Friday, November 11, 2016

8 SHARE | Jana Side Income Paling Mudah dan Menghiburkan !


Side Income : 8Share | Assalamualaikum WBT~ 

안녕하세요! :)

Hehehe ok kali ni Cik Ct nak lah kongsi satu tutorial untuk kengkawan yang dah duk tanya macam mana Cik Ct jana side income melalui blog dan juga laman sosial CIk Ct yang lain seperti Facebook dan juga Twitter.

Jadi sebagai salah satu cara paling mudah untuk teman2 yang bertanya, Cik Ct kenalkan 8Share

Ini adalah cara paling mudah dan senang pada Ct untuk menjana pendapatan sampingan. Especially golongan muda macam kita ni yg always nak tau update terbaru atau tips2 tertentu terutamanya dalam dunia hiburan (like movie terbaru), resepi masakan like kuih, #throwback kenangan nostalgia zaman 80-90 an dulu dan jugaaa buat kaki shopping / travel , kita boleh dapat info promosi terbaru like jualan akhir tahun or promosi ptongan harga barang / tiket penerbangan ^^

Sambil kongsi, sambil dapat earn income~ Senang kan ! He he

Orite ....



APA ITU 8 SHARE

Tuesday, September 27, 2016

#EverySingleThing | Novelet Projek Amal Novelis Fathi Fatim (Adra Adlina)

Assalamualaikum, 
Greeting and annyeong ! ^^

Okay, bismillahirrahmaanirrahim...

Sebelum Ct berceloteh panjang,,, Ct kan... Nak tanya ni... Korang kan.... 

Minat membaca karya penulisan kreatif tak? Pada masa yang sama korang suka terlibat dengan program bacaan yang membolehkan korang buat sumbangan amal?

Kalau ya, post ni memang untuk korang... Woahhh, kenapa pulak ni kan? Macam ni...

Tujuan Ct menulis entri ni adalah untuk mengetengahkan satu projek amal  yang ditulis dan dikendalikan oleh seorang penulis novel yang kini ingin dikenali sebagai Fathi Fatim. 

Projek amal yang Ct maksudkan pula adalah seperti berikut :-
(ni kes copy paste sahaja drpd malumat yg Kak Fathi bagi.. hehehe)



NAMA PROJEK : Every RM10
FORMAT : E-Book (Novelet)
JUDUL E-BOOK : Every Single Thing
HARGA : RM10 senaskhah
BIL. M/S : 136 mukasurat
TEMPOH PROJEK : 3 Oktober 2016 - 3 November 2016.

*Hasil jualan akan disalurkan sepenuhnya kepada Majlis Kanser Nasional(MAKNA).

Alright, yg di atas tu adalah serba sedikit maklumat tentang Projek Amal #EverySingleThing yang dikendalikan oleh cik novelis kita, Kak Fathi Fatim ini.

Novelet bernilai RM10 ini bakal dibuka untuk tempahan / penyerahan e-book, dijalankan selama sebulan. Ada 136 mukasurat. Novelet sebanyak tidak mukasuratnya ni cuma RM10???

And yupp, dana yang terkumpul daripada penjualan e-book novelet ini bakal sepenuhnya diserahkan kepada MAKNA, sebagaimana yang disebut di atas. 
-means that projek ini also berMAKNA for both of the writer and readers ^^-

Penulis a.k.a pengendali projek ini tidak akan mengambil keuntungan dari segi kewangan walau sesen pun, bersesuaian dengan objektif beliau mengadakan program ni..., Memberi kepuasaan membaca kepada readers beliau sambil beramal... 
*Objektif yang amat Ct salute! He he*

Okay, sebelum korang nak proceed membeli sesuatu hasil karya seseorang tu, mestilah korang nak tau dulu kan siapa pengkarya / tukang bikin di sebalik tabir karya tu...


Baiklah, jom kita kenal serba sedikit siapakah cik novelis di sebalik nama pena Fathi Fatim niii~



Serba sedikit mengenai novelis Fathi Fatim & hasil penulisan beliau 


- Mula dikenali sekitar 2009, ketika itu beliau adalah penulis di bawah rumah penerbitan Buku Prima. 
(kalau tak silap saya. Jika tersilap, maafkan saya ya Kak Fathi T_T)

- Semasa di bawah Buku Prima, beliau menggunakan nama pena Adra Adlina 

*antaranya itulah nama pena beliau yang paling diingati oleh peminat tegar novel waktu itu(mungkin juga hingga kini)... ada juga yang lain tapi saya tak pasti.. hehe


Image result for novel adra adlina

Image result for novel adra adlina

 Image result for novel adra adlina

Antara novel-novel beliau bersama Buku Prima S/B

- Selepas bersama Buku Prima, kini beliau adalah novelis bebas dan sudah beberapa kali menghasilkan novel bersama rumah penerbitan yang lain.


Judul Novel :
Kerna Engkau Nyawaku (KEN)
Salah satu novel hasil karya Fathi Fatim
-di bawah rumah penerbitan October S/B-

Novel paling latest Kak Fathi pulaaa....


- Novel terbaru beliau berjudul Sufi Indera baru diterbitkan sekitar tahun lalu, bertemakan thriller+psikik, kisah seorang barista yang  ada kuasa psikik, boleh mengimbau masa lampau seseorang / sesuatu dengan hanya menyentuh / berbalas pandangan ataupun hanya dengan memerlukan Sufi berada di tempat itu.
(Novel ini menarik habis!)


sedutan Sufi Indera
-kredit gambar : FB penulis


***

Okeylah, dah jauh Ct menyelekoh ni nampaknya. Hehehe, just teruja berkongsi beberapa novel hebat daripada penulis yang juga hebat ni... Ct ada follow group penulisan FB beliau, memang fiuuu superb, suka gaya penceritaan beliau yang santai tapi penggunaan perkataan yang power~ 

Ok, buat u'olls yang nak try dapatkan e-book novelet ni, bolehlah hubungi sendiri Kak Fathi di Facebook beliau.

Kut nak tanya dulu, bolehlah bertanya-tanya dulu macam mana cara yang tepat nak dapatkan novelet #EverySingleThing ni ataupun novel2 beliau yang lain^^

Hubungi Kak Fathi melalui.......


Facebook : Fatimah Hidayah

Sekian, itu sahaja... Sampai berjumpa lagi~

Jangan lupa borong e-book novelet ni ya~^^

Monday, September 19, 2016

5 Zikir Pembuka Rezeki

Assalamualaikum W.B.T


Ct kongsikan semula ya. Moga kita sama2 dapat manfaat dan rezeki yg berkat serta melimpah-ruah jika dibaca selalu. Insya-Allah.

5 Zikir Pembuka Rezeki


Mari kita mulakan dengan lafaz Basmalah... ^^
(Bismillahirrahmaanirrahim)



La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah

~ Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata~



La Ilaaha Illallahu Malikul Haqqul Mubin

~ Tiada Tuhan selain Allah Raja yang benar dan nyata~


Subhanallah wabihamdihi,
Subhanallahil 'azim


~ Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-NYA,Maha Suci Allah yang Maha Agung~




Sallallahu 'ala Muhammad,Sallallahu 'alayhi wasallam

~ Semoga Allah memberikan rahmat kepada Muhammad (S.A.W), Semoga Allah berselawat dan memberikan salam kepadanya~



Astaghfirullahal 'azim

~ Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung~


******

Semoga zikir ini menjadi salah satu amalan yang dapat kita praktiskan dalam hidup. Moga kita juga sentiasa murah rezeki dan dalam lembayung rahmat-NYA, hendaknya.
Aamiin. :)

Friday, August 05, 2016

#CantiknyaMalaysia | Raikan 'Kecantikan' Malaysia dengan Join Contest Ini

#CantiknyaMalaysia

Image result for holla


Assalamualaikum n hallo! 

Huaaaaaaa, rindunya blog saya ni! Rasanya dah lebih 2  minggu tak jenguk langsung. T_T
*menangis sorang2 bila terkenang rindunya nak kembali aktif menulis di sini*

Ok kali ni rasanya pertama kali Ct post entri untuk bulan Ogos ni... Yuhhu, kekangan waktu dan kerja telah mengehadkan masa Cik Ct untuk blogging & aktif selalu di dunia maya ni nampaknya... *kecuali FB & IG.. keke* Hurmmm~

Ok tak nak bebel panjang, yang ni pun terkejar2 Ct nak habiskan post entri ni (sebab kejar waktu tidur, esok kerja lagi, demam pun belum berapa kebah lagi ni...huhuhu T_T)

Sebenarnya hari ni Ct nak share tentang #CantiknyaMalaysia...
Apa tu?

Jeng jeng jeng *as usual, latar muzik acah acah saspens sikit*

Teruskan bacaan kalau uolls nak tau... ^^

N kalau korang nak menang sangattttttt handphone terbaru yang tengah meletop sekarang ni... fon apa tu?

Kat bawah ni haaa handphonenya....

huawei giiffff

Yup... Huawei P9~ ^^

Hahahaha, semartfon yg sekarang tengah hot kat iklan tv and ramai juga artis / ikon media sosial reviu di laman sosial... Malah Huawei P9 ini juga pernah direviu oleh jurugambar professional (*baca SINI) dan diiktiiraf taraf keselamatannya oleh Android (*baca SINI).
Ok, cukup tentang hadiah tu.. hahaha saje je nak membakor, 

Ya, apalah Ct nikan , belum gtau lagi ada apa dengan #CantiknyaMalaysia tu kan...
Saje nak membakor lelebih...

Ok, let me explain apa itu #CantiknyaMalaysia ini..

Seiously sila baca post ini sampai habis...
(hahaha kecuali siapa yang dah tau - nampak ni kat 8share aka Seismik, tak nak baca pun takpe^^)

Monday, July 18, 2016

Amar Baharin & Amyra Rosli Bakal Menikah 11 November Ini


Okay, kali ni buat julung kalinya Ct nak update berita hiburan pelakon tempatan Malaysia.. He he he... Itupun sebab rasa macam excited sikit sebab spekulasi tentang hubungan Amar&Amyra ni akhirnya berakhir dengan khabar yang pasti mengujakan para peminat mereka... ^^
*Ct pun salah seorang peminat tu, sebab tu update...ngeee~

Satu jam yang lepas kecoh di Facebook bila tiba-tiba Ct scroll, ada pulak rakan yang update ucap selamat kat Amar & Amyra untuk 11 November ni. Tak jelas berita tentang apa, so Ct pun tanya lah incik Google...

Ok memang dah confirm, diorang akan menikah 11 November ni... Tak caye? Tengok, diorang dah buat kenyataan media sebentar tadi... 

Tengok gambar screenshot di IG #hlive di bawah...

[Korean Lyrics] I See You - Kang Min Hyuk (CNBLUE) [Hangeul+Rom+Eng+Malay] ~ OST Korean Drama: Tantara @ Entertainer (OST Part 4)

Assalamualaikum n hai~ Annyeong  ! 

Yeepp yeeppp! hahaha, sorry for my high adrenaline effects here~^^ (ooohhh, the excuse :p)

Okay, I think it's been a while I haven't update any entry on this blog.  Mianhaeyo! hahaha, what's wrong with me keep writing in English in this entry? Well, the main reason is I want to improve my English writing skills. erk! 

Alright, I guess you guys already seen this post title plus... the picture of quartet handsome flower boys up there. So.... any K-drama lover or BOICE here?

Wednesday, June 15, 2016

5 Babak Dalam The Conjuring 2 Yang Boleh Buat Gugur Jantung

Annyeong ! 

Kih kih kih, sebab ni bulan puasa so berani sikitlah Cik Ct nak bercerita tentang cerita hantu... Buat para peminat horror movie, mesti korang dah tahu kan movie ni dah mula ditayangkan di pawagam sejak 9 Jun 2016.

Yippie lepas 3 tahun after the first series, akhirnya The Conjuring 2 kembali ! Siapa yang belum movie ticket tu cepat2 lah booking ya~^^ Bulan puasa ni kurang sikit takutnya (yeke?~ hohoho)

DP - The Conjuring 2

Sikit sinopsis The Conjuring 2...

Tuesday, June 14, 2016

Topshop : Fesyen High Street Terkini dan Trendi dari ZALORA


Assalamu’alaikum n hai ! ^^
Ok, entri kali ni sebenarnya Ct nak share tentang Topshop. Apa tu Topshop? Dan fesyen macam mana yang ditampilkan?
Teruskan bacaan korang kalau nak tahu ya... ^^ Rugi tak baca, sebab siapa penggemar fesyen trendi terbaru yang pasti tak nak terlepas info tentang ni! Lagi2 peminat ‘top’ attire yang simple tapi nampak cukup trendi tu kan,,, WAJIB baca entri ni sampai habis..! *Ahhaxx*
Oklah... Meh Ct bagi tau~^^
Topshop sebenarnya bukanlah sebuah jenama yang asing lagi dalam kalangan penggemar high street fashion. Jenama besar dari UK ini telah menembusi pasaran Malaysia sejak beberapa tahun dahulu dan kini boleh ditemui di semua pusat-pusat membeli belah hampir di keseluruhan Malaysia. Mempertaruhkan konsep high street yang cukup popular di barat, ia sememangnya suatu trend yang baru di Asia dan diterima baik oleh pengikut fesyen tempatan.
Rekaan pakaian yang kadangkala dianggap unik dengan corak retro dan kombinasi warna yang pelik juga kini diterima sebagai fesyen dan Topshop diangkat sebagai pelopor fesyen terkini yang genius! Untuk korang yang mungkin sudah bosan dengan padanan pakaian yang sama di hujung minggu, mari gayakan koleksi pakaian wanita Topshop seperti berikut untuk tampil lebih menyerlah dan ‘fashion forward’;
Tampil bergaya dengan koleksi jeans Topshop yang boleh korang padankan dengan apa jua pilihan tops kegemaran korang.

Thursday, June 02, 2016

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2016 NEGERI JOHOR

Semoga lampiran jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 1437H / 2016M yang disertakan ini dapat memudahkan umat Islam di negeri Johor membuat perancangan waktu ideal untuk bersahur serta semakan masa berbuka puasa pada waktu yang tepat.

Sebagai makluman, lampiran jadual waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1437H / 2016M bagi seluruh negeri Johor yang disertakan ini adalah rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

JADUAL WAKTU BUKA PUASA DAN IMSAK 2016 NEGERI JOHOR 

ZON 1 : PULAU AUR & PULAU PEMANGGIL

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 1


ZON 2 : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya.

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 2

ZON 3 : Daerah Pontian & Kluang

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 3

ZON 4 : Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat, dan Gemas, Johor.

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Johor Zon 4

Pautan Sumber Asal » mysumber.com 

*klik pautan untuk maklumat JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 2016 NEGERI-NEGERI LAIN DI MALAYSIA*

Cik Ct cuma nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat yang membaca entri ini :)

Moga Ramadhan yang akan datang membawa berlipat kali ganda keberkatan kepada kita. Aamin :)

Itu sahaja... Selamat Berpuasa ya ! Samapi berjumpa di next entry ~

Wednesday, May 25, 2016

Seindah Takdir Cinta, Drama Adaptasi Novel Terbaru Akasia TV3

Assalamualakum ~

Kali ni Ct nak share lagi tentang drama Akasia terbaru TV3 yang bakal menggantikan drama Duda Terlajak Laris bermula hari ini... (pada saat Ct siapkan tulis post ni, kurang dari sejam lagi kut nak mula... hehehe)... Ok, drama apa tu? Rasanya takyah bagi tahu pun ramai yang dah tahu, heuheu kat tajuk pun dah sebut tuuu... Tapi Ct masih nak kongsikan jugak...^^

Oppsss, sebelum baca sinopsis tu tolong klik tabung online Ct ya di SINI, SINI dan SINI...
Thank you so much~^^

-------------------------------------------------------------
Drama : Seindah Takdir Cinta
-------------------------------------------------------------


Drama terbaru adaptasi novel Seindah Takdir Cinta karya Kamsiah Abu bakal mengisi slot Akasia TV3. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Zulhuzaimy Marzuki dan skrip oleh Mufid Shuhaimi. Mengandingkan pelakon popular iaitu Amyra Rosli, Saharul Ridzwan dan Redza Rosli. Akan mula bersiaran pada 25 Mei nanti, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3.



SINOPSIS SEINDAH TAKDIR CINTA

Mia Karmila, anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Dari seorang gadis moden dan sosial telah dalam sekelip mata mahu berjihad mengumpul saham akhirat. Tanpa mereka sedari, melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Manakala Adrian, satu-satunya anak lelaki Tan Sri Affendy dan Puan Sri Zalina terus tidak berputus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya sebagai seorang lelaki mancho, bergaya dan kaya raya, walaupun ramai perempuan lain yang lebih dari bersedia untuk memenuhi segala kehendak Adrian itu.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa jua pun syarat yang diminta oleh Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila mesti jadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga akhirnya menerima ijabkabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui bahawa Shahriman bagaikan dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital.

Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian?


kredit  :


Seindah Takdir Cinta TV3

--------------------------------------------------
Adrian, Kamila dan Shahriman
--------------------------------------------------

Seindah Takdir Cinta 2016



Sunday, May 22, 2016

Slang Johor | Korang Tahu?

Assalamualaikum n hai...

Slang Johor a.k.a Dialek Negeri Johor | Dilahirkan dan dibesarkan selama 18 tahun di Johor. Dan sekarang di usia menghampiri usia 23 tahun, masih lagi kekal menjadi rakyat Johor... Tapi...? Tapi apa? Cik Ct sebagai rakyat Johor pun masih kurang arif tentang sesetengah *banyak jugak sebenarnya -_-* penggunaan perkataan slang Johor ni. 

Maklumlah, sesuatu perkara terutamanya warisan budaya dan bahasa tu kalau tak diamalkan atau digunakan selalu, bak pepatah lama tu, *Ct ubah sikit* jadilah ia...

LAPUK DEK ZAMAN, LEKANG DEK HUJAN

Haha, okay... Cewaahhh acah acah bermadah kononnya. Jadi, kali ni Ct try nak kongsikan sebanyak sedikit (banyak sebenarnya - 131 gambar tu kut).... Banyak lah dia punya sikit tu ek?
Hahaha, abaikan kepoyoan Ct tu... Jom kita terjah slang-slang Johor ni k~
Teruskan bacaan anda! ^^

Gambar-gambar slang Johor ni kredit kepada FB page: Johor Slang & FB owner : Pakcik Zharith sebab bermurah hati berkongsi. Jasa kalian dikenang~^^ 

Siapa yang Johorean, jom kita baca... kut lah mengimbau kenangan lama kan?
Yang bukan Johorean pun dialukan untuk baca sama... Sama2 belajar kununnya.. hahaha..
Manalah tau kita boleh buat perbandingan dengan dialek / slang negeri2 lain di Malaysia ni kan ^^

Let's cikidout !

Saya jarang guna, selalu guna perkataan 'DENGKI' instead of 'JAKI'

Contoh :
"Apa lah yang kau dengki sangat dengan Team Johor DT tu..." Hahaha XD

Ni saya selalu guna ! Haha , bangga jap. Tak sangka tersenarai jugak perkataan HAPAH ni ^^

Selalu cakap macam ni kat kawan :

"Hapah la kau ni, habuk pun tarak..."

PAKKAL ? Hahaha, tak pasti ejaannya yg betul memang macam ni...

Tapi yang Ct selalu guna, BAKAL je kau ni kan...

Tak tau pulak lain dari yg JS kongsikan . hehehe..

MISIK? Rasanya yang betul adalah 'MASIK' ... Rasanya betul lah gtu kut lah EK? XDEntah la.. Lain tempat(daerah) lain penggunaannya kut. Saya pun xpasti. tapi Ct memang selalu seut MASIK..

Masik kah kau ingat (sebutan ala Indonesian/Javanese sitik)

Katanya Jawa Johor yg guna Misik ni, tak tau lah sahih ke idok.. Sebab mak Ct pun tak pernah guna ni... Macam baku yg menjanggalkan gtu dengornya.

Add caption
















  Saing | Ada kisah di sebalik 'term' ni :

Hahaha yang ni banyak kenangan dari first time Ct dengar makna lain perkataan 'Saing' ni. Masa tu belajar kat Selangor dulu. Kebetulan dapat member baik berasal daripada Terengganu. Daripada dia la baru Ct tahu saing di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu - mungkin juga Pahang) bermaksud 'kawan'.
Then, bila sambung belajar di Terengganu, sekali lagi terlupa makna tu, sebab dah biasa di Selangor cakap dialek biasa. Sekali hamekkk, bila dah terbiasa cakap "Awak, nanti gi saing ek?" Lepas tu... masing-masing krik krik... terpinga-pinga... hehehe... dia ingat aku nak gi kawan dengan dia , sedangkan kitorang dah pun berawan :p
Hahaha... inilah yang uniknya Malaysia... ada pelbagai etnik yang membentuk pelbagai jenis dialek mengikut kawasan...






Ok lah...

Ini aje yang Ct sempat share.. Haaa, tak larat nak share semua (ada 132 gambar) kut!
Kalau nak tahu lebih banyak slang Johor yang ada~~~

Bolehlah pergi ke page FB : Johor Slang ~^^

Follow by Email