Friday, February 19, 2016

REVIEW | MOVIE BARU : The Other Side of The Door (2016 film)

Assalamualaikum n hai ...

Korang peminat movie seram + thriller + menyayat hati tak? 
Kalau ya, Ct ada nak recommendkan satu movie baru...
Sedih gak la.. Baru tengok trailer dia je, rasa nak nangis, tapiiii... masih ada SERAMMM....
Nak tahu Ct nak gtau movie ni cerita tentang apa? dan apa tajuknya?? Cikidout kat bawah k~^^

The Other Side of the Door 2016.jpg

THE OTHER SIDE OF THE DOOR tajuknya,..
Bakal ditayangkan pada 25 Februari 2016 ni...



Hurmmmm, kurang daripada seminggu je lagi... Nampaknya Ct yg tertinggal keretapi lagi tentang movie seram+thriller+suspens yg baru... Almaklumlah, last tengok citer seram kat cinema pun tajuknya Pee Mak dulu... *dah berapa tahun kan?? :p hahaha*
Kalau bukan nak survey buat cerita seram, tak jumpa agaknya apa cerita seram baru tu kat SINI.
Cerita Pee Mak tu pun dulu cerita seram komedi, tak seram mana.... seram kejap, pastu gelak2...
Okay banyak pulak membebel aku ni kan (maafkan kejap guna aku, kejap guna Ct, aku cuma ikut apa yg aku selesa...tiada niat nak tunjuk besar kepala ataupun berniat kurang ajar ya....)



TRAILER THE OTHER SIDE OF THE DOOR. KLIK SINI



Baiklah... sekarang aku nak kongsikan apa sinopsis movie ni....

SINOPSIS THE OTHER SIDE OF THE DOOR : 


A family lives an idyllic existence abroad until a tragic accident takes the life of their young son. The inconsolable mother learns of an ancient ritual that will bring him back to say a final goodbye. She travels to an ancient temple, where a door serves as a mysterious portal between two worlds. But when she disobeys a sacred warning to never open that door, she upsets the balance between life and death.

Okay itu dalam English kan... Pening nak faham... Bawah ni in Malay a.k.a Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita~^^ *Maaflah, sinopsis ni ikut faham aku...^^

Movie ni awalnya mengisahkan sebuah keluarga yang sempurna. Sepasang suami isteri -- Maria & Michael yang ada sepasang anak--- seorang anak lelaki (Oliver) & seorang anak perempuan (Lucy). Cukup bahagia... Hinggalah suatu hari bila mereka berada di luar negara (aku agak India kut), sebuah kemalangan tragik telah meragut nyawa anak lelaki mereka. Si ibu, Maria yang tak dapat terima hakikat anak lelaki dia dah tak ada, telah bertemu dengan seorang bomoh India. Bomoh tersebut menawarkan kepada si ibu untuk hidupkan semula anak lelaki tunggalnya itu... Demi memberi peluang kepada si ibu mengucapkan 'Selamat Tinggal' kali terakhir kepada anak lelakinya.

Tapi dengan syarat...

Maria kena pergi kat satu kuil purba ni... dan adakan satuu upacara ritual kat situ.. Bomoh tu siap pesan... "Walau apapun terjadi, AWAK tak boleh buka satu pintu yang ada kat situ..."

Maria pun pergi... Tapi well biasalah cerita gni kan... Apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya pun... Dia bukak jugak pintu tu sebab ada dengar suara anak dia dalam tu.....

PINTU TERLARANG tu dah terbuka.... Zasssss! (Masa ni pun suspens + seriauuuu! tengok video trailer dia... )... Nak tahu seramnya macam mana, tengok ler trailer dia... Heuheuheu...

Lepas tu, Lucy pulak mendakwa, abang dia si Oliver tu dah balik semula kat umah diorang... Tapi betul ke itu Oliver?? Yang pasti, Oliver yang pulang semula ke dunia kehidupan tu, dah tak sama dengan dirinya masa hidupnya dulu... Oliver yang kini.... kelihatan begitu menyeramkan...
Kemunculannya pula penuh misteri...

Dan kepulangannya... bukan dia seorang sahaja yg mengikut Maria pulang... Ada yang lain yang mengikut ibunya itu pulang ke dunia kehidupan... Mereka dari dunia kematian...

Rupa-rupanya pintu tu ialah portal pengantara antara dua dunia... Dunia si hidup dengan si mati...
Sebab si ibu tu dah langgar PERINGATAN tu, 'MEREKA' yang daripada dunia lagi satu (dunia kematian) jadi marah...

Macam mana Maria dapat meredakan masalah ini? Dapatkah dia meredakan kemarahan si mati? dan betul ke yang pulang semula itu betul-betul Oliver, anak lelaki kesayangannya itu..???

Nak tahu, jangan lupa SAKSIKAN DI PAWAGAM 25 FEBRUARI INI...

Sebelum tu layan dulu TRAILER nya DI SINI...

8 comments:

  1. macam best.... tp xsuka horror... ah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. horror BEST.. muhehehe~ nak lagi best tengok MUNAFIK T_T

      Delete
  2. Seram.. seperti biasa hahaha tak sabar ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sama lah Yun Sing... saya pun tak sabar nak tengok~^^

      Delete
  3. akak tgh tunggu tiket free je ni..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe untung kak dapat tiket free... saya tunggu dy kuar kt tv je nanti~ :D

      Delete
  4. menyayat hati Fifi suka tapi bab seram tu thanks but no thanks je la haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah sini . Jangan lupa komen yer . ^_^

Follow by Email