Thursday, December 24, 2015

# Bollywood # Dilwale 2015

Dilwale (2015) | Movie Review

AMARAN : Post entri ini banyak gambar dan video. Jadi sila bertabah kalau post ni loading giloss~

Dilwale.jpg 


Assalamualaikum n hai. :)

K post kali ni Ct nak cerita tentang movie Dilwale pulak. Sure, ramai yang dah tahu kan... Disember 2015 ni buat terulung kalinya filem yang menampilkan gandingan epik SRK dan Kajol... *really minat dorang!* 
Image result for dilwale 2015 poster hd
SRK & Kajol

So, pada 22/12/2015 Ct pun gi la City Square (sllu pggil CS je) kat tetengah bandaraya JB, hehe taktau kenapa, tapi kalau nak tengok movie *jarang2 Ct buat ni* , Ct suka pergi ke cinema Cathay Cineplex kat CS ni sebab kalau melibatkan audio system yg pakai stereo(betul ke tak, ntahla) yg pasti yg cte canggih2/action2 yg guna sistem bunyi paling best, mmg Ct suka tengok kat CC... Ok cukup yang tu...

- Filem ni, produser/pengarah Rohit Shetty jv dengan SONY Music / SONY Pictures India , so korang boleh imagine kan kualiti gambar dan bunyi tuuuu , pergghhhh mantap lah wei bagi peminat filem aksi macam aku ni -
*ni salah satu sebab kenapa Dilwale mesti jadi filem WAJIB tonton dalam tahun 2015 ni...


Ok, firstly kita kenal-kenal dulu jom dengan pelakonnya, jangan jadi macam Ct, masa gi tengok movie ni main redah je, tak kenal pun pelakon-pelakon lain dalam Dilwale ni selain Kajol n SRK. main redah aje... Cite ni pasala apa pun tak tau. Tengok pasal tarikan aura SRK n Kajol tu kuat. Dah habis tengok ni barulah aku kenal dua orang lagi pelakon utama lain yang bawa watak sebagai adik2 kepada watak diorang ni

Image result for dilwale 2015 poster hd

Pelakon utama Dilwale :


Kajol sebagai Meera Dev Malik (Meera)

Kriti Sanon sebagai Ishita Dev Malik (Ishita/Ishu)
*she's beautiful!*

Shah Rukh Khan sebagai Raj Randhir Bakshi(Raj/Kaali)

Varun Dhawan sebagai Veer Randhir Bakshi (Veer) 
*kacak! abang sado tu*

Image result for dilwale 2015 poster hd

**Agak pelik kan, kenapa Ct letak nama pelakon2 perempuan dulu, not SRK name first? Nak tahu kenapa? Jom jenguk  --> SINI

Turut membantu :


Varun Sharma sebagai Siddhu - kawan baik Veer
Johnny Lever sebagai Money Bhai
Sanjay Mishra sebagai Oscar Bhai
Mukesh Tiwari sebagai Shakti (Abang Siddhu, geng Raj/Kaali)
Pankaj Tripathi sebagai Anwar (geng Raj/Kaali & Shakti)
Boman Irani sebagai 'King'

Lain2 pelakon :


Vinod Khanna sebagai Randhir Bakshi (ayah Raj&Veer)
Kabir Bedi sebagai Dev Malik (ayah Meera & Ishita)
Nawab Shah sebagai Raghav - orang kanan Dev Malik, kemudiannya Meera
Chetna Pande sebagai Jenny - makwe Siddhu, adik Oscar Bhai

Okay, sekian itu aje pelakon2nya. kalau nak kenal siapa diorang, bolehlah klik gambar nama diorang tu.^^

Kita pergi ke sinopsis pulak... Sinopsis ni ikut pemahaman Ct ek berdasarkan apa yang Ct tengok hari tu... *sebab search2 sinopsis kat Google tak ada sangat.... huhuhu. diorang cukup berahsia jalan ceritanya...*

Image result for dilwale 2015 poster hd

Sinopsis / Ulasan Dilwale :

Okay, bismillahirrahmaanirrahim... 

Firstly aku nak cakap, cerita ni senang cakap ala2 Fast&Furious versi Hindustan pada awalnya... Penuh action and pasal aksi berkereta, gangsterisme, tembak-menembak dan jenayah mencuri pada awalnya *that's why, parent's guidance is needed here*, tapi lepas tu penuh dengan lawak2 humour yg tak boley blah... pasal kekeluargaan (brotherhood/sisterhood), kisah percintaan lama & baru, dan juga taqdeer. Cukup sweet & sour dalam cerita ni. So, awal2 aku cakap aku bagi 4.5 bintang dari 5 bintang... *kenapa agaknya ada yg kurang dalam 0.5 tu... nti kita cte...

Image result for dilwale 2015 poster hd

Sinopsis versi aku kat bawah ni k.... panjang jugak la... ngeee~

Yang aku boleh conclude bagi ringkas bila tengok cerita ni , sinopsis nya bolehlah macam ni :

Dilwale - maksudnya 'The Big Hearted' adalah cerita yang mengisahkan luka lama yang perlukan sebuah kemaafan yang besar untuk mereka kembali berbaik semula.

Dilwale mengisahkan sejarah percintaan lama pasangan Raj/Kaali dan Meera, anak kepada ketua gangster yang saling bermusuhan, cinta mereka bertaut masa berebutkan emas di Bulgaria. Takdir memisahkan mereka dengan cara yang begitu kejam, namun takdir juga menemukan mereka kembali selepas 15 tahun mereka tinggalkan Bulgaria dan pulang ke India, siapa sangka, adik mereka sendiri (Ishita & Veer) mengulang kembali sejarah percintaan mereka saat masing2 rupa2nya menetap di Goa?

***

Dilwale - Official Trailer

Cerita ni bermula dengan babak Raj (SRK) terjaga dari tidur lepas dia mimpi buruk dia kena tembak dengan sorang pempuan ni tepat kat dada dia. Tersentak habis masa dia terjaga tu. Dah bangun, dia terus gi macam kedai makan milik kawan dia, Shakti dan Anwar yg betul2 depan rumah dia.

Anwar dengan Shakti tanya Raj, dia termimpi lagi ke 'kejadian tu?', Raj angguk je. Dah tu dorang cakap lagi, dah 15 tahun perkara tu, Raj masih mimpi lagi? Raj cuma mampu raup muka dia....
Lepas tu ada la insiden sikit dorang teralih bila tiba2 kecoh kat situ, ada orang belasah pencuri (Money Bhai - lakonan Johnny Lever)... Mani/Money Bhai ni tertangkap sebab cuba curi handphone. 

As usual, sebagai lelaki yang nampak cukup baik dan terhormat, Raj tolong selamatkan pencuri tu dengan penuh luhurnya lepas dia dengar kisah MB tu . Kat sini, hahaha, lawaknya bila Raj bagi duit untuk Money Bhai, bukan duit dia, tapi duit Shakti! sampai kosong dompet shaktitu... *kesian sampai tergelak aku time ni*
-nak tahu lebih lanjut pasal scene ni, silalah tonton kat pawagam. enjoy the lawak geli hati.^^-

K, lepas tu, ditunjukkan pulak scene ada dua orang mamat kawan baik ni tengah test 1 kereta BMW baru... fuhhhh, emang cun habis, kilatnya...sampai habis nak terjatuh kat lereng bukit. sekali rupa2nya yg drive tu, Veer (adik Raj)... Masa ni lah dia jumpa Ishita.... di sinilah kisah bermula....
Veer dan Ishita kemudian jatuh cinta satu sama lain.... Tanpa menyedari yang diorang mengulang kembali sebahagian dari percintaan Meera dan Raj. Veer pulak tak pernah tahu yang Raj tu cuma abang angkat dia / anak pungut yang ayah dia ambik dan dibagi nama Kaali sebelum Raj ubah identiti....
Serta tanpa mengetahui ada kisah hitam / sisi gelap Raj dan Meera sebagai gengster pada kehidupan 15 tahun lalu... Dapat ke diorang kesan siapa Meera dan Raj pada kehidupan 15 tahun lalu tu?

15 tahun sebelumnya...

Ayah Raj/Kaali, Randhir Bakshi (ayah angkat) ditakdirkan bermusuhan dengan Don Malik - mafia India terkenal. Kaali mengikut arahan ayah dia, Ranbir untuk songlap 'emas' Don Malik. Dalam cubaan melarikan emas tu sambil dikejar konco2 dan tembak-menembak antara Don Malik kat Bulgaria, Raj/Kaali tak sengaja terlanggar lalu terus terjatuh cinta pandang pertama kat Meera... 
Tanpa dia(Kaali) ketahui Meera sebenarnya berpura-pura dan menyamar untuk pikat Kaali demi nak dapatkan emas tu balik atas mengikut komplot ayahnya, Don Malik.
Kaali diserang masa dia nak hantar emas tu ke tempat yang diarahkan ayah dia, sehari lepas dia ada 1st date selama 5 minit dengan Meera.
Masa emas tu dirampas, dalam kereta dia dah terbalik, baru Kaali tahu... Meera dalang di sebalik kejadian tu... Meera tak bunuh Kaali.  Tapi Kaali....betul2 rasa dikhianati dengan perempuan yang dia cinta sepenuh hati...
Satu insiden Kaali selamatkan nyawa dia, menyebabkan Meera mula sedar yang dia cintakan Kaali sebenarnya... Cinta yang bersemi, dijalankan dalam diam, tanpa pengetahuan orang tua masing2...
Sampailah satu hari Meera cadangkan yg diorang berterus terang kat keluarga msg2...

Ayah angkat Kaali/Raj, Randhir Bakshi setuju n merestui perhubungan diorang... 

Tapi... Ayah Meera, Don Malik pulak hanya pura2 setuju depan Meera. Tanpa Meera tahu, ayah dia dan konco2 gengster rancang sesuatu untuk khianat Kaali dan Randhir masa diorang dijemput datang utk bincang ttg perhubungan Meera dan Kaali kat kediaman Don Malik.

Di sinilah pengkhianatan... yang memisahkan mereka....
Meera sendiri yang tembak dada Kaali masa tu... 
(Diorang pernah cakap, kalau betul Kaali atau Meera saling berpura-pura nak serang satu sama lain, dari cinta, dia orang sanggup bunuh satu sama lain - dari cinta jadi musuh semula)
Meera rasa Kaali dah khianat dia.... Kaali pula tak sempat explain apa2 terjadi masa kejadian kat rumah tu, Meera dah pergi tinggalkan Bulgaria...

Some love story never ends - slogan ni yang buat air mata rasa nak gugur je. huhuhu. terus-terang, sedih weyh cerita yg ada hidden betrayal n ujian cinta ni.....

Image result for dilwale 2015 poster hd

15 tahun kemudian, Goa, India...
Di sini, Kaali dah tukar identiti dia kepada Raj Randhir Bakshi.... Seorang lelaki budiman, yang orang sekeliling takkan pernah sangka dia orang yang begitu berani bermain senjata api dulu...
Dia buat macam tu sebab nak besarkan sendiri adik dia, Veer yang paling dia sayang sepenuh hati dia walaupun Veer tu bukanlah adik kandung dia. Dia begitu sayangkan Veer.

Veer & Raj terkenal dengan bukak bengkel yg betulkan banyak kereta2 mahal kat Goa tu.
Meera n Ishita pulak rupa2nya baru je usahakan kedai makan kat2 situ jugak...

Rupa2nya Meera tinggalkan Bulgaria n Kaali dulu sebab dia pun nak besarkan adik dia, Ishita kat kawasan baru dgn hidup baru tanpa seorang pun tahu  kehidupan gengster/mafia dia dan ayah dia dulu...

Kira Veer dan Ishita masing2 tak tahu yang ayah diorang n kakak/abang ni dulu mafia... 
Yalah, masa tu Veer dan Ishita masing-masing kecik lagi...
Veer pun tak tau yang Raj tu cuma abang angkat dia...

Okay, aku straightforward.... 
Image result for dilwale 2015 poster hd
Veer & Raj
Randhir Bakshir brothers
Image result for dilwale 2015 poster hd

sampailah satu masa Veer serius nak kahwin dgn Ishita (adik Meera), Meera letak syarat, Veer kena tingglkan Raj, dan duduk dengan dia n Ishita kat rumah diorang (means keluar dari rumah Raj)....
Veer pulak yang betul2 sayangkan abang dia, n anggap abang dia sebagai satu2nya ahli keluarga yang dia ada, tolak syarat Meera...

Masa ni, aku tengok, huhuhuhu, luluh hati beb.... Cair gila dengan Veer masa ni.... Sayang giler dia kat Raj. Even Meera bocorkan rahsia yg Raj tu cuma abang angkat Veer, anak pungut Randhir, Veer tetap sayangkan abang dia....

Dia tinggalkan Ishita, kesian giler Ishu masa ni... Huhuhuhu...

Image result for dilwale 2015 poster hd

Kendian....

Diorang (Veer n Ishu) tak duduk diam, diorang tahu abang n kakak diorang ada rahsia cinta dulu.. Veer dgn Sid (kawan dia yg adik Shakti) tu jumpa Shakti and Anwar, nak korek rahsia sebenar... kat sinilah... hahaha banyak lawaknya.... Beria-ia diorang nak satukan balik cintaRaj & Meera...

Hingga muncul Ramlal dan Pogo (hahaha!) yang diceritakan Shakti n Anwar kat Veer dan Sid... 
Sampai Veer n Sid jadi kesian kat Raj n Meera sebab cinta tak kesampaian versi Shakti n Anwar tu... Hahahaha! yang ni kalau tengok memang lawak! Tak pepasal Raj jadi Ramlal, Meera jadi Pogo (apa tu Pogo? Sila google)! Haha!

Macam2 plan Veer, Sid n Ishu buat untuk satukan Raj & Meera... kat sinilah macam2 insiden lucu dia tunjukkan... yg tak boleh blah bila cadangan Sid, bila Money Bhai jadi mangsa 'belasah' Meera bila dia pura2 jadi org gila yg kacau Meera supaya Raj dapat selamatkan Meera, hahaha!

Sampailah satu masa rahsia Raj hampir terbongkar disebabkan King (raja dadah) yang cari siapa Kaali... Tapi Meera tolong sorokkan ... N macam2 lah insiden yang mencuit hati n jugak mengguriskan hati...

Korang rasa... Veer dan Ishu kembali bersama tak? Adakah cinta Raj dan Meera juga dapat kembali bersatu? Berjaya ke Meera and Raj sorokkan sisi gelap diorang sebagai mafia/gengster dari pengetahuan adik2 diorang? Atau mereka kekal sebagai Ramlal dan Pogo di mata Veer dan Ishita?
Hahahaha, nak tahu? Sure curious nak tahu?

Jangan lupa tonton DILWALE di pawagam berdekatan anda SEKARANG !

Image result for dilwale 2015 poster hd
Ramlal & Pogo
- Raj & Meera -

Image result for dilwale 2015 poster hd
Veer & Ishita

Last komen by me :

Btw, Ct ada nak cakap kan kenapa Ct kurangkan 0.5 bintang tu walaupun sound system , kualiti gambar n jalan cerita memang superb.... 
Haha, as usual, selalunya technical / prop error la yg buat Ct suka kurangkan poin tu....
Yang Ct agak hampa, bila ada scene Raj / Kaali betulkan kereta Meera rosak (kerja Veer) tu , keluar je Raj dari kereta dia, terus hujan! Padahal tadi cuaca elok je... Hahaha, typical Bollywood scene...
Hurmmmm, ada lagi yang masa starting tu, jalan ceritanya agak lambat gerak, tu yg Ct macam agak mengantuk sikit... Tapi nasib baiklah dia recover dengan macam2 scene lucu n lawak lepas tu....
Hilang terus mengantuk...

Hahaha, okay tu aje review dari Ct.... Sorry kalau rasa panjang sangat... Ni 1st time Ct review... Kui kui kui...~^^

Yang Ct boleh recommend, tengoklah cerita ni masa cecuti yang masih berbaki ni... Tapi sambil tengok tu, yang Muslim jangan terpengaruh n terikut-ikut pulak dengan scene Christianity yang agak banyak dalam filem Dilwale ni. Yup, sebab pengarah/penerbitnya, Rohit Shetty orang Kristian, so agak banyaklah unsur Ketuhanan melibatkan scene di gereja dan salib-cross... So, I hope, Muslim parents/ guiders, sila pantau adik2 / anak2 korang masa tengok cerit ni k.^^

Itu aje... Selamat menonton filem Dilwale pada Disember 2015 ni!^^


Sebelum tu, janga lupa tengok bawah ni^^

|

|

|

v

Official Sound Track

Ct share yang Ct dengar fokus je ek... Yang Ct rasa best untuk didengar lagu2nya...

Main OST : 



*****************************************



>>Jannam Jannam (Lyrics in English - press CC)<<


Yang ni yang paling Ct suka dengar n best.... Asyik bermain-main kat kepala.. Huhuhu. Hayati liriknya pun macam huhuhuhu. Best!

******************************************



Yang ni momen masa Meera baru sedar dia baru jatuh cinta kat Kaali/Raj lepas Kaali cakap yang dia tulus cintakan Meera. Itu silap dia, sampai Kaali cakap, dia akan bunuh Meera kalau diorang berjumpa lagi. T_T

******************************************



- Varun Dhawan & Kriti Sanon -
(Veer & Ishita)

Yang ni pun best jugak pasal banyak kereta vid klipny n lagunya rentak rap n mix sikit, 
tapi agak hurmmmmm, tak sesuai untuk hurmmmm.


****************************

Untuk ending :

>> Tukur Tukur<<
*bukan tekukur k haha*


Ni ending dia masa tgk kat pawagam....
Memang fuhhhhh, best la lelaki2 dapat naik natang macam skuter tu...


k tu aje.
sekian.
kbai.
Wassalam~^^

Image result for dilwale 2015 poster hd

1 comment: