adgroup

Wednesday, May 25, 2016

Seindah Takdir Cinta, Drama Adaptasi Novel Terbaru Akasia TV3

Assalamualakum ~

Kali ni Ct nak share lagi tentang drama Akasia terbaru TV3 yang bakal menggantikan drama Duda Terlajak Laris bermula hari ini... (pada saat Ct siapkan tulis post ni, kurang dari sejam lagi kut nak mula... hehehe)... Ok, drama apa tu? Rasanya takyah bagi tahu pun ramai yang dah tahu, heuheu kat tajuk pun dah sebut tuuu... Tapi Ct masih nak kongsikan jugak...^^

Oppsss, sebelum baca sinopsis tu tolong klik tabung online Ct ya di SINI, SINI dan SINI...
Thank you so much~^^

-------------------------------------------------------------
Drama : Seindah Takdir Cinta
-------------------------------------------------------------


Drama terbaru adaptasi novel Seindah Takdir Cinta karya Kamsiah Abu bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Zulhuzaimy Marzuki dan skrip oleh Mufid Shuhaimi. Mengandingkan pelakon popular iaitu Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli. Akan mula bersiaran pada 25 Mei nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.



SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA

Mia Karmila, anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Dari seorang gadis moden dan sosial telah dalam sekelip mata mahu berjihad mengumpul saham akhirat. Tanpa mereka sedari, melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Manakala Adrian, satu-satunya anak lelaki Tan Sri Affendy dan Puan Sri Zalina terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya sebagai seorang lelaki mancho, bergaya dan kaya raya, walaupun ramai perempuan lain yang lebih dari bersedia untuk memenuhi segala kehendak Adrian itu.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa jua pun syarat yang diminta oleh Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila mesti jadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga akhirnya menerima ijabkabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui bahawa Shahriman bagaikan dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital.

Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian?


kredit  :


Seindah Takdir Cinta TV3

--------------------------------------------------
Adrian, Kamila dan Shahriman
--------------------------------------------------

Seindah Takdir Cinta 2016



Sunday, May 22, 2016

Slang Johor | Korang Tahu?

Assalamualaikum n hai...

Slang Johor a.k.a Dialek Negeri Johor | Dilahirkan dan dibesarkan selama 18 tahun di Johor. Dan sekarang di usia menghampiri usia 23 tahun, masih lagi kekal menjadi rakyat Johor... Tapi...? Tapi apa? Cik Ct sebagai rakyat Johor pun masih kurang arif tentang sesetengah *banyak jugak sebenarnya -_-* penggunaan perkataan slang Johor ni. 

Maklumlah, sesuatu perkara terutamanya warisan budaya dan bahasa tu kalau tak diamalkan atau digunakan selalu, bak pepatah lama tu, *Ct ubah sikit* jadilah ia...

LAPUK DEK ZAMAN, LEKANG DEK HUJAN

Haha, okay... Cewaahhh acah acah bermadah kononnya. Jadi, kali ni Ct try nak kongsikan sebanyak sedikit (banyak sebenarnya - 131 gambar tu kut).... Banyak lah dia punya sikit tu ek?
Hahaha, abaikan kepoyoan Ct tu... Jom kita terjah slang-slang Johor ni k~
Teruskan bacaan anda! ^^

Gambar-gambar slang Johor ni kredit kepada FB page: Johor Slang & FB owner : Pakcik Zharith sebab bermurah hati berkongsi. Jasa kalian dikenang~^^ 

Siapa yang Johorean, jom kita baca... kut lah mengimbau kenangan lama kan?
Yang bukan Johorean pun dialukan untuk baca sama... Sama2 belajar kununnya.. hahaha..
Manalah tau kita boleh buat perbandingan dengan dialek / slang negeri2 lain di Malaysia ni kan ^^

Let's cikidout !

Saya jarang guna, selalu guna perkataan 'DENGKI' instead of 'JAKI'

Contoh :
"Apa lah yang kau dengki sangat dengan Team Johor DT tu..." Hahaha XD

Ni saya selalu guna ! Haha , bangga jap. Tak sangka tersenarai jugak perkataan HAPAH ni ^^

Selalu cakap macam ni kat kawan :

"Hapah la kau ni, habuk pun tarak..."

PAKKAL ? Hahaha, tak pasti ejaannya yg betul memang macam ni...

Tapi yang Ct selalu guna, BAKAL je kau ni kan...

Tak tau pulak lain dari yg JS kongsikan . hehehe..

MISIK? Rasanya yang betul adalah 'MASIK' ... Rasanya betul lah gtu kut lah EK? XDEntah la.. Lain tempat(daerah) lain penggunaannya kut. Saya pun xpasti. tapi Ct memang selalu seut MASIK..

Masik kah kau ingat (sebutan ala Indonesian/Javanese sitik)

Katanya Jawa Johor yg guna Misik ni, tak tau lah sahih ke idok.. Sebab mak Ct pun tak pernah guna ni... Macam baku yg menjanggalkan gtu dengornya.

Add caption
















  Saing | Ada kisah di sebalik 'term' ni :

Hahaha yang ni banyak kenangan dari first time Ct dengar makna lain perkataan 'Saing' ni. Masa tu belajar kat Selangor dulu. Kebetulan dapat member baik berasal daripada Terengganu. Daripada dia la baru Ct tahu saing di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu - mungkin juga Pahang) bermaksud 'kawan'.
Then, bila sambung belajar di Terengganu, sekali lagi terlupa makna tu, sebab dah biasa di Selangor cakap dialek biasa. Sekali hamekkk, bila dah terbiasa cakap "Awak, nanti gi saing ek?" Lepas tu... masing-masing krik krik... terpinga-pinga... hehehe... dia ingat aku nak gi kawan dengan dia , sedangkan kitorang dah pun berawan :p
Hahaha... inilah yang uniknya Malaysia... ada pelbagai etnik yang membentuk pelbagai jenis dialek mengikut kawasan...






Ok lah...

Ini aje yang Ct sempat share.. Haaa, tak larat nak share semua (ada 132 gambar) kut!
Kalau nak tahu lebih banyak slang Johor yang ada~~~

Bolehlah pergi ke page FB : Johor Slang ~^^

Saturday, May 21, 2016

ADAB MEMASAK | Doa Letak Air Dalam Beras


Adab Memasak : Doa Semasa Meletakkan Air Semasa Cuci Beras | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua yang membaca entri post ini... Hari ni Ct scroll FB dan terjumpa post ni (tak ingat dari mana, masa sambung ttulis entri ni, dah terlupa ambil dari siapa... maaf , buat dua tiga kerja lain sambil nak menyiapkan entri ni tadi T_T)
Jadi Ct share sje lah ya... Moga Allah berkati orang yang share ni~

Orait, jom kita sambung... Seperti mana yang kita semua kebanyakannya mengetahui, dalam membuat sesuatu itu mestilah disertakan dengan adab. Barulah orang sekeliling yang dekat dengan ita merasa senang hati dengan kita dan kita pun akan turut.... lega je rasa di hati.. Sebab dari sinilah dapat tengok berapa jauh kita mempraktikkan akhlak baik yang kita pelajari dalam kehidupan seharian kita...

Adab ni bukan cuma beradab dengan ibu bapa/cikgu dan orang leih tua je k... Dalam belajar pun ada adab... n sampailah ke memasak pun ada adab...

Nak tahu apa antara adab memasak yang mungkin boleh kita sama-sama amalkan. Mana tahu, orang yang makan turut dapat temias keberkatannya..



Surah Al-Imran Ayat 200

Boleh dibaca masa korang tengah nak basuh beras tu.. Tak salah mencuba kan... ^^


Wednesday, May 18, 2016

New Korean Drama | Beautiful Gong Shim (Pretty Ugly di OneHD)

As-salammu'alaikum n annyeong!

Oppsss, sebelum tu, tolong klik SINI, SINI dan SINI ~^^

Hai2, hari ni Ct nak share satu K-drama terbaru yang baru je bermula (tak silap di Korea pada 14 May 2016), baru je lagi..  Hihi.. ni pun sebab tetengok preview teaser di IG yang sedang hangat dikongsikan para peminat K-drama. Nak tahu cerita tentang apa. Plot dan senarai pelakon ada di bawah...

*Ct tengok pun sebab minat dengan lakonan dua orang pelakon lelaki feveret berlakon dalam certa ni - Namgoong Min yang sebelum ni berlakon dalam Remember, The Girl Who Sees Smell &  On Joo Wan - Surpluss Princess, The Village) dan jugak sebab ada Minah dari girl group, Girl's Day ... ^_^

Korean Drama : Beautiful Gong Shim

bagi yang mengikuti di One HD, drama ini berjudul : Pretty Ugly


  • Drama: Beautiful Gong Shim (literal title)
  • Revised romanization: Minyeo Gongshim-i
  • Hangul: 미녀 공심이
  • Director: Baek Soo-Chan
  • Writer: Lee Hee-Myung
  • Network: SBS
  • Episodes:
  • Release Date: May 14, 2016 --
  • Runtime: Saturday & Sunday 22:00
  • Language: Korean
  • Country: South Korea

Plot

Love story of two sisters and two men. The older sister has everything, including a beautiful appearance, and the younger sister only has a warm heart. One of the men lives on a rooftop apartment and the other man comes from a wealthy family.

Notes

  1. "Beautiful Gong Shim" takes over the SBS Saturday & Sunday 22:00 time slot previously occupied by "Mrs. Cop 2" and followed by "Second To Last Love" July, 2016.
  2. Actress Baek Jin-Hee was first offered the lead female role, but declined. 
  3. Early working title was "Yasoowa Minyeo" ("The Beast and The Beauty").
  4. Namgung Min's first lead acting role for a major broadcasting station.
  5. Namgung Min previously worked with director Baek Soo-Chan and screenwriter Lee Hee-Myung in 2015 SBS drama series "The Girl Who Sees Smells."
  6. First script reading took place April 13, 2016 at SBS Production Center in Ilsan, South Korea.

Cast

Main cast

Supporting Cast


******

Ok, itu aje.. Ct baru nak tengok episod 1 & 2 yang baru habis download... Siapa nak tonton secara online ataupun download boleh pergi ke : 

Drama Beautiful Gong Shim : Dramafire.com (klik SINI)
Download di : DramaDownloader.com (klik SINI)

Thanks to Kak Sally Samsaiman sebab kenalkan saya dengan portal yang boleh download K-drama ni melalui blog beliau... Hehe~^^
Jangan lupa tonton Beautiful Gong Shim kalau nak tengok karakter gila-gila yang dilakonkan NamGoong Min (yang kebelakangan sebelum ni kebanyakannya berlakon as villain n chaebol) ~^^
Excited dia berlakon sebagai main character dalam drama kali ni walaupun...hurmmmm... gila-gilanya macam drama kat bawah ni~~~


Follow by Email