Tuesday, December 22, 2015

Teaser Novel | Karya Baru Ct Roxalynna...

.:Random Teaser:.


"Kita kahwin?" soal si jejaka sambil dijongketkan sebelah keningnya.
Hana terkesima. Gilalah!
"Saya ni masih seorang pelajar. Pelajar di kolej matrikulasi pula tu. Undang-undang matrik, student mana boleh kahwin selagi bergelar pelajar sini," ujar Hana, bersungguh-sungguh. Hingga berkerut dahinya cuba menerangkan situasi sebenar.
Si jejaka di sebelah hanya mampu memuncungkan bibir. Terkulat-kulat dia membuang pandang ke arah wajah Hana.
******
"Tunang???" Pulak!

Nurin Hana Rose melopong. Tergamam. Nak jawab apa?

.>>P/S : teaser ni tak full<<
★★★★★☆☆☆☆☆★★★★★☆☆☆☆☆
Psstttt.... agak2 ni cerita mana ek?
Korang rasa menarik tak?
Nama watak2 tu macam kenal ?
Pernah baca tak kat portal p2u...
Tapi tajuk lain?
Huhuhu...

Ok lah, tak nak berteka-teki... tajuknya kat bawah ni haaa....

(Tajuk ni utk novel masih dalam cadangan. Haha~^_^)

translated : #Saranghae Till Jannah.


>>NAK BACA FULL TEASER, KLIK SINI<<

Bakal serius dimulakan penulisan penuh secara bab by bab hingga serius pada bulan depan... Full bab by bab cerita ini bakal dikongsikan di blog ini mulai pertengahan bulan Januari 2016~^^

Dah habis baca teaser ni? 

Tentang Farizzul Aniq dan Nurin Hana Rose tu. Ini cerpen asalnya, cerpen pertama saya, menggunakan nama pena lama, Roxalynne. Kat p2u saya guna tajuk Mencintaimu Hingga ke Syurga. 


Kat atas tu, Ct dah up kan sekadar teaser secuit untuk rangkaan manuskrip novelnya.
Insya-Allah, kalau diluluskan, cerpen ni akan menuju versi cetak dalam beberapa bulan lagi, dengan tajuk asal : Love You Till Jannah. Terdapat beberapa perubahan dan penambahan yg telah saya siapkan untuk cerpen LYTJ versi cetak ini... Doakan saya agar novel ini diterima~^^
Muhammad Farizzul Aniq Hyun...

Nampak macam kenal dengan watak dalam Penghalang Bahagia si Zariff Izzat Rafqie tu?
Well... Hahaha... Diorang sebenarnya adik-beradik^^
Bakal diketengahkan juga kehidupan keluarga Hyun dalam versi mini novel nanti^^
*gambar ni, nampak sangat aku bias habis kat Lee Jong Hyun (CN BLUE) nim ^^ *

Kalau korang rasa cerita ni sesuai untuk dikembangkan menjadi mini novel / novel, Ct nak mulakan projek penulisannya dalam tahun 2016 ni dengan tajuk baru, Saranghae Till Jannah dan teaser2 bakal diupdate di sini dan juga di blog Dunia Ct Roxalynna... ^^
P/S : Siapa nak ditag kat grup Fb : Dunia Ct Roxalynna untuk teaser ‪#‎SaranghaeTillJannah‬ silalah beri nama FB korang...^^

***************************************************
Oh My Candy Crush... Next Door?
****************************************************

Kalau nak ditag untuk Oh My Candy Crush...Next Door? sekali, silalah put your comment here ataupun grup Facebook Dunia Ct Roxalynna, grup yang dicipta khas untuk aku berkongsi teaser idea tiba2 aku kat situ huhuhu...^^
Bagitahu nak tajuk dan nak ditag untuk cerita mana sekali nanti okay^^

Sekian, saranghamnida, kamsadeurimnida~^^

P/S :
Korang kejappppppppp. Dah baca post ni kan? Hehe, cuma nak ingatkan, jangan lupa tinggalkan link korang kat 'Exchange Link' ni..^^
Nanti Ct blogwalking ke blog korang dan akan review siapa yang tersenarai kat EL Ct, so orang lain pun boleh follow / blogwalking kat blog korang (bagi yang ada blog ajelah. hehe, takde tu maaf k).... ^^

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah sini . Jangan lupa komen yer . ^_^

Follow by Email