Tuesday, June 14, 2016

# Advertorial # Fashion

Topshop : Fesyen High Street Terkini dan Trendi dari ZALORA


Assalamu’alaikum n hai ! ^^
Ok, entri kali ni sebenarnya Ct nak share tentang Topshop. Apa tu Topshop? Dan fesyen macam mana yang ditampilkan?
Teruskan bacaan korang kalau nak tahu ya... ^^ Rugi tak baca, sebab siapa penggemar fesyen trendi terbaru yang pasti tak nak terlepas info tentang ni! Lagi2 peminat ‘top’ attire yang simple tapi nampak cukup trendi tu kan,,, WAJIB baca entri ni sampai habis..! *Ahhaxx*
Oklah... Meh Ct bagi tau~^^
Topshop sebenarnya bukanlah sebuah jenama yang asing lagi dalam kalangan penggemar high street fashion. Jenama besar dari UK ini telah menembusi pasaran Malaysia sejak beberapa tahun dahulu dan kini boleh ditemui di semua pusat-pusat membeli belah hampir di keseluruhan Malaysia. Mempertaruhkan konsep high street yang cukup popular di barat, ia sememangnya suatu trend yang baru di Asia dan diterima baik oleh pengikut fesyen tempatan.
Rekaan pakaian yang kadangkala dianggap unik dengan corak retro dan kombinasi warna yang pelik juga kini diterima sebagai fesyen dan Topshop diangkat sebagai pelopor fesyen terkini yang genius! Untuk korang yang mungkin sudah bosan dengan padanan pakaian yang sama di hujung minggu, mari gayakan koleksi pakaian wanita Topshop seperti berikut untuk tampil lebih menyerlah dan ‘fashion forward’;
Tampil bergaya dengan koleksi jeans Topshop yang boleh korang padankan dengan apa jua pilihan tops kegemaran korang.

Serta serlahkan lagi penampilan dengan dengan koleksi outerwear seperti blazer atau cardigan seperti berikut.
Untuk korang yang ingin kelihatan feminine dan selesa sepanjang hari pula, temui koleksi dress Topshop yang cukup trendi dalam aneka pilihan warna dan corak yang unik.
Pada Ct, fesyen Topshop ni sesuai juga untuk para wanita Muslimah yang mementingkan penjagaan aurat dalam berfesyen namun masih mementingkan stail korang mengikut trend terkini.
Koleksi dress Topshop ini boleh dipadankan dengan  jeans ataupun skirt labuh. Amacam? Menyerlah juga kan. Lebih-lebih lagi kalau disesuaikan dengan shawl berona sepadan. Pasti nampak wow ! Cunnya...
Ni nak kasi tau lagi ni...
Untuk korang, si gadis yang bertumbuh langsing dan petite tu,,, koleksi pakaian petite Topshop ni juga (macam dalam gambar di atas tu) boleh ditemui dalam pelbagai pilihan dan harga yang cukup menakjubkan.
Di mana?
Hehe, di mana lagi, di ZALORA ya cik kak, cik dik manis semua ~ ^^
Pilih dress Topshop atau jenis pakaian ‘petite’ yang mana menjadi pilihan korang. Jom jengah dan cuci mata dengan koleksi pakaian Topshop sekarang ! :)
Hehehe, ok sekian itu sahaja first entri Ct berkaitan fesyen yang tengah hot trend sekarang ni. Sampai berjumpa di next entri ! :)
Kbai. Wassalam.

No comments:

Post a Comment