Monday, February 29, 2016

# Segmen # Segmen & GiveAway

5 Things I Hate The Most


Assalamualaikum n hai~^^

Ada segmen tagging baru ! ^_^

Hahaha, first of all, thanks to Kak Sofie Adie a.k.a Kak Yuha sebab tag saia... Terkejut sekejap bila tengah godeh blog (tukar template) malam tadi, sekali tengok kat Shoutbox, saia telah ditag :3
Awww~ *gedik jap*

Ok sambung balik~

Rules game ni seperti di bawah (aku copy paste terus dari blog Kak Yuha . hehe ):

RULES:
Buat satu entry bertajuk "5 Things I Hate Most" dan senaraikan lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entri tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

 Hurmmmmm, 5 perkara yang aku benci ek? 5 things that I hate the most? Jap pk jap.... Ok, ni dia....

5 THINGS I HATE THE MOST :

  1. Waiting like hell.
    This one memang aku benci giler punya benci ah. Kalau lambat dalam 5-10 minit aku boleh sabar lagi. Tapi kalau dalam setengah jam sampaikan ke sejam dan berjam-jam... Hurmmmmm, memang siap sedialah tadah telinga dengar aku punya fire bebelan + rungutan + makian *ni kalau dah hilang sabar sangat*
    Ada sekali dulu masa aku masih belajar kat Ganu, aku nak naik bas dari Larkin, ikut masa yg kt printed ticket, bas tu sepatutnya sampai dalam kul 12.30 am... Yup A.M... Tengah malam kannn... But, bitch! Dari setengah jam, bawak ke sejam... Sampailah menghampiri sejam setengah aku duk tercongok tunggu bas tu. Dengan mata ngantuk gila, dah nak jadi mata panda gamaknya. Memikirkan lagi, esoknya aku ada kelassss beb! Dengan ramai 'alien' (warga asing) lagi kat terminal tu yang tunggu bas n tumpang tdo kat situ... Aku pun dah was like... pffftttt... Nasib baik abang aku temankan masa tu... Sampai bas sampai n sampai bas gerak abang aku temankan. *terharu ingat balik, my sweet brother :p . Even kadang2 dia pun selalu lambattttt bila disuruh amek aku. haha*.. Tapi,,, hahaha sampai je bas tu, aku memang tak dapat elak, termasam muka dengan pak cik drebar bas tu.. haha. Memang sempat aku 'fire' kejap pak cik tu, kenapa lambat sangatt kan... Nasib baik dia sempat explain dulu yang tayar bas buat hal, terpaksa tukar bas, kalau tak memang urmmmmm~



  2. Netbook mati/hang masa aku tengah buat kerja !

    yang ni, aku rasa ramai gak yang sekepala haha. yelah, kita tengah fokus buat kerja depan skrin laptop (aku pakai netbook, so skrin netbook la aku tulis.. nggeee), tetibaaaaaaaa je papp!
    ---> skrin gelap. cam syiot je rasa terkejut lagi tergamamnya masa tuh!
    lagi2 kalau aku tengah menaip manuskrip or entri post and edit2 gambar kt Photoshop masa tuh... perghhhh, sakit jiwa kejap gamaknya. lg2 kalau apa yg aku taip tuuu hilang. T_T
    *netbook aku sekarang makin sakit,,, xboleh kalau x connect charger, x bernyawa lah dia T_T
    Charger pulak, alahai... ni yang menaip draf ni kejap2 kat blog, kejap2 tekan 'Save'... ni jgklah yg jadi salah satu penyebab lambat respons tagging post ni n ada beberapa review/entri tergantung~ T_T

    Image result for netbook mati
    foto ihsan uncle Gugel
  3. Diperbodohkan / dikhianati (Foolish Betrayal)

    Either by friends or by others(yg rapat dgn aku). I hate this one the most too... Lagi2 bila diperbodohkan tentang sesuatu perkara yg aku dah tahu kebenarannya, tapi orang tu masih lagi nak menipu, selindungkan perkara yg sebenar... Rasa dikhianati sangattt kat situ.. bila kena camni, memang rasa nak menyanyi Sakitnya Tuh Di Cni kat situ gakkkzz :p haha. *trying not to be too emotionally involved*
    Image result for betrayal quotes Image result for fool quotes and sayings Image result for fool quotes and sayings
  4. Lupa letak barang kat mana.

    Hahaha, ni satu kes atau satu hal yg parah dan grrrr buat aku. kikiki, umur baru berapa kata akak aku, tapi pelupanya ya ampunnn. tension jugak tuh. selalunya barang yang aku lupa letak mana ialah JAM TANGAN dan PIN TUDUNG , kunci kereta dsb... *kat matrik, jam aku pakai dari darjah 6 hilang gtu je -,-
    Huarggghhh, huhu benci betul..!


    Image result for lupa!

  5. Data internet habisss

    Image result for reaksi data internet habis
Haha ok tu aje lah kut. 5 perkara yg paling aku menci / tak suka dsb... bila ianya terjadi pada aku, ia bagaikan huaaaa, sedeynyaa..!


Baiklah, 5 orang bloggers terpilih yang bakal join venture tagging games ni ialah : ^^

Aieninka
Yun Sing
Sabrina
 Kak Nor Adzwaty
 Fazrol Iqbal

Ok, itu sahaja. Terima kasih sudi singgah baca di sini~^^


Image result for kamsahamnida hangul



5 comments:

  1. data internet habis tu mmg benci sangat!! rasa mcm cepatttt je habis hukkhukk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tau tak ape . memanggg grrrrr habis masa tu... padahal, rasanya, baru je topap kut

      Delete
  2. samalah. i paling benci cari barang ilang sbb lupa letakkat mana pastu menunggu lelama mmg rasa gerammm gila

    ReplyDelete
  3. wuuu... membara ayat tu hahaha. btw, nice giler entry kali ni. kita yg baca pon terasa... hahahh thanks tag

    ReplyDelete
  4. salam sis,

    akhirnya akak dah buat entri psl ni...thnx sbb sudi tag ye...tp akak x dpt nak tag org sbb akak super busy during the whole month smpai bulan dpn *shed nunmul*...

    by the way ni link akak...
    http://noradzwatyrokkafella.blogspot.my/2016/03/5-things-i-hate-most.html

    ReplyDelete