali dalam sebulan selama 5 bulan aku tanam anggur lepas habis SPM. Kebun, kebun dan kebun... Banyak kali kena 'bising' jugak dengan abang aku sebab aku semacam malas jugak nak tolong dia sebenarnya kat kebun tu.. Huhuhu(memang tak berapa nak ikhlas pun sebenarnya sebab kerja kebun superbly-exhausting me), tapi sebab abang, dan aku sebagai adik, walau sedegil mana sekalipun aku, aku kena turutkan dia... Ok, jauh dah dari kisah matrik, itu kehidupan aku sebelum sambung belajar kat matrikulasi ... Berkait rapat dengan 'journey' aku semasa di matrik.

Tak lama selepas aku dapat tahu aku dapat tawaran ke KMS, ada sekali aku balik ke Felda Lok Heng (tempat ku membesar sampai tingkatan 1) sekejap, berkumpul adik-beradik di sana. Kakak kedua aku (kami adik-beradik panggil Kak Ngah) beri aku satu hadiah yang tak diduga. Sebuah... Netbook ! Bewarna hitam, jenama hp...
(untuk netbook tu, aku amat berterima kasih kepada Kak Ngah aku ! T_T)

netbook yang i used well masa kat matrik. TQ Kak Ngah ! 

Dengan segala persiapan, aku pun bergeraklah ke rumah salah seorang saudara yang kuhormat sebagai seorang pak cik di Seri Kembangan sepeti mana yang aku ceritakan kat Part 1.

Maka, dari Simpang Renggam dengan penuh cita-cita dan harapan dan cinta daripada orang tua aku dan adik-beradik aku, aku pun bergeraklah menuju ke KMS. Dengan harapan aku dapat habiskan dua tahun (PDT) tu dengan jayan

23/05/2011 - hari pendaftaran dan bermulanya orientasi aku di KMS. 

Seminggu orientasi, bermacam-macam pengalaman aku dan kawan-kawan lalui. Kena ragging dengan senior, itu perkara biasa. Penat berkejar-kejar ikut schedule yang telah ditetapkan, tertidur kat surau, tersengguk-sengguk masa Mentor-Mentee (awalnya zaman kitorang Mentor Mentee, namanya lain, tapi aku tak ingat apa.) Tapi pengalaman tu semua tak ada pun aku adu domba kat family aku walaupun aku anak bongsu. Aku anggap itu semua pengalaman kehidupan. 
Apa yang aku alami masa malam terakhir orientasi tu benar-benar mencabar. 

Siapa KMS batch 2011/2012 pasti tau apa yang berlaku dekat Dewan Antares malam terakhir orientasi tu kan? Hahaha, let's keep it quiet udah la. ^^

Tahun Pertama (Awal Sem1) 

[Asrama Mira - TIngkat 4 (T4) - Ketua Aras - MPPB]



Maka, bermulalah Semester 1 aku kat KMS, aku yang masa tu macam 'gila kuasa' sikit, dapatlah jawatan Ketua Aras bagi Tingkat 4 lepas beria-ia angkat tangan masa hakak fasi tanya sape volunteer nak jadi Ketua Aras... Dalam usia 18, masih naif tentang dunia luar. Aku ingatkan dengan memgang jawatan itu, aku dapat melatih seorang aku yang pemalu dan pasif kepada seseorang yang lebih ceria namun bertanggungjawab. Rupa-rupanya aku silap. Tanggungjawab itu agak berat dan juga agak memakan diri.

Namun, aku bersyukur... Berakhirnya orientasi, bermula juga hujung minggu pertama di KMS. Beberapa hari sebelum kuliah bermula. Dapatlah aku mengemas bilik sebolehnya.

My very first room there, AP1-T4-07.

AP1 - Maknanya Asrama Perempuan 1 = Asrama MIRA
(Polaris = AP2 ; Vega = AP3 ; Asrama Lelaki = Canopus & Capella)
T4 -   Tingkat 4
07 -    Bilik no 07

Aku yang pertama masuk bilik tu, masa naik je tingkat tu, angin menerpa kat aku lain macam. Masa tu aku tak tahu bilik tu (exactly aras 4 tu) tak pernah berpenghuni lagi. Damn... I was lacked of research about those college at that time. Yang aku tau cuma.... KMS masih baru dan batch aku adalah batch kedua...
(Di mana masa tu baru tau kami jugak batch pertama yang huni tingkat 4)

Masa tu biliknya yang aku dapat, sarung plastik whiteboard dan plastik sarung tilam tu pun tak ditanggalkan lagi! Menggambarkan betapa 'barunya' bilik yang aku dapat tu...

Okay, 2 minggu pertama, aku berdua je dengan roommate aku, Anis Sabrina nama dia (sedap kan?).. Hehe yeayyy sem 1 tu aku 'berjodoh' dengan mereka bernama Anis. Aku dengan kawan sebilik bernama Anis, berpisah tiada~(ada juga classmate nama Anis)

Anis rajin gi bilik kawan dia kat tingkat 3 kalau tak silap, aku je yang suka memerap kat bilik. Sebab ramai yang suka bertandang kat bilik aku. Hahaha, awal2 sem lepas orientasi tu, ramai yang suka datang bilik sebab masa tu ramai yang nak 'berkawan' dengan aku.

2 minggu pertama tu, sampailah 2nd intake masuk, semua AJK asrama masa tu ditugaskan sebagai 'Pembantu' merangkap ala-ala fasi(fasilitator) macam akak2 n abang2 fasi masa kami orientasi dulu. Cumanya... 

Kami start jadi Pembantu msa Minggu Pengurusan Pelajar Baru(MPPB) ambilan kedua tu lepas habis kuliah/kelas tiap petang selama hampir seminggu (tak ingat 3 hari atau 5 hari) orientasi tu berlangsung.  


hakak yang poyo masa MPPB



Pengalaman yang tak boleh aku lupakan masa MPPB ni?

Ada budak yang hempas pintu dedepan muka aku masa aku rush dia suruh cepat turun untuk attend event yang dah dijadualkan.. Waktu tu kami para AJK pembantu ditekan dengan HEP, so kami pun terpaksa rush diorang suruh cepat turun gi Dewan Antares.
Mungkin aku terlalu kasar rushing budak tu agaknya masa tu, dengan selamba dia marah aku balik, 

"Hishhh, orang penatlah ! Dahlah baru balik kelas !"

Dan...

BAMMMMMM!!

Ngek! Pintu bilik dia hempas kuat masa aku bebetul depan bilik dia. Nasib baik aku tak tercium pintu tu. Kalau tercium tu memang aku saman budak tu, takut patah batang hidung aku.

Dalam hati aku dah marah jugaklah. "Kau ingat kau sorang je penat baru balik kelas?!"

Kau ghase?? Ahahaha . Aku rasa nak maki. Tapi tak apa... Aku pendam je. HEP ada.

Hahahahaha, yelah aku pun penat jugak kut masa tu baru balik kelas rushing terus siap-siap tukar baju, berkejar jugak kut. Tapi dah lelama, aku faham lah, memang second intake student masa tu penat...

Dahlah masuk2 je terus kena attend kelas yang seminggu budak first intake dah belajar dulu, belum sempat catch up apa yang first intake dah belajar, lepas tu diorang habis kelas je kena attend program MPPB ni sampai ke malam.
Kesian jugaklah 2nd intake masa tu...

Tapi itu kisahnya... Tak lama lepas tu okay dah, HEP (masa tu En. Azra, sekarang beliau bukanlah lagi seorang HEP di sana, dengar cerita dah jadi pakar motivasi bebas sekarang)

En. Azra brainwash baik punya lepas tu masa malam terakhir MPPB... Hahaha, yang aku takley blah, En. Azra tegur memang baik berhemah punya... 

Sekali lepas tu yang datang nangis2 mintak maaf kat aku adalah budak lain...(Sekarang jadi kawan dah pun).. Budak yang hempas pintu kat aku tu? Dia pun minta maaf gak tapi takdalah sampai nangis2, cukup kami saling bermaafan.

Ok tu lah antara pengalaman aku masa MPPB 2nd intake... Yang aku suka sangat kat matrik waktu2 macam ni? Chicken dance !! Ahahaha, aku tak tau lah kalau chicken dance tu masih ada tiap kali waktu sukaneka ataupun orientasi...

Yang pasti lagu Gemuruh by Faizal Tahir tu ada lagi memang daebak ahhh~

malam terakhir sebagai 'Hakak Fasi'

me & Ira Kechik @ Dewan Antares

me & Alia (Ketua Aras T3) | Aku dan dia pun ada cerita ...
Aku pernah tersalah masuk bilik dia sebab dia pun kat bilik 07 (AP1-T3-07)
maluuu ohhh tersalah masuk bilik rupa2nya aku masa 1st day tu

Aku & mirror selfie berpisah tiada | Aku kat toilet Dewan Antares
Shot using Sony Ericsson C902
Masih tak dapat kulupkan, fon yang hilang masa sem 3 kat sana T_T

Okay, aku rasa biarlah cerita aku sampai kat MPPB dulu, ngantuk gila ahh nak habiskan semua part masa aku tahun pertama kat KMS ni...
Esok ada jugak yang tak terbangun sahur, naya je.. Heuheuheu...

Ada masa, panjang umur, murah rezeki, ada kesempatan... aku sambung lagi...  Insya-Allah, dalam masa terdekat jugak ni... Doakan semuanya dipermudahkan ! ^^