Sunday, August 16, 2015

# Luahan Cik Ct

Gagalkah Aku?

Bismillahirrahmaanirrahim...

Assalamualaikum n hai semua :)

Fuhhhh, dah sebulan aku tinggalkan blog ni menyepi.
Dah la baru nak start menulis a.k.a blogging ni kan?
Apa lah aku ni...
Hehehe..
nak buat macam mana..

Bilamana aku masih nak cuba adapt dgn jadual baru..
Jadual baru as a staff kat tempat kerja kat daerah kecil yg aku duduk ni..
(aku dah dapat kerja.. Akhirnya! Alhamdulillah. hehehe~)

Okay, back to the main topic hari ni..
hahaha.
cewwahhh main topic an...
hahaha.
ayat ... *bikin geleng kepala sendiri saja tuh*


okay2, taknak melalut sangat..
Based on apa yg aku mention awal2 tadi..
Aku dah dapat kerja..!
*Yea, orang dah tau tu Ct..*

Tapi apa kaitan dgn tajuk post n3 kali ni dgn aku dapat kerja kan?
Ada kaitannya, my all dearest here.
hahaha.
*ini semua poyo, Ct*

okay...
Huuuu, hela nafas dalam2 dulu...
As siapa yg kenal aku in real life, not just thru this virtual social media...

Yup..
(tak kisah la kenal atau tak in real life)
korang nak tahu something?
apa kne mngena post ni kan...

kenyataannya...

Aku pernah GAGAL dalam menjalani hidup aku...
Lumrah hidup manusia kan, siapa yg tak pernah gagal...
"Itu normal, itu normal... setiap manusia pernah alami tu"
itulah yg biasa kita dengar kan, bila orang datang cuba pujuk hati yg lara ni...


that's only if we fail an attempt for once or a few times...
tapi kalau berkali2 tu macam mana pulak ye...
for sure, orang akan meluat tgk keGAGAGALan kita tu..
yup, itu yang aku rasakan sekarang..

even aku dah rasa meluat dgn diri aku sendiri!
Why n why was i pampering myself too much?!!
arghhh...
sampai diri dah jatuh pun, tak terdaya rasa nak BANGUN balik..

ok let's gone be bygone..
sekarang macam mana kita nak bangun balik tu?
and apa penyebab aku rasa jatuhhhhh menjunam sangat..

meh cheq nak habaq mai satu ceta...

okay, to be honest...
AKU..
AKU..
(huhuhu, sedih lak nak mengaku)
aku adalah bekas pelajar kolej matrikulasi, dan juga pernah mengambil Ijazah Sarjana Muda atau yg depa duk panggil 'bach. degree' tu...

Nampak macam Wahhhh je kan...
Tapi...

Kat matrik, aku 2 tahun...
macam yg kat post ni,
aku dapat dua tahun sebab addmath aku dapat D..
hahaha, tak melepasi piawai untuk dapat Program Satu Tahun...

maka, bermulalah hidup aku kat matrik...
4 sem = 2 tahun aku kat sana...

Start masuk tahun kedua, aku dah rasa macam nak blah aje...
yg takley blah masa masuk sem 4, lg beberapa minggu nk exam paling final,,,
masa tu aku seorang yang sangat GAGAL..!
dgn result cam hape, aku plak smpi dah xde semangat nk g sebarang kelas...

sampai aku tepon abang aku, cakap
"Adik nak quit matrik... I don't care about anything... I just wanna quit! Please, let me..."

Abang aku pujuk, cara lembut tak jalan..
aku dgn hati and kepala batu aku gak...
berdegil nak berhenti.
last2 dia bagi amaran, baru aku tahankan and teruskan jugak...
(apa dia cakap, biarlah rahsia... hahahaha)

terus-terang, start dri sem 3 lg tu aku rasa macam aku dah GAGAL sangat nak puaskan hati org tua aku yg mengharapkan aku ada kelulusan n dapat kerja senang nanti bila dah habis belajar...
biar dapat kerja yg sesuai dgn keupayaan aku yg mudah 'pancit' sbb asthma ni kan..

2 tahun kat matrik..
tak pernah merasa flying papers...
(Kimia ajelah sekali, pernah merasa A satu sem tu, lain2...urmmm)

sem 3 n 4 mmg teruk gak aku, result sem 2 yg menaik dr sem 1, tinggal kenangan.
sampai sem 4 tu aku hampir jadi pemurung...
tanak jumpa sesape..
even kawan2 rapat aku..
silap aku..
suka kemam sndiri sumer masalah..

tapi alhamdulillah..
gonejng2 aku selama 4 sem sampai memeningkan pensyarah2 n kawan2 aku tu,
(mintakkk maaf ye semua, saya tahu saya nakal. tak suka dtg klas.. haha)

berbaloi gak la aku habiskan...
walaupun bermacam dugaan.
walaupun aku rasa macam aku dah GAGAL, tapi aku BERJAYA!!
berjaya habiskan matrik tu je.. haha

mungkin itu jugak hikmahnya...
aku dapat sambung degree.
almost about half an year after i finished my matriculation course..

Kat U, aku amik Bc. Degree of Food Science (Food Service & Nutrition)
atau BM nya..
Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan & Pemakanan)
...
Panjang kan?
hahaha.

Nampak macam grand aje nama course tu kan...
tapi...
betapa aku nak menangis masa aku blaja dulu...

di sinilah...
Di mana aku rasa jalan yg aku nak meniti kejayaan dah hampir..
Rupa-rupanya aku terjatuh daripada titi tu..
jatuh teruk..
sampai lukanya pun aku tak tahu nak describe macam mana...

okay, singkat jalan cerita...
aku bertahan selama 3 sem je kat situ.
masuk sebulan kat sem 3,
aku decide untuk quit...
apa sebab aku berhenti..
biarlah aku peram sndiri..
malas nak ceta kat sini...
huhuhu...

Okay, aku pun quit...
Abang aku n abah aku bagi...
Dengan berat sangat hati...
(Abah aku kecewa sgt smpi dia xtahu nak cakap apa dah kat aku)...
Apa guna ada anak yg quick-learner tapi belajar tak habis kan...
Memang aku menangis dalam diam je masa tu...
Sebab menghampakan orang tua n abang yg sara aku sekali lagi...

Sakittttnya rasa sebab keGAGALan tu...

Worse than what i felt in matric before...
because i nvr pass their expectation...
Their expectation on me...
Huuuu...

Only HIM knows...
How hard the burden I was carrying at that time.

Tapi aku dah tekad.

Aku tak nak susahkan abang aku lagi...
Dan aku taknak bebankan kepala otak aku dgn tekanan pelajaran yg aku takleh bawak...
(food service is a course that needs a really good stamina n brain, dear.. you need to be flexible , active n creative... believe me.. bcoz i'm a passive, so i didn't pass it...)


even aku gagal masa tu...
Aku taknak terus gagal...
Aku ada impian yg aku nak capai!

Tapi...

Abang aku dah cakap, nak belajar, guna duit sndiri pasni, dia tanak amik tau dah...
(Nampak kan betapa aku kecewakan mereka)

Pada aku, aku pun dah tak nak susahkan diorang pasal duit lagi...
 biarlah lepas ni aku nak sambung belajar, aku cuba guna duit aku sendiri...
Memang rasa bersalahhhh sangat masa berhenti tu...
Masa ni, hati memang hati dah terdetik,
Aku gagal lagi nak jadi seseorang yg better than before?!!

So, lepas quit, aku pun cuba lah cari kerja...
Nasib tak menyebelahi aku...
Lebih 6 bulan jadi penanam anggur professional...
huhuhu .
mostly employer tanak amik pekerja yg ada asthma..
leceh kata depa...
kang sikit2 penat..
(dorang tak kata la, tapi aku boleh baca mata depa lepaih aku tahu yg dorg tahu aku ada asthma)

ditambah payahnya nak cari kerja...
bila sijil matrik tak laku pun utk cari kerja...
dgn muka ada parut kat mulut ni...
mmg susah sikit la nak keje yg kat front desk ni kn...

aku nak aje mintak kerja kerani...
tapi mostly diorang x caye kat aku sebab aku xde sijil komputer kan...
time tu nak aje cakap...
(helllloooo, saya tahu mcm mane nak gune Microsot Office tu hokeyyy.. dari words sampai ke excel sampai la ke power point... hahaha)
tapi...
payah..
sebab takde kertas yg dorang pgil SIJIL tu...

nak mintak kerani kat bank pun,
kena ada English yg kuat...
MUET aku pun band berapa je..
sijil pun tak amik lagi...
huhuhu..

ikutkan nak aje kerja keluar dari kepompong di kampung ni...
tapi modal pulak takda...
hahahaha..

Stress tak stress...
Tuhan je yg tahu...
berkali2 aku dibandingkan dgn kawan2 sebaya n sepupu2 yg dah berjaya menghabiskan diplomanya...
Dibandingkan lagi dgn sepupu yg dah nak masuk tahun ke-2 dlm degree..
(sepupu2 ni lebih muda drpd aku)

dlm usia mencecah 22 tahun..
aku dah start lost..
lost sangat..
Gagal sangat ke aku?
jalan mana harus aku pilih?


Mana ada orang yg sengaja nak gagal kan..
Aku pun tak nak..
Tapi jalan berliku ni, kadang2 buat rasa nak berhenti berjalan...
itulah ayat standard yg keluar bila kita dah rasa fed-up sgt dgn semua failure ni...

Tapi...
Bila kembali kepada fitrah...
aku dilahirkan dlm cara hidup islam..
islam means selamat, safe...
so macam mana sekalipun...
akan ada jalan keluar kalau kita usaha nak cari...

betapa berdosa nya aku..
dgn kegagalan dan kedegilan aku dulu...
tapi..
yg lepas biarlah lepas kann?

aku masih perlu berubah utk lebih baik.
aku masih boleh dan ada kesempatan tu kan...
selama mana aku masih bernafas...
n aku taknak sia2kan peluang tu...

memang sakit nak berjaya...
lagi2 bila ada buat dosa kat orang tua kan..
dosa menghampakan mereka...

tapi..
syukur,
aku pinjam kata2 ni...

 Sebagai umat Muhammad SAW, kita telah dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan hatta dalam perkara taubat dan harapan. Renungkanlah hadis qudsi yang disampaikan daripada Anas radhiallahu anhu,
Rasulullah saw bersabda:


Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam! Sesungguhnya selama mana engkau berdoa dan berharap kepadaKu, maka Aku akan pasti memberikan keampunan kepadamu atas segala dosa-dosamu dan Aku tidak akan mengendahkannya. Wahai anak Adam! Andaikata dosa-dosamu mencecah ke langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, maka Aku akan pasti memberikan keampunan kepadamu. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaKu dengan membawa kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu denganKu tetapi engkau tidak menyekutukan Aku walaupun sedikit, maka Aku akan pasti datang kepadamu dengan membawa keampunan sepenuh bumi.” [HR Tirmidzi]


jadi takde sebab aku perlu berputus asa...
walaupun aku pendosa..
setiap dosa ada jalan utk bertaubat...
setiap kegagalan, ada cara untuk berjaya semula...

Aku nak BERJAYA!

hahaha. hari2 aku jerit tu buat diri sendiri..
cuba suntik semangat buat diri sndiri yg mudah rapuh ni...
aduhai...

betapa payahnya bila ingat berapa kali tebal muka cari kerja...
tebal muka bila kena tolak...
kena tahan hati bila diorang bagi reason why they can't accept me...

Whatever la, I don't care about the reason...
you tanak amik i, i cari tempat lain...

yg i tahu, i nak berjaya dapatkan duit sara diri dari hasil usaha i sendiri :)
*smile, keluar dr kedai/tmpt mintak kerja tu, kentalkan hati*

Alhamdulillah, masa aku siap tulis post ni (16/8) aku dah sebulan bekerja..
kerja apa?
kuli sahaja.
hahaha.
tapi syukurlah ada juga daripada tiada.

percayalah.
rezeki ada di mana2...

kena cari sampai jumpa. :)

k tu aje.
Assalamualaikum...

*hari ni pening juga, bila ada konflik dgn manager kt tempat kerja.. hurmmm, doakan saya kuat*
*doakan juga saya dapat panggilan utk permohonan jadi guru sambilan. hehe*

2 comments:

  1. Gagal tu pasti akan dilalui oleh setiap insan di muka bumi ni.., tapi cara setiap insan bangun dari kegagalan itu cukup berbeza.. So bangunlah dengan senyuman tanpa menoleh kebelakang dan anggaplah ianya sebagai panduan untuk terus menempuh kehidupan dimasa hadapan dengan jayanya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kata-katanya +Mummy Julia :)

      Delete